-------------------------------------------------- --------------------------------------------------
Makluman : Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk di TERJAH, di BONGKAR atau di KERJAKAN, sila KLIK SINI atau scroll terus ke bawah blog untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH). --------------------------------------------------

BLOGGERS NETWORK @ PERAK

HASUTAN NIZAR MEMBAWA KEPADA LAPORAN POLIS!!!

~

Gara-gara menyampaikan ceramah politik yang berbaur hasutan semasa kempen PRK Hulu Selangor tempohari, tiga wakil kaum utama di Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Laporan dibuat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh.

Nizar didakwa membuat hasutan itu semasa berceramah di hadapan masyarakat Cina di Kg Baru Kalumpang pada 17 April lepas dan kenyataan beliau mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa di dalam ceramah itu telah dijadikan video klip dan tersebar di internet. Nizar dan hasutan!

Zulkarnain mendakwa perbuatan menghasut orang Cina di penempatan Cina adalah perbuatan politik yang melampau dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Nizar itu didakwanya berniat jahat.

"Kalau nak menang pun jangan ganggu keharmonian antara kaum di Hulu Selangor. Orang luar bawa kebencian boleh membangkitkan masalah antara masyarakat," dakwanya kepada pemberita.

Ramesh pula berkata beliau tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Mohammad Nizar dalam ceramah itu kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.

Chan pula mendakwa kenyataan Mohammad Nizar boleh mengeruhkan hubungan antara kaum dan kerajaan mesti mengambil tindakan tegas.

10SBH mengharapkan agar pihak polis segera membuka kertas siasatan bagi laporan yang dibuat ini. Bukannya apa, teringat pada kisah Si SIVAKUMAR yang sehingga kini 10SBH perhatikan masih tiada sebarang siasatan atau tindakan yang telah dibuat. Persoalannya NAK TUNGGU SAMPAI BILA???

0 Comments:

Related Posts with Thumbnails

RECENT POSTS

WHAT VISITORS SAY ABOUT US

-------------------------------------------------------------------
WE WOULD REALLY APPRECIATE YOUR COMMENT, PLEASE !

-------------------------------------------------------------------
"Cerita yang dibawa oleh 10 budak itam ada faktanya..."
- Teropongalam
-------------------------------------------------------------------
"Cuma harapan saya, agar 10sbh lebih kuat berusaha untuk menjadi mata-mata dalam pentadbiran UMNO kini terutamanya di Negeri Perak."
- Mahasiswa
-------------------------------------------------------------------
"...rakyat sudah pun sedar, yang mana kaca yang mana intan! PRU13 nanti tsunami politik akan terus berlaku tapi.InsyaAllah BN dan UMNO kembali dipercayai oleh rakyat."
- Pak Tam
-------------------------------------------------------------------
"...TERUSKAN BONGKAR. JGN BIARKAN MEREKA DUDUK DGN TENANG..."
- Jeffry
-------------------------------------------------------------------
"Memang dah merosot, sebab nya PAS suka jadi "KUDA" DAP dan PKR. PAS sanggup jual maruah bangsa dan agama demi politik!"
- Malaysian-2Day
-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------- Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk dikongsi bersama, anda boleh gunakan ruangan dibawah untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH)
Nama Anda:
Email Anda:
Tajuk :
Isu/Cerita/Apa²jelah! :
Image (case-sensitive):