BLOGGERS NETWORK @ PERAK
-
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
-
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT :
PKR,Politik,Tengku Zafrul,UMNO
-
TIGA WATAK DIAKHIR ZAMAN
-
Tiga Watak Di Akhir Zaman
*Kedatangan Imam Mahdi *
Ada disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda
sudah dekatnya kemuncul...
-
Prostitution in Pakatan Harapan
-
Prior to General Election, this guy, a workers' union leader call for 14
million workforce in Malaysia to vote Pakatan Harapan.
It end up, he come out wit...
-
Malaysia jadi buah catur Amerika vs China
-
Kemaraan China perlu diberhentikan. Yang terbaik ialah melalui pilihanraya.
Maka bermulalah era Amerikanisasi di negara ini pasca PRU14
Untuk melihat sej...
-
Sudah Ku Tahu
-
Seringkali aku menduga..Seringkali ini terjadi
Segala rahsia sudah ku tahu..Rupanya aku tak dicintai
Untuk apa kau buat ku begini..Segala apa yang tela...
-
Toko Mutiara Lombok Sekarbela
-
Toko online mutiara lombok murah dan mewah yang menjual gelang cincin
kalung liontin dengan model katalog terbaru anda juga bisa memesan model
yang anda in...
-
Isu pakaian hitam kecohkan sidang DUN?
-
*IPOH* - Seperti dijangka, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang
berlangsung hari ini kecoh dengan adegan ‘bertikam lidah’ dan berbalas
kenyataan anta...
-
UMNO dan PAS mesti dileburkan. Ke Arah Politik baru.
-
Jika UMNO akan dileburkan oleh Khairy Jamaluddin untuk menjadi BN atau The
Nationalist; maka PAS juga mesti diakhiri.
PAS boleh dianjakkan menjadi suatu g...
-
MESYUARAT AGONG UNTUK MEMPERBAHARUI USUL????
-
Demam mesyuarat agung cawangan cawangan kembali untuk tahun ini. Seperti
biasa usul usul dan cadangan dari cawangan dibahaskan. Usul lama tertinggal
dan us...
-
Pemberontakan ahli Dap Perak
-
Sudah jelas semakin ramai menolak kepimpinan Dap Perak. Sebelum ini krisis
di Kedah dijangka melarat ke Perak pula.
"IPOH - AFTER Kedah and Malacca, inte...
-
Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
-
Gambar credit to Bro Gunung Mat Cincang
Where to start setelah lama tidak berkarya...apapun, syukur
alhamdulillah...mungkin agak lewat untuk mengucapkan...
-
A Goat Named 'Shahrukh Khan' in Bakrapur
-
Shahurkh Khan
Unlike Anurag Kashyap’s more elaborate ode to Amitabh Bachchan by making a
short film on him in *Bombay Talkies*, actor-filmmaker Makarand D...
-
FEBRUARI 2013.....
-
*Pejuang/// kini kembali....*
-
SUMBANGAN PAKAIAN RAYA DAN IFTAR 2011
-
*PROGRAM :*
SHOPPING DAN SUMBANGAN PAKAIAN RAYA DAN IFTAR BERSAMA ANAK-ANAK YATIM /
FAKIR MISKIN / OKU
*ANJURAN :*
PUTERI UMNO BAHAGIAN I...
-
Parpukari, Zahid Md Arip dan Hamdan Taha Tiada Kaitan Dengan Dr Zambry lah!
-
Lama sudah akak tidak menulis artikel di blog ini, tapi kerana panas hati
akak gagahkan juga......................
Nampaknya blogger tersohor seantero Tan...
-
Majlis Berbuka 'Nur Kasih Ramadhan'
-
Tarikh : 22 Ogos 2010
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Ipoh Perak.
Majlis di anjurkan oleh Puteri UMNO Bahagian Gopeng. Meraikan Ibu Tunggal,
Warga Emas d...
-
TAHNIAH HAMDAN TAHA!
-
Tahniah Hamdan Taha kerana berjaya mencipta senario yang diinginkan. Anda
berjaya melaga-lagakan kepimpinan YAB DS Dr Zambry Abd Kadir hanya kerana
dendam ...
-
Harussani Dedah Keangkuhan PAS
-
BANGI 4 Mac - Setelah berdiam diri hampir dua tahun selepas Pilihan Raya
Umum Ke-12 lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meluahkan
apa ya...
-
Timbalan Menteri: Pilihan raya kampus seharusnya lebih telus
-
PUTRAJAYA, Feb 4 — Pilihan raya kampus seharusnya dijalankan dengan lebih
telus dan sistematik agar ia mampu berfungsi dengan lebih efektif sesuai
dengan s...
-
UMNO 2010; The People's Champion
-
It's just a couple of days till the arrival of 2010. UMNO has been in
re-group mode ever since the ascension of Dato Sri Najib Tun Razak as the
7th Presid...
-
-
-
-
-
Friday, January 8, 2010
10 SBH dalam melawat blog-blog rakan, sempat menyinggah ke blog beberapa pemimpin. Sempat juga menyinggah ke blog
DS Dr. Zambry. Blog yang selalu 10 SBH lawati kerana pernah menjadi blog yang aktif dengan maklumat terkini. Tapi sayang, blog yang satu ketika dulu sering dikemaskini, tika ini seakan-akan sudah tenggelam. Suram tanpa sebarang laporan atau aktiviti terkini DS Dr. Zambry.
10 SBH mengharapkan, DS Dr. Zambry atau 'administrator' blog dapat kembali menyalurkan kami maklumat, aktiviti serta program-program terkini DS Dr. Zambry agar rakyat dapat sentiasa mengikut perkembangannya ke arah Perak Aman Jaya.
17 Comments:
Friday, January 08, 2010
Mungkin aku sebahagian dari rakyat Perak yang kecewa dengan blog zambry sekarang.Dan mungkin ramai lagi begitu.Sebab aku rasa blog YB banyak informasi dan berita-berita kegiatan beliau seharian malah secara bulanan dapat aku baca. Tapi sekarang tak lagi macam dulu.
Masa awal-awal dulu aktif sungguh blog zambry ni..tapi sekarang? Mengapa?
Aku yakin semangat dan keyakinan YB dalam ber blog masih utuh. Dan aku juga percaya mesti ada administrator atau orang beliau yang memantau dan mengisi slot-slot kegiatan harian YB.Tapi kemana hilangnya admin tersebut?
Aku harapkan semoga blog YB dapat aktif semula dengan pengisian-pengisian yang dpt membuka semua rakyat perak tentang usaha-usaha BN amnya dalam memajukan dan mempelopori bidang-bidang tertentu yang masih banyak lagi belum diusahakan.
Jangan biarkan bloger-bloger yang dahulunya sentiasa mengunjungi blog YB kian hilang satu persatu dek kerana tiada usaha pihak-pihak tertentu dalam menyebarkan/mengusahakan maklumat dalam blog tersebut.
Friday, January 08, 2010
SLM BRO..DS ZAMBRY KENE BUAT SESUATU. ITU ADALAH ANTARA SLH SATU SALURAN UTK RAKYAT BERINTERAKSI DGN BELIAU. MOHON BELIAU AMIK PERHATIAN
Saturday, January 09, 2010
Saya setuju dengan ukhwah.
Saya sebelum ini blog DS zambry sentiasa jadi santapan setiap malam.Pengisian blog sentiasa dikemaskini.Kemas dan menarik.
Tapi kini agak lesu dan suram.Mungkin DS agak sibuk dengan tugas2 diluar yang perlu dilaksanakan.
Walaupun begitu kami berharap,jika ada kelapangan,DS dapatlah jenguk2 blog DS dan pihak admin yang dapat kemaskini blog DS.
Salam mahasiswa ..
Saturday, January 09, 2010
Salam Ziarah....
Adalah amat rugi jika membiarkan blog tidak diupdatekan.Rakyat sentiasa dahagakan informasi2 terkini diharap Dato Zambry ambil perhatian dan tindakan segera.Bro saya dah linkkan blog dan follow bro terima kasih dan sama-sama kita berjuang dialam cyber
Saturday, January 09, 2010
saya berpendapat mesti ada sebab kenapa blog DS semakin suram, bukan itu sahaja blog selamatkan perak pun semakin malap, artikel terakhir adalah berkenaan tun mahathir walhal rasanya banyak isu terkini di perak sehinggakan DS zambri yang akan mengambil tindakan tegas terhadap suara keadilan lansung tak di siarkan
Saturday, January 09, 2010
Terima Kasih Lagenda.
Inilah yang kita mahukan; keserasian dan kemampuan untuk bersatu dalam memperjuangkan untung nasib agama, bangsa khasnya anak melayu dan negara amnya.
Sekiranya kita dapat buktikan semua penyokong kerajaan bersatu di bawah satu bumbung, di bawah gagasan 1Malaysia, nescaya individu mahupun kumpulan yang berniat untuk menggagalkan setiap usaha kerajaan khasnya Kerajaan Perak terpaksa berfikir 2x untuk menabur fitnah dan dusta.
Terima kasih rakyat Malaysia khususnya bloggers!. Marilah kita bersatu di bawah nama perjuangan!
Insyallah sedikit sebanyak suara kita akan di dengar pihak kerajaan mahupun pembangkang.Ini yang kita mahukan..SUARA RAKYAT! Suara yang menentukan hala tuju bangsa dan negeri kita!
Nyah!! kepada sesiapapun yang cuba menggugat kumpulan kami. Kami kumpulan bloggers,duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, bersatu dalam apa jua tohmahan,tuduhan,fitnah yang dilemparkan. Kami juga tidak gentar mengkritik dan mendedahkan kakitangan, ahli politik tertentu atau kalangan exco kerajaan sekalipun sekiranya ia boleh menjadi duri dalam daging dalam membantutkan usaha-usaha ke arah kemajuan dan keharmonian kami!
Terima kasih semua sahabat-sahabat bloggers..
Sunday, January 10, 2010
Kenapa Isu MB Perak Secepat Kilat Fail Rayuan
Apa yang jelas dapat dilihat, sememangnya tindakan ini adalah bermotifkan politik semata-mata. Disamping untuk mengalih pandangan rakyat terhadap isu utama yang melanda sekarang iaitu perihal kenaikan harga gula dipasaran dan isu-isu lain, maka mereka memainkan isu "khalimah Allah" ini agar rakyat tertumpu kepada isu berkenaan dan melupakan isu yang lain. Inilah strategi jahat puak-puak UMNO dan BN yang sebenarnya memang tidak jujur dan bertanggungjawab kepada rakyat itu sendiri. Sesuatu yang harus kita fikirkan disini ialah kenapa dalam isu politik yang melibatkan kuasa seperti kes Menteri Besar Perak dulu, kerajaan begitu cepat menfailkan rayuan di mahkamah. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar Jamaluddin adalah menteri besar yang sah, maka dengan sepantas kilat kerajaan menfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan yang akhirnya membatalkan keputusan tersebut dan memberi kemenangan "tak bermoral" kepada Zambry Kadir. Kenapa dalam kes kuasa seperti ini mereka lebih "advanced" tetapi dalam isu "agama yang lebih penting" mereka terkebelakang. Apa lagi yang harus difikirkan oleh pemimpin UMNO sekarang?. Walhal, dalam masa yang sama mereka mengatakan hanya mereka pejuang Islam sejati. Inikah namanya pejuang sejati, bila sanggup membiarkan mahkamah sewenangnya membuat keputusan. Di sinilah bukti jelas yang menunjukkan mereka sengaja mahu mengelirukan rakyat dalam isu agama seperti ini. Sengaja melambat-lambatkan proses rayuan demi kepentingan politik mereka sebenarnya. Ini membuktikan puak-puak UMNO sudah ketandusan idea dalam memenangi hati rakyat terutamanya orang Melayu yang beragama Islam. Isu perkauman yang dimainkan selama ini, gagal memecahbelahkan keutuhan Pakatan Rakyat. Maka kini isu agama pula dijadikan bahan "eksperimen" mereka. Apakah kita harus tertipu dan terpedaya dengan adengan yang cukup memualkan di tahun baru 2010 ini agaknya?
Sunday, January 10, 2010
Shamsul Iskandar Perjelaskan Isu Khalimah Allah Hanyalah Satu Helah Puak-Puak UMNO Mengalih Perhatian Rakyat Sebenarnya !!
KUANTAN, 4 Jan [9.00 am] - Kerajaan UMNO dan BN dipercayai sengaja menggunakan isu khalimah Allah sebagai senjata untuk mengalih pandangan rakyat terhadap isu semasa yang lebih penting kepada rakyat. Antaranya isu semasa yang sedang hangat diperkatakan sekarang ialah kenaikan harga gula di pasaran, isu kehilangan enjin pesawat, isu laporan bedah siasat kedua yang mengesahkan Teoh Beng Hock dibunuh, isu kenyataan P.Balasubramaniam bahawa beliau diugut dan diberi habuan supaya menarik balik akuan bersumpahnya terhadap penglibatan PM Najib Razak dalam kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantunya Shariibuu dan banyak lagi. Pendek kata rakyat mahu dikelirukan dengan satu cerita kartun yang langsung tidak masuk dek akal sebenarnya. Baru-baru ini mahkamah membenarkan sebuah akhbar (Herald) menggunakan kalimah Allah SWT dalam penerbitannya. Insiden ini telah mencetus polemik dikalangan masyarakat dalam negara kita. Keadaan kelihatan tegang antara penganut ajaran Kristian dan umat Islam, hingga membawa kepada protes besar-besaran di seluruh negara. Anehnya protes itu hanya dilakukan oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional, kononnya mereka adalah "juara rakyat" dalam isu mempertahankan agama Islam. Walhal, majoriti rakyat tahu bahawa puak-puak UMNO adalah golongan yang selama ini sering menghina agama Islam itu sendiri.
Bukti jelas menunjukkan mereka memang tidak melaksanakan sistem pemerintahan mengikut Islam yang sebenarnya. Malah, rata-rata pemimpin mereka gemar melakukan amalan rasuah, penyelewengan dan korupsi yang tidak wajar dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Maka, kenapa mereka tiba-tiba mahu menjadi juara dalam isu khalimah Allah ini agaknya. Mengulas lanjut tentang perkara ini Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin (foto), menegaskan bahawa amatlah tidak masuk akal tiba-tiba mahkamah memenangkan Akhbar Herald dalam kes yang cukup sensitif ini sebenarnya. Amatlah tidak logik, kerajaan UMNO dan BN yang senantiasa menang dalam banyak kes tiba-tiba gagal menggunakan teknik yang sama iaitu menggunakan skrip untuk memaksa hakim menukar fakta pada kali ini. Secara jelas dapat kita lihat bahawa kemenangan kepada Herald dalam kes ini sudah nampak petandanya apabila hakim dan peguam yang menbicarakan kes ini bukanlah orang Islam. Maka itu sememangnya amat sukar untuk Islam menang bila hakim yang bukan Islam membicarakan kes yang melibatkan agama Islam itu sendiri. Soalnya, kenapa kerajaan UMNO dan BN tidak menggunakan kuasa mereka untuk menukarkan hakim berkenaan, sama seperti apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim ketika kes mahu dibicarakan di Mahkamah Sesyen oleh Hakim Koomathy dulu. Mereka dengan mudah menukarkan hakim untuk membolehkan kes dipindahkan secara mudah ke Mahkamah Tinggi. Maka kenapa mereka tidak mahu menggunakan cara yang sama dalam kes penggunaan nama Allah ini?. Apa yang jelas, ini semua adalah satu strategi untuk mengalih pandangan rakyat sebenarnya. Bukti jelas kini mereka menggelarkan pula UMNO sebagai juara yang memperjuangkan Islam. Malah mereka menempelak parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk turut menyokong dan mengadakan demontrasi atas kes ini. Semua ini hanyalah lakonan semata-mata dan kita sendiri tahu siapakah yang mencipta skrip itu.
Sunday, January 10, 2010
[Banyak lagi isu yang telah didedahkan oleh Shamsul dalam ceramahnya di Felda Sg.Panching Timur, Kuantan malam tadi. Biarpun kehadiran penyokong agak kurang memberangsangkan biarpun ceramah menampilkan dua Ketua Pemuda sayap kanan parti dalam Pakatan Rakyat iaitu Shamsul (Ketua AMK PKR) dan Ustaz Nasharuddin Hassan At-Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat). Orang ramai yang ingin hadir keliru dan gusar diambil tindakan oleh pihak pengurusan Felda, terutamanya penduduk tempatan. Malahan, pihak polis dipercayai telah menarik balik permit pada awalnya akibat laporan polis yang dibuat oleh pemimpin UMNO setempat dan juga Pengurus Felda. Namun, atas perundingan ceramah telah diubah ke lokasi yang berlainan selepas perbicangan diadakan dengan pihak polis. Apapun ceramah akhirnya berjaya dijalankan seperti yang telah dijadualkan. Turut berceramah malam tadi ialah Saudara Razali Alias (Setiausaha Perhubungan PKR Pahang, mewakili Dato' Fauzi) dan Ketua Cabang PKR Paya Besar, Saudara Zahari. Apapun, tahniah kepada semua AJK yang terlibat].
Sunday, January 10, 2010
Isu sah MB pula dimainkan disini.
Kenapa kerajaan mempercepatkan rayuan?
Kita imbas semula ..
1.KEKACAUAN PERTAMA
Kembali sewaktu mula-mula Pakatan menang pilihanraya. Sebaik shj diumumkan Pakatan menang (Bukan PAS majoriti pun), dengan ghairah dan rakusnya Nizar dan sekutu masuk ke pejabat SUK dan menghalang semua individu ke sana.Disokong pulak puak2 pakatan yang menunggu diluar bagaikan samseng umpama bangunan SUK tu baru je korang beli kan. KECOH!
2. KEKECOHAN KEDUA
Lihatlah sewaktu Duli Tuanku hendak memperkenan DS Zambry sebagai Menteri Besar, puak pakatan satu Malaysia (bkn org perak pn) berkejar ke Istana dan bagaikan dipukau, baring di tengah jalan menghalang urusan tuanku. KECOH!
3. KEKECOHAN KETIGA
Sewaktu Sidang DUN pertama selepas pentadbiran BN, Pakatan sekali lagi bagaikan dipukau, berdiri di atas meja bagaikan samseng sambil menghentak-hentak meja.Raja Nazrin yang dtg untuk menyempurnakan Sidang DUN terpaksa menunggu 5 jam di kamar diraja gara-gara samseng Pakatan. KECOH!
Rasanya cukup lah 3 bukti kekecohan untuk 10sbh letak disini.
APA KAITAN KEKECOHAN INI DENGAN CEPATKAN FAIL RAYUAN?
Kerana sekiranya rayuan tidak dipercepatkan seperti yang saudara kata, bermacam-macam lagi tindakan Pakatan mahupun puak-puak penyokongnya akan dirasuk lagi.Mungkin bukan setakat baring, willy ke wekang pun mau.
Begitu juga isu kalimah allah ini. Sekiranya tiada tindakan segera diambil, kemarahan rakyat terutama umat Islam akan lebih membuak dan akan mengakibatkan pergaduhan antara kaum. Inikah yang saudara mahukan?
Kita ambil kes terbaru, bakar gereja. Kalau kerajaan buat tak tahu, dan lambat ambil tindakan, adakah kaum lain akan berdiam diri? Senang ckp, kerajaan tunggu je ye.. dan biarkan solve sndiri,gitu?
Berbalik kes rayuan td,sewaktu Mahkamah Rayuan memutuskan DS Zambry Menteri Besar yang sah, sebaik je keluar dari pintu mahkamah tu, terus keluar dari mulut Nizar, kita akan failkan rayuan ESOK melalui peguam saya!Ha? Keputusan Mahkamah Rayuan pun tak terima ke? Jadi apa jenis manusia ni? Mahkamah mana lagi dia nak percaya?
Akhirnya, Mahkamah Hospital Bainun tempatnya... Ok bro!
Monday, January 11, 2010
Ceh! bulls**t punye alasan. tak masuk akal lansung contoh2 yg ko bg tu.TAK DE KAITAN LANSUNG KEKECOHAN YG KO CKP TU DENGAN CEPATKAN FAIL RAYUAN.
"Berbalik kes rayuan td,sewaktu Mahkamah Rayuan memutuskan DS Zambry Menteri Besar yang sah, sebaik je keluar dari pintu mahkamah tu, terus keluar dari mulut Nizar, kita akan failkan rayuan ESOK melalui peguam saya!"
persoalannye, kenapa Mahkamah rayuan yg dikemukakan oleh Nizar tak sepantas kilat mcm rayuan yg dikemukan oleh Zamry?betul ko ni 'Musang Berjanggut' la.. "itu undang2 saya yg bikin.kita boleh pusing itu undang2".
bro, sampai skrg pun pihak mahkamah tidak mempunyai 'due date'utk menyebut semula kes rayuan nizar. balik2 tangguh, tanguh & tangguh..sampai naik lempuh org tunggu.
Undang2 malaysia = Bulls**t selagi ada org2 politik dibelakang tabir yg campur tgn.
Monday, January 11, 2010
Bro,
Kita ada ALLAH yang satu.Dialah tempat kita berlindung dan tempat kita mengadu.Kalau bro rasakan Mahkamah Malaysia tidak adil,buatlah sembahyang hajat jatuhkan Mahkamah Malaysia. Ada 2 kemungkinan jer,jika diterima,sesiapa dalang yang terlibat semua insyallah akan dihukum,jika tidak di dunia,di akhirat.Tapi sekiranya tidak diterima,doa insan yang teraniaya sntiasa dibukakan Allah pintu langit untuk memakbulkannya.
Jika benar rasakan Nizar itu betul dan bro serta sme pakatan sekalian tidak mampu buat apa,then tunggulah PRU13.Kalau betul menang,tiada siapa yg nak melenting.Tapi jika kalah pakatan next election .. kita tengok siapa yang melenting kan..Sebab pakatan sentiasa tidak akan bersetuju sme BN ckp .. itulah masalahnya.Berdebatlah kot mana pun,pakatan juga yang betul. Jadi pada saudara-saudara Islam yang hitam2 dahinya, berdoalah, moga dimakbulkan .. dan belajarlah menerima hakikat.
Ok Bro!
Tuesday, January 12, 2010
tak perlu tunggu PRU ke13 la, skrg pun boleh bubarkan DUN Perak kalau UMNO brani.memang itu la yg pakatan nak semenjak kekecohan tu berlaku.
kalu UMNO yakin boleh menang, bubarkan aje la DUN perak, buat election semula, tak brani UMNO bro walaupun didesak pelbagai pihak. tak guna kes ni bawak Mahkamah skali pun, Mahkamah&undang2 ko org yg 'pegang'. cume 'kuasa rakyat'(election) yg boleh singkirkan ko org, bkn2 undang2 1Malaysia.
Tuesday, January 12, 2010
Salam bro,
Bagi 10sbh ada beberapa sbb di sini kenapa DUN Perak tidak dibubarkan.
1.Kerana Duli Tuanku Sultan Azlan Shah telah mengesahkan DS Zambry MB yang sah.Undang-undang tubuh Negeri Perak juga menyatakan setiap MB yang dilantik hendaklah mendapat perkenan Duli Tuanku.
2.Sewaktu 3 Adun Pakatan keluar menjadi adun bebas,dan jumlah kerusi sama 28(tidak mempunyai majoriti),diwaktu itu,Pakatan pun tidak membubarkan DUN.Kenapa?Jika benar Pakatan yakin rakyat akan menyebelahi mereka,bubarkan sahaja DUN.Tp itu tidak berlaku.
3.Akan berlaku kacau bilau dalam negeri yang mungkin boleh berlaku pertumpahan darah kerana melibatkan emosi kepartian dan perkauman.
4.Juga berlaku kacau bilau dalam pentadbiran kerajaan kerana perjanjian2 yang telah dimeterai dengan syarikat2 luar,syarikat dlm negeri juga sebarang usahasama pembangunan negeri akan terbantut.Ini sekaligus menjadikan Negeri Perak terus mundur dan hilang kepercayaan pelabur.
Bro,cuba kita letakkan sentimen kepartian kita ketepi seketika dan fikirkan tentang pembangunan dan keamanan Negeri Perak.Ramai rakyat disini mencari rezeki untuk menanggung anak bini dan mereka mahukan kedamaian.Bukan peperangan.
Cuba kita berikan peluang skali pada kerajaan baru bawah pimpinan DS Zambry sehingga PRU 13 nanti.Sekiranya masih tiada perubahan,masih ditakuk lama,kita undilah Pakatan.Itu pun yang terjadi masa PRU 12 dulu kan.
Sbb 10sbh tengok kini,banyak perubahan dibawa DS Zambry.Ini petanda baik.Tapi konsistensi dalam pentadbiran juga diberi keutamaan.Jgn tahun pertama,kedua je..pastu senyap.10sbh juga akan pantau keadaan itu.10sbh cuba memainkan peranan sebagai mata untuk kerajaan mahupun pakatan dalam mencari kebenaran.Mana yang salah,10sbh akan bongkarkan.Mana yang xbetul,10sbh akn cuba selidik dan dapatkan kebenaran.
Ok bro!..Cool!
Wednesday, January 20, 2010
Saudara 10BH..
Pengkomen2 diatas mana tau gula naik tak naik....
Masih bahalol ke lagi? isu ALLAH dimulakan Pak Sheh Aljuburi. Mereka ni kena la baca sejarah sikit, Jgn dok menyalahkan BN je.
Sila tanya aku tentang siapa nuar brahim yang jadi idola demer sebeno nya.
Dah buta sejarah jangan pandai nak tulis tanpa fakta. Namanya Lambat Siang nak campur...
Salam dari anak bapak.
Wednesday, January 20, 2010
Salam Anak Bapak,
Itulah mainan politik pembangkang bro. Politik negara mana yang bersih? Dan kalaupun yang buat huru-hara ini bukan dikalngan pemimpin pembangkang,anak2 buahnya yg kedepan menabur fitnah.
Rosak pemikiran rakyat.Rakyat disogok pelbagai cerita dan isu yang mengelirukan.Sehingga isu agama pun boleh diputarbelit.
Sudah2lah..bersatulah kita dibawah satu agama.Hendaknya,jgnlah kerana ketaksuban berparti sehingga meruntuhkan akhlak dan moral anak2 muda melayu kini yg sememangnya di zaman yang serba mencabar,duniawi dan ukhrawi.
10SBH berharap,satu hari nanti Allah akan bayar CASH di dunia ini atas segala perbuatan Anwar.Supaya rakyat jelata semua tahu cerita yang sebenar2nya.
TQ
Tuesday, December 07, 2010
Orang melayu yang beragama Islam tidak sekali-kali harus mencerca UMNO yang terlalu byk berjasa kepada Islam.... wajib menjauhi Nik Aziz Ulamak jelmaan syaitan! ulamak jenis ini sangat terkutuk di sisi Allah dan wajb diperangi sampai kiamat... insyaallah kita akan beroleh kebaikan di akhirat kelak!
Post a Comment