-------------------------------------------------- --------------------------------------------------
Makluman : Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk di TERJAH, di BONGKAR atau di KERJAKAN, sila KLIK SINI atau scroll terus ke bawah blog untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH). --------------------------------------------------

BLOGGERS NETWORK @ PERAK

PEMUDA-PEMUDA YANG TERUJA!

~



Sedih melihatkan PEMUDA UMNO ketika ini, lebih-lebih lagi selepas mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia di ibu pejabat UMNO di PWTC petang semalam. Apa dah jadi dengan kepimpinan yang telah diangkat untuk menerajui kumpulan PEMUDA UMNO kita. Kini jelas sudah ada percakaran, ingatlah kalian berada disana atas pemilihan perwakilan bukan dibeli di pasar malam.

Merujuk kepada mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia kelmarin, beberapa Exco mempersoalkan prestasi kepimpinan YB Khairy Jamaluddin. Mereka juga turut mempersoalkan objektif dan halatuju PEMUDA UMNO Malaysia yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai LEMBAB dan LEMBIK. Turut mengejutkan ada Exco yang lantang bersuara sehingga mencabar kepimpinan YB Khairy. Rasional pemikiran, adakah wajar untuk kita memperkatakan prestasi seseorang andai kata prestasi diri sendiri tidak membanggakan. 

Dari sumber yang 10SBH terima, pada mesyuarat Exco Pemuda UMNO itu, terdapat 5  Exco yang panas membara perasaan mereka. Syafiq, Yeop, Tg. Azman, Khairun dan Zuza.  Jika dilihat kepada Syafiq sendiri, apakah sumbangan yang telah dibuat beliau kepada Pergerakan PEMUDA UMNO. Tepuk dada, tanya diri atau ada agenda peribadi yang tidak dapat dipenuhi atau anda dibayar untuk bertindak sedemikian rupa? Sumber juga turut mengatakan bahawa 5 exco yang teruja semalam dilihat sebagai satu KOMPLOT TERANCANG. 


Cerita terkini yang 10SBH dengar, 4 Exco akan berlepas ke CUBA pada hari ini untuk menyejukkan diri yang telah kepanasan malam tadi bersama dengan Ab. Raof yang lebih mesra dipanggil SIFU, tetapi sayang, Yeop tidak dapat turut serta (tiada kebenaran isteri agaknya). 


Ini seorang lagi, YB Dato' Razali Ibrahim, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ketika mesyuarat kelmarin beliau tidak seperti kebiasaan, lantang memberi pandangan dan teguran. Tetapi hari ini melalui sidang media, YB Naib kita ini lain pula rentak irama yang beliau dendangkan. Melalui media beliau menyeru barisan exco pemuda bersatu dan berganding bahu dalam memperkuatkan Pemuda UMNO Malaysia. Persoalannya, kenapa dihadapan media hari ini dikeluarkan kenyataan tersebut? Tidak sewaktu mesyuarat exco mahupun ketika sidang akhbar bersama YB Khairy? Tentu beliau juga punya agendanya yang tersendiri.




Ini pula cerita tentang seorang teman blogger yang 10SBH kira senior dikalangan bloggers-bloggers di Perak. Suatu ketika dulu, TM, bukan TELEKOM MALAYSIA tetapi TAIPINGMALI dilihat sebagai blogger yang berhemah penulisannya. Semua itu, cerita lama, cerita baru di tahun baru, Bro TM kita telah banyak berubah.


Isu tentang YB Khairy juga turut dimanipulasikan oleh Bro TM kita. Persoalan yang 10SBH ingin ajukan, Apakah hak Bro TM untuk membezakan corak kepimpinan YB Khairy dan DS Dr. Zambry? Sayang Bro TM yang disangkakan celik, rupanya BUTA... Tidak tahu membezakan corak kepimpinan kedua-dua tokoh tersebut. Cukuplah Bro TM, tumpulah pada Negeri Perak sahaja. Usah DILAGAKAN kedua pemimpin ini.


Disini 10SBH ingin mengingatkan kepada Bro TM agar segera menjawab persoalan yang telah dijanjikan sendiri oleh Bro TM kepada 10SBH untuk mendapatkan penjelasan berkenaan isu YB Zahir.

12 Comments:

  Anonymous

Saturday, January 30, 2010

Aku nak muntah terlebih makan. Semua aku yang supply, bisness bagus, so sebarang saingan mesti dicuba hapus.

  Jeepers Creepers

Saturday, January 30, 2010

apa benda nak bergaduh ni? tak cukup pas pkr dap benci orang melayu, sekarang sesama umnopun nak benci jugak?

  pejuang///

Saturday, January 30, 2010

Rapatkan semu. YB Razali telah mengeluarkan kenyataan dan menafiakan fitnah yang dibuat oleh seorang blogger ini. Cuma kita tunggu dan lihat apa pula tindakan blogger @ gigolo alam cyber ini setelah helahnya gagal dalam menjatuhkan YB KJ.

  Mahasiswa

Saturday, January 30, 2010

Bukan gaduh isunya.Isunya, kenapa perlu dipersoalkan perletakan jawatan KJ walhal,dalam tempoh ini penyatuan umat Islam dan kebajikan rakyat lebih penting berbanding isu dalaman pemuda.Disaat Perak menunggu hari pengumuman Menteri Besar, disaat kita dikejutkan dgn kepala babi hutan di 2 buah surau dan pelbagai lg isu nasional yg perlu kita tumpukan.

Aku setuju dgn 10 budak hitam dalam kenyataan perbandingan KJ dan DS Zambry.Ini bukan masanya utk melaga2kan antara satu sama lain.Kalau Mahasiswa boleh bersatu dalam mencapai kata sepakat .. kenapa UMNO tidak?

  Anonymous

Saturday, January 30, 2010

Semua politik la bro!
KJ main duit boleh la!

Cuba kau pikir,baru setahun jagung macam mana si KJ ni boleh naik ketua pemuda? Dan pulak yg peliknya, seorang Ketua Pemuda yang tiada jawatan dalam kementerian.

SEMUA POLITIK WANG!

  10 BUDAK HITAM

Sunday, January 31, 2010

Salam YB Raz,

1) 10SBH menegur pemuda yang dilihat lebih terarah utk peralihan pemimpin DARIPADA berbakti kepada rakyat dan menaikkan kepercayaan rakyat pada Pemuda itu sendiri.
2) Berkenaan TM, 10SBH melihat perbandingan yg dibuat oleh Sdr TM lebih kepada cuba melaga2kan kedua-dua pemimpin.Maka adalah tanggungjawab 10SBH utk menegur sebelum terlambat.Yang Benar Tetap Benar,Yang Salah Tetap Salah.Itu prinsip 10SBH!

Salam pejuang///,

10SBH mengambil langkah tunggu dan lihat.Sekiranya berlaku ketidakadilan atau kekeliruan,10SBH akan TERJAH!

Salam Mahasiswa,

10SBH setuju pandangan anda.

Salam anony,

Setiap tuduhan perlu berasas.TQ

  1Malaysia

Sunday, January 31, 2010

Gua bkn Mukriz, gua bkn KJ. Tp suka lihat UMNO bersatu.Kalau parti pakatan lain bergolak, asal lu orang pemuda umno nak follow? Lu orang rilek je sudah la, kasi settle satu2. Man man .. biar la dia stay lead, lu orang yg lain support la.. apa susah!

  Anonymous

Sunday, January 31, 2010

Yang ko ni defend sgt si kerry tu apasei?
Baguih sgt ke dia tu?
Tarak apa2 pun? Pemuda tarak taring.
Itu pun nak defend jugak....
malu le.
Kalu dia baguih takpa la....ni habuk pun tarak.

  Anonymous

Monday, February 01, 2010

barua mukriz ni tak tau malu ker? engko orang dah kalah BANGANG! jangan jadi muka gampang nak rosakkan PEMUNDA UMNO PULAK! berambus lah memang ko rang hati BUSUK!

  Daulah-alWatan

Monday, February 01, 2010

UMNO tidak memerlukan pemimpin seperti Khairy Jamaludin. Setelah dia berjaya memusnahkan pergerakan Pemuda UMNO di samping menghancurkan BN dalam PRU 12, kini sibuk pula nak jawatan menteri.

Perlukah orang yang gagal diberi jawatan?. UMNO tidak perlukan orang seperti KJ. Minta dia buat kerja lain dan tak perlu campur dengan perjuangan UMNO.

YAB PM mintak dia perbetulkan pemuda yang sudah dihancurkannya. Tetapi dia tak buat apa-apa sebaliknya berjuang pulak supaya dilantik ke dalam kabinet.

PM dan TPM bukan rendah wibawanya. Meraka banyak belajar dari pengalaman dan kebijaksanaan Tun Mahathir yang berjaya memperkasakan UMNO, BN dan kerajaan. Semua rakyat Malaysia sayang kepada Tun kecuali KJ dan gerombolannya sahaja yang disokong pula oleh Nuar Brahim, PAS dan DAP. Menghasut rakyat supaya membenci Tun dan UMNO.

Selamatkan Pergerakan Pemuda UMNO lebih penting dari memenuhi keinginan peribadi Khairy Jamaludin dan gerombolannya.

Masanya sudah sampai untuk menyelamatkan Pemuda UMNO untuk membantu menyelamatkan agama, bangsa dan tanahair.

Ingatan kepada Penyokong-penyokong Khairy:

Mengenang budi dan setia kepada sahabat yang pernah memberi (merasuah?) sesuatu kepada kita bukanlah salah. Tetapi tujuan penubuhan UMNO dan tujuan perjuangan UMNO jauh lebih besar dari itu.

Ambillah jika orang beri kalau dah tak boleh elak. Tapi jangan gadaikan UMNO. Menggai UMNO bererti menggadai agama, bangsa dan tanahair kerana UMNO bergerak di atas landasan agama, bangsa dan tanahair. Kalau tak faham...belajarlah lagi untuk memahamiperjuangan UMNO. Jangan hanya pandai belajar bagaimana nak dapat peluang "menerima pemberian" sahaja dan jadikan UMNO sebagai alat.

Maaf dan sama-sama kita bertindak.

  Anonymous

Saturday, February 20, 2010

tahniah...blogger 10SBH tajaan Ketua Pemuda rasuah SETIA-KATWANG

  Anonymous

Wednesday, August 11, 2010

fdfs32f131fsf23s1df31f56sdg1321wd gfgfd hgdfh dfhdfshgsa bgdfhjk5wi4it3
ik1hkj3l1;s31dfq3w1b3cv131jtgjk1 11rt3
1ug31463
eyr1dh564o6jln131eyr

Related Posts with Thumbnails

RECENT POSTS

WHAT VISITORS SAY ABOUT US

-------------------------------------------------------------------
WE WOULD REALLY APPRECIATE YOUR COMMENT, PLEASE !

-------------------------------------------------------------------
"Cerita yang dibawa oleh 10 budak itam ada faktanya..."
- Teropongalam
-------------------------------------------------------------------
"Cuma harapan saya, agar 10sbh lebih kuat berusaha untuk menjadi mata-mata dalam pentadbiran UMNO kini terutamanya di Negeri Perak."
- Mahasiswa
-------------------------------------------------------------------
"...rakyat sudah pun sedar, yang mana kaca yang mana intan! PRU13 nanti tsunami politik akan terus berlaku tapi.InsyaAllah BN dan UMNO kembali dipercayai oleh rakyat."
- Pak Tam
-------------------------------------------------------------------
"...TERUSKAN BONGKAR. JGN BIARKAN MEREKA DUDUK DGN TENANG..."
- Jeffry
-------------------------------------------------------------------
"Memang dah merosot, sebab nya PAS suka jadi "KUDA" DAP dan PKR. PAS sanggup jual maruah bangsa dan agama demi politik!"
- Malaysian-2Day
-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------- Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk dikongsi bersama, anda boleh gunakan ruangan dibawah untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH)
Nama Anda:
Email Anda:
Tajuk :
Isu/Cerita/Apa²jelah! :
Image (case-sensitive):