-------------------------------------------------- --------------------------------------------------
Makluman : Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk di TERJAH, di BONGKAR atau di KERJAKAN, sila KLIK SINI atau scroll terus ke bawah blog untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH). --------------------------------------------------

BLOGGERS NETWORK @ PERAK

ISU "UGUTAN" RM 1 JUTA YAYASAN PERAK DITARIK BALIK?

~

Ingatkah lagi kita kepada Kod Etika Blogger yang pernah disarankan oleh YAB DS Najib Tun Razak, antara yang paling melekat di hati 10SBH adalah penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat. Ia sebenarnya menjadi tunjang penulisan 10SBH dalam memberikan maklumat kepada pembaca-pembaca budiman sekalian.

10SBH juga turut merujuk kepada blog-blog lain dalam memastikan apa yang ditulis, dilaporkan mengandungi fakta-fakta yang benar. Bagi 10SBH, kebenaran harus diterima walaupun ia sememangnya pahit untuk diterima. Bukan itu saja, malah kebenaran itu juga sebenarnya mampu membawa kepada satu transformasi yang lebih baik. Apa yang menyedihkan 10SBH apabila ada sesetengah bloggers takut untuk menyatakan kebenaran dan lebih teruk apabila ada artikel-artikel yang dikeluarkan, terpaksa ditarik balik akibat dari desakan sesetengah pihak.

Mungkin ada yang tidak menyedarinya, tetapi 10SBH tetap dapat menghidu kehilangan artikel yang pernah disiarkan oleh blogger SELAMATKAN PERAK satu ketika dulu bertajuk "JHEOA DIARAH SALUR RM1 JUTA KEPADA YAYASAN PERAK!!!" PERSOALANNYA...Di mana artikel itu, kenapa perlu dikeluarkan dari senarai artikel yang telah disiarkan? Bagi 10SBH, sudah pasti ada tangan ghaib yang menyebabkan berlakunya perkara sedemikian.

Setelah jenuh 10SBH selongkar laptop ini, dapat juga kami jumpa gambar yang dapat di "snapshot" dari SP satu tika dulu (seperti gambar di atas).Malangnya, isi artikel berkenaan tak sempat kami simpan.

Buat SP, kenapa perlu takut andai artikel yang dikeluarkan itu mengandungi kebenaran yang tersendiri. Sampai bila kita perlu tunduk kepada keperluan untuk menutupi kesalahan yang telah dilakukan. Sudah kah kita lupa bahawa kita adalah medium alternatif dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat! Amat menyedihkan apabila SP yang 10SBH lihat sebagai penyampai isu dan berita yang tepat di dalam Perak akhirnya turut menjadi BONEKA sesetengah pihak.

Buat SP, BERANI KERANA BENAR...TAKUT KERANA SALAH...TERUSKAN PERJUANGAN ANDA WALAU SEHEBAT MANA CABARANNYA. JANGAN MUDAH MENGALAH WALAUPUN DIARAH!!! 10SBH mengharapkan agar SP dapat tampil memberikan penjelasan atas apa yang telah berlaku...

0 Comments:

Related Posts with Thumbnails

RECENT POSTS

WHAT VISITORS SAY ABOUT US

-------------------------------------------------------------------
WE WOULD REALLY APPRECIATE YOUR COMMENT, PLEASE !

-------------------------------------------------------------------
"Cerita yang dibawa oleh 10 budak itam ada faktanya..."
- Teropongalam
-------------------------------------------------------------------
"Cuma harapan saya, agar 10sbh lebih kuat berusaha untuk menjadi mata-mata dalam pentadbiran UMNO kini terutamanya di Negeri Perak."
- Mahasiswa
-------------------------------------------------------------------
"...rakyat sudah pun sedar, yang mana kaca yang mana intan! PRU13 nanti tsunami politik akan terus berlaku tapi.InsyaAllah BN dan UMNO kembali dipercayai oleh rakyat."
- Pak Tam
-------------------------------------------------------------------
"...TERUSKAN BONGKAR. JGN BIARKAN MEREKA DUDUK DGN TENANG..."
- Jeffry
-------------------------------------------------------------------
"Memang dah merosot, sebab nya PAS suka jadi "KUDA" DAP dan PKR. PAS sanggup jual maruah bangsa dan agama demi politik!"
- Malaysian-2Day
-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------- Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk dikongsi bersama, anda boleh gunakan ruangan dibawah untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH)
Nama Anda:
Email Anda:
Tajuk :
Isu/Cerita/Apa²jelah! :
Image (case-sensitive):