-------------------------------------------------- --------------------------------------------------
Makluman : Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk di TERJAH, di BONGKAR atau di KERJAKAN, sila KLIK SINI atau scroll terus ke bawah blog untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH). --------------------------------------------------

BLOGGERS NETWORK @ PERAK

Nizar Jamaludin dan KEMALANGAN!!!

~



10 SBH dalam perjalanan nak ke bandar Ipoh, melalui Bangunan UMNO yang tersergam indah di sebelah Casuarina. Jalan sesak padahal sudah melewati waktu orang masuk bekerja. Betul-betul dihadapan Bangunan Royal China, kelihatan sebuah kereta Toyota Camry terbalik. Melihatkan keadaan kereta, macam teruk juga.

Setelah itu, dapat berita dari seorang kawan dan rupa-rupanya Nizar Jamaludin yang accident. Dikatakan
Nizar dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Rokam ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi.Beliau hilang kawalan kereta Toyota Camry yang dipandunya ketika cuba mengelak kereta yang keluar dari simpang itu.

Tapi pada hemat SBH, Nizar ni tutup mata sambil memandu. Apakan tidaknya, Bangunan UMNO berhampiran dengan tempat kejadian. Akibat dari kebencian yang teramat sangat, sampaikan tak boleh nak tengok Bangunan UMNO, Nizar pun memecut laju keretanya dan akhirnya KEMALANGAN!!! Pengajaran buat semua...Kalau nak benci biar berpada-pada.

13 Comments:

  Anonymous

Saturday, January 09, 2010

Dato Seri Gadai Nyawa halang Kemalangan Lebih Teruk..!



“Dari saya langgar kereta tersebut,baik saya langgar pembahagi jalan”-Dato Seri Nizar.

Itu adalah ungkapan yang keluar dari mulut pemimpin rakyat ini.Beliau menyatakan bahawa sekiranya beliau terus melanggar kereta tersebut besar kemungkinan kecederaan kedua-dua pemandu akan lebih teruk dan menjadi lebih rumit.Jadi bagi mengelakan ia jadi lebih teruk Dato Seri sanggup gadai nyawa dan langgar pembahagi jalan.Dato Seri Nizar yang sememangnya tidak mempunyai ruang untuk mengelak kenderaan tersebut yang pada ketika itu membuat keputusan mempertaruhan nyawanya demi keselamatan semua.Sekiranya kenderaan Dato Seri tidak dilencongkan ke pembahagi jalan maka ia akan terus mengenai kenderaan tersebut yang pada ketika itu berkedudukan merentangi jalan dan pastilah ia akan mengakibatkan kecederaan dan kemalangan yang lebih teruk.

Dan Alhamdulillah akibat dari niat beliau itu maka tidak hairanlah mengapa Allah swt melindungi dan memberikan kekuatan kepada beliau sehingga mampu keluar sendiri dari kenderaan beliau dan mendapatkan bantuan untuk ke Hospital.

Apa yang kami rasakan satu sikap yang bukan semua mampu lakukan ialah Yakin dan Tenang.Dalam situasi begitu Dato Seri masih mampu membuat keputusan yang diluarjangka yang mana ia melibatkan nyawa beliau sendiri dan kerana bimbangkan keselamatan dan kecederaan yang bakal dialami orang lain sekiranya ia terjadi beliau mengambil risiko untuk mempertaruhkan nyawa nya..Inilah sifat seorang Pemimpin Rakyat..!

Kami mendoakan agar Dato Seri cepat sembuh dan sihat untuk kembali berjuang bersama-sama Rakyat!!

Info: pemilik kenderaan volvo yang dielak daripada dilanggar oleh Dato’ Seri Nizar ialah Isteri kepada Dr Fadly Cheah, pakar bedah jantung. Beliau yang juga doktor sebenar sedang bergegas ke bilik operation untuk membantu suaminya. Dr Fadly Cheah dah isteri baru sahaja lepas melawat Dato Seri Nizar. Untuk pengetahuan, Dr Fadly Cheah merupakan Pengerusi Persatuan Cina-Muslim Perak.

  sekupangdua

Saturday, January 09, 2010

sebaliknya tidak kah ini peringatan dari Allah kepada nizar

mengatakan sehelai rambutnya pun tak rosak dan jangan takut saya ada 6 kereta. tidak kah ini dilihat satu lagi sifat takabur

kalau allah tidak perlu menegur ini bermakna kemalangan tida akan terjadi sebab laluan yag dibenarkan cuma 50 kmsj sahaja. fiirkan lah pekara yangdi peringatkan allah dan bukan semakin mendabik dada, dengan rakyat boleh tipu tapi dengan allah siapa yg boleh?

untuk menunjukan dan memperingatkan, janganlah pulak lagi kuat mendabik dada, fikirkalah dimana ada silapnya, dikeretanya ker.. tanya ngah dan ngeh? dikawasan kejadian ker... ROYAL CINA bangunan yang kepunyaan siapa? atau dinyawanyasendiri ker? kalau mati tak kan nak beringat, jagna terlalu rasa kasaf?

sebaliknya pengikut yang lebih takabur! dimana allah diletakkan? percaya atau tidak jika kematian sebagai penyudah tentu hospital kerajaan (beliau sendiri protes belanjawan) yang menjadi punca, ambulance, doktor, dan nurse pun jadi sasaran dan sepekara lagi sindrom pengikut yang bengap UMNO YANG SALAH... biasalah jadi pencacai memang begitu.

kalau tuhan memelihara dia sepatutnya kemalangan tidak akan terjadi, jadi ambil iktibar dan bukan bertambah RIAK, dian dan pencacainya... sudahlah bukan bosan tapi dah nak muntah lagi

memang takabur

mana nama kenapa takut pulak sebagai anon?

  Anonymous

Saturday, January 09, 2010

nizar patutnya tumpor elok sikit

  Anonymous

Saturday, January 09, 2010

Aku setuju selesai masaalah sesma islam.

Idak ker dia sedor nyarih nak kojoi, elok betul tang tangan nyer yang kena supaya ingat jangan sesuke angkat tangan lagi

Sape doktor tu, tauler cine senang beno jadi kaye ...... masuk melayu dapat balak, apa susah takat camry celah gigi jer ngah ngeh boleh bagi

10 budak hitam meriah blog nie ...... tahniah, balun yop balunnnnnnnnn

steady yop parit

  10 BUDAK HITAM

Saturday, January 09, 2010

Wah pakatan .. ada juga boleh pusing isu kemalangan ni ye.

Ginilah, cuba ambil sudut lain pulak.Bagaimana kalau 10sbh kata,allah berikannya satu lagi peluang iaitu nyawa dan kehidupan untuk dia perbetulkan apa shj kesalahan yg telah dia lakukan. Boleh juga kan?

Bagaimana juga kalau 10sbh kata, dia langgar pembahagi jalan kerana PANIK.Sepatutnya dia mempunyai masa untuk mengelak dan setidak-tidaknya tanpa melibatkan kemalangan.Tetapi dia panik dan xsemena-mena lost control dan langgar pembahagi jalan. Kalaulah benar, maka sebenarnya Nizar panik ketika DS Zambry dilantik jadi MB lalu merapat sembah murka pada Duli Tuanku.

10sbh berpesan, kadang-kadang kita tak sedar,Allah yang maha esa berikan kita peluang kedua untuk menebus kesalahan yang lalu, tp kita lalai dan lupa lalu endahkan shj peluang yang diberi.

Ok bro!

  Anonymous

Sunday, January 10, 2010

Salam
Inilah bala Allah yang awal, bala Allah tidak mengira kaum, had umur pendek kata semua akan kena. Nasib baiklah diberi pada Nizar dulu yang lain sempat bertaubat. Apa keputusan yang mereka buat semasa meseyuarat Lujenah Ulama PAS tentang pengunaan nama ALLAH oleh kristian.

Apa ni, budak bodoh pun tahu fikir dengan ayat mereka: BOLEH GUNA JANGAN DI SALAHGUNAKAN.Macam main-main sahaja. Nama Allah pun boleh dipermainkan, inikan pula Al-Quran.
Sebab itu PAS benarkan Cina ataupun Hindu dalam ceramah mereka mengunakan ayat Al-Quran.

Sepatutnya Alim Ulamak macam mreka ini lebih hebat untuk membuat keputusan. Jangan keputusan untuk kepentingan politik mereka sahaja.

  Anonymous

Sunday, January 10, 2010

itu semua strategi UMNGOK la, saja memperbesarkan isu kalimah Allah, supaya keadaan jadi huru-hara. pastu leh isytihar darurat mcm 13 Mei, pastu leh rampas pemerintahan secara darurat dr parti pembangkang, so tak payah susah2 nak adakan pilihanraya.

Pasal kes lg dasyat mcm kes Murtad LINA JOY yang mencabar & menghina Mahkamah Syariah tentang anutan agama Islam, kenapa tak diperbesarkan seperti isu Kalimah Allah ini? sbb tak de kepentingan politik bg pihak ko org kan?

kalau ikutkan kes ni senang jer, ko org ada Akta ISA, ada Akta Hasutan, akta itu, akta ini..aper lg? gunakan la kat org2 mcm LINA JOY atau org yg membakar sentiment agama tu? ape susah, undang2 kita org yg bikin!! (mcm citer Musang berjanggut tu) Ape buktinye? senang jer...

Kita tgk kes Nizar time Mahkamah tinggi isytiharkan beliau adalah Menteri Besar Perak yg Sah. Tapi dalam masa 4JAM jer Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi dan melantik Zamry menjadi Menteri Besar yg HARAM. 4jam jer beb, ko tak pelik ker? antara keputusan Mahkamah yg paling pantas didunia!!!kalah F1. last2 tangguh punya tangguh sampai la ni kes Siapa Menteri Besar perak yg sah masih tertangguh!!!

lg 1 aku pelik tgk org melayu, sampai org yg tak sembahyang 5 waktu sehari pun ikut melalak pasal isu kalimah ni. org yg tak pernah sembahyang jemaah kat masjid contohnye, biar tak pernah jejak kaki kat masjid pun, janji 'KO JGN KACAU MASJID'. sama la mcm kes kalimah ni. biar tak sembahyang pun, janji 'KO JGN KACAU KALIMAH ALLAH'.

kelakar..kelakar..
tu la politik kat malaysia, antara politik paling kelakar di dunia.

  10 BUDAK HITAM

Sunday, January 10, 2010

Yo Bro!

Kita kembali kepada fitrah bro.Tanpa mahkamah, tanpa akta, tanpa undang-undang.. apa akan jadi dunia ni?Bro pun boleh fikir.Cuma masalahnya sekarang,ada segelintir rakyat yang tak mahu terima ketulusan dan keputusan mahkamah. Tu je masalahnya. Biasalah dalam bolasepak pun ramai yang tak puas hati dengan pengadil. Lumrah.

Pelik? Lagi pelik, bagaimana "kerajaan pakatan" boleh mentadbir kerajaan sedangkan masa mengundi takda pulak 10sbh boleh pangkah calon Parti Pakatan.Yang ada calon BN Vs PAS/DAP? Kenapa guna PAS? DAP? Kalau betul Pakatan ni dibawah satu bumbung, kenapa calon PAS pulak yang jadi MB? PAS 6 undi je bro.Bagi 10sbh PAS TAK LAYAK JADI MB. Ingat senang-senang DAP nak kasi PAS MB? Potong jari la bro..

Ha kenapa PAS MB?Sebab dalam undang-undang tubuh, MB PERAK adalah ISLAM. Kat situ boleh pulak korang ikut undang-undang tubuh yer.. tetapi yang menariknya apabila Undang-undang Tubuh Negeri Perak mengatakan seorang Menteri Besar yang hilang kepercayaan majoriti ADUN hendaklah melepaskan jawatannya,tak boleh pulak si Nizar ni ikut? Kenapa? Tak boleh terima hakikat?

Kalau macam-macam akta ni puak pakatan xboleh terima, senang kita terima jelah akta tanah ye dak.Senang sket Negeri Perak ni jadi cam Penang.Sultan pun tak payah masuk campur. Nak buat apa pun, Sultan pun korang xpercaya,mahkamah pun korang tak percaya,semua tak percaya melainkan Nik Ajis kata Mahkamah PAS adalah Mahkamah Teragung.

Fikir2kan la bro..

  Anonymous

Monday, January 11, 2010

Benar.Tanpa mahkamah, tanpa akta, tanpa undang-undang.. apa akan jadi dunia ni.Tapi kalu dah Mahkamah,undang2,akta semua memihak kat kau saper yg x angin bro?sbb semua tu ko org yg buat/gubal.punye tulus tanpa ader maner2 pihak politik campur tgn keputusan hakim mahkamah tinggi buat pengisytiharan Nizar MB besar yg sah, senang2 jer mahkamah rayuan tolak keputusan tu. punye besar kuasa mahkamah rayuan drpd kuasa mahkamah tinggi.cume ambil masa 4jam jer pulak tu nak 'TENDANG' keputusan mahkamah tinggi.mcm ni la bro, ko tlg bg aku 1 contoh yg mane mahkamah rayuan blh 'TENDANG' keputusan mahkamah tinggi dlm mase 4jam mcm kes Nizar ni bersama BUKTI KUKUH.
ko blh try ambik mana2 kes kat 1 dunia ni dan tunjukan pd aku.
boleh ka?

1 lg bro, semua org even org pekak@org buta pun tau yg semua saluran media elektronik TV1,TV2,TV3,NTV7,TV8,TV9,AWANI,ASTRO semua ko org yg conquer. so, mcmana pihak pakatan nak sampaikan msg/polisi/dasar parti kpd org ramai?kat situ pun ko tgk dah berat sebelah kan bro? name jer negara yg mengamalkan demokrasi.

tgk contoh negara demokrasi kat U.S tu, x kira la ko parti demokrat ke, buruh ker aper ker.. masing2 dpt hak yg same utk menggunakan saluran media elektronik utk menyampaikan dasar parti masing2.skrg ni org terima jer bulat2 aper yg keluar kat tv tu,sbb tu la ramai yg x tau fakta sebenar. kalau la semua parti leh gunakan saluran media elektronik utk menyalurkan dasar parti masing2,bukan ke lebih ADIL mcmtu.

  10 BUDAK HITAM

Monday, January 11, 2010

Bro,

Isu media ni banyak dah diperkatakan/diperdebatkan oleh ramai org termasuk cendiakawan-cendiakawan ulung Malaysia. Beginilah, Malaysia tidak sama dengan US.Dari segi bahasa pun cukuplah,dah tentu berlainan.Begitu juga undang-undang,setiap negara tidak sama.Ambil satu contoh 'The Funniest Law In The World' dalam satu rancangan keluaran US baru-baru ini, Org yang mengedar dadah pada berat sekian sekian, di Malaysia akan dikenakan hukuman gantung sampai mati.US tidak! Begitu juga jgn samakn kebebasan akhbar US dgn Malaysia.Kebebasan US di media lah telah menyebabkan bejuta orang mati ditembak di sekolah, di taman-taman permainan dan hasutan agama sehingga kerap membawa kematian.Itukah yang kita nak?

Kerajaan menghadkan kebebasan media ini atas sebab-sebab keselamatan dan toleransi untuk semua kaum sbb kita hidup bermcm2 kaum kat Malaysia ni.Jika semua kaum boleh buat TV sendiri,saluran sendiri tanpa had,apa akan jadi?

Mahkamah putuskan apa yang dibahaskan oleh peguambela dan peguamcara.Segala bukti-bukti dan fakta-fakta yang telah diperdengarkan dari kedua-dua pihak.Apakah Mahkamah masih lagi boleh merancang sebarang agenda kalau terang-terang fakta yang dihujahkan peguam DS Zambry mengatasi peguam Nizar?

Masa saudara maksudkan bukan ukuran.Allah boleh menjatuhkan bala walau sesaat. Disini, Tidak kira 3 Jam ke 4 Jam ke..sekiranya hujah2 yang telah dipersetujui sebulat suara dan diperdengarkan oleh kedua-dua pihak,memihak kepada sesiapapun,kita kena akur.Sekiranya saudara masih pertahankan Nizar juga yang menang,maksudnya saudara lah tak boleh terima kenyataan keadilan negara.Mudah bukan?

  Anonymous

Tuesday, January 12, 2010

Aku rase ko masih tak paham ape maksud yg cube aku sampaikan la..
aku terus terang je la, aku betul2 tak suka undang2 kat malaysia yg mengamalkan sikap 'double standard' lg2 kalau berkaitan dgn kancah politik.

contoh dah terlampau byk bro,lembu punye pasal (Tan Sri Khalid-MB Sel) pun SPRM leh bukak kes, tajaan haji ke mekah (Tuan Guru Nik Aziz) pun SPRM leh bukak kes,bukan nak p Disneyland bro, pun SPRM leh bukak kes siasatan.

Yg kelakarnye, time 2 buah enjin jet pejuang malaysia hilang, SPRM buat2 buta jer.tak bukak fail pun utk siatan terdapat kes rasuah ke pecah amanah ker.siap Menteri Pertahanan & Peguam negara UMNO bgtau awal2 lg, TIADA PIHAK ATASAN YG TERLIBAT. kira 'class'la prebet/sarjan kat Malaysia ni, leh bawak keluar brg dr pengkalan tentera tanpa disedari pihak atasan. bro, itu enjin jet pejuang tau, bkn enjin motosikal, igt brg tu blh buat keluar guna pos laju ker?nak keluarkan sebiji peluru pun ko kena ade black&white dr superior bro.apetah lg nak bawak kluar enjin pesawat.tu baru 1 contoh, nak contoh lg ker yg menunjukkan agensi2 kerajaan seperti SPRM ni mengamalkan sikap 'double standard'?

kalu ko rase undang2 kat malaysia ni sgt neutral tanpa ade org2 politik yg mempengaruhi keputusan/tindakan mahkamah/agensi2 kerajaan mcm SPRM tu, ko silap besar la bro.

ko leh duk senang/selesa sbb ko di pihak sana & segala kelebihan lebih condong ke pihak sana.kalau ambik contoh kes israel & palestin, ko akan rasa selesa kalu ko kat pihak israel & ko akan rase sentiasa ditindas kalu ko kat pihak palestin. dan ko akan buat aper saja utk menegakkan keadilan & hak ko, ko pasti akan ckp yg undang2 sgt tak adil bg pihak ko.betul tak?

  Anonymous

Sunday, January 17, 2010

Org liPAS dia rasa confirm dia msk syurga..2 psl sape X pegi masjid mcm dia tau je owg 2 X solat 5waktu.mgkn org 2 nyampah tgk muka awk kot..Sy pnah gy masjid owg2 liPAS ny dgn sombongnya Xnk ckp dgn kita psl dia rasa gaknya kita Xpki kopiah cm dia.bole blahlh ler beb..klu duk masjid/surau nk tgu isyak misalnya duk ngumpat org..ade baik smbyg kt umah..Senang2 je dia bole tau owg X smbyg..tolol..jgn ingat org X pegi masjid org X belajo lgsg psl ugama..klu duk masjid pn hari2 sbg makmum je..Xpnah nk belajo cmner klu Xpaksa jd imam Xyah nk kutuk org lain..betulkan diri sndr dgn byk belajo lg..baru kata owg islam..

  Anonymous

Friday, April 26, 2013

Hi there mates, its enormous piece of writing regarding tutoringand completely defined, keep it up all the time.


Feel free to visit my website: http://www.fedora-linux.nl/

Related Posts with Thumbnails

RECENT POSTS

WHAT VISITORS SAY ABOUT US

-------------------------------------------------------------------
WE WOULD REALLY APPRECIATE YOUR COMMENT, PLEASE !

-------------------------------------------------------------------
"Cerita yang dibawa oleh 10 budak itam ada faktanya..."
- Teropongalam
-------------------------------------------------------------------
"Cuma harapan saya, agar 10sbh lebih kuat berusaha untuk menjadi mata-mata dalam pentadbiran UMNO kini terutamanya di Negeri Perak."
- Mahasiswa
-------------------------------------------------------------------
"...rakyat sudah pun sedar, yang mana kaca yang mana intan! PRU13 nanti tsunami politik akan terus berlaku tapi.InsyaAllah BN dan UMNO kembali dipercayai oleh rakyat."
- Pak Tam
-------------------------------------------------------------------
"...TERUSKAN BONGKAR. JGN BIARKAN MEREKA DUDUK DGN TENANG..."
- Jeffry
-------------------------------------------------------------------
"Memang dah merosot, sebab nya PAS suka jadi "KUDA" DAP dan PKR. PAS sanggup jual maruah bangsa dan agama demi politik!"
- Malaysian-2Day
-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------- Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk dikongsi bersama, anda boleh gunakan ruangan dibawah untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH)
Nama Anda:
Email Anda:
Tajuk :
Isu/Cerita/Apa²jelah! :
Image (case-sensitive):