-------------------------------------------------- --------------------------------------------------
Makluman : Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk di TERJAH, di BONGKAR atau di KERJAKAN, sila KLIK SINI atau scroll terus ke bawah blog untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH). --------------------------------------------------

BLOGGERS NETWORK @ PERAK

UMNO Juara Rakyat!

~



10SBH sambil menghayati ucapan Presiden Umno di Bukit Sentosa, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program Juara Rakyat dilancarkan hari ini untuk mendekati semula rakyat yang menolak mereka dalam pilihan raya umum yang lalu. Semua pemimpin diingatkan agar tidak lupa bahawa 'Rakyat yang Berkuasa' dalam memilih barisan kepimpinan negara, kerajaan yang mentadbir negara. Program UMNO Juara Rakyat juga akan berterusan setiap bulan di seluruh negara di semua Bahagian UMNO.  Ia juga dibuat agar bertepatan dengan aspirasi satu Malaysia agar pemimpin menjadi 'mesra rakyat'

10SBH juga berbangga kerana nama program Juara Rakyat itu sendiri itu sendiri dipilih atas keinsafan mereka terhadap isyarat yang ditunjukkan oleh pengundi semasa pilihan raya umum 2008.

"Kami terima dan insaf bahawa rakyat adalah kuasa keramat. Kami dengar dan terima bahawa rakyat beri teguran dan teguran itu kami akan hayati, bukan setakat dengar sahaja," katanya yang menjelaskan bahawa kesedaran itu timbul hasil pemerhatiannya ke atas pencapaian parti LDP di Jepun.

Menurut sejarah, LDP merupakan parti yang lama memerintah dan banyak berjasa tetapi ditolak oleh masyarakat negara itu dalam pilihanraya sebelum ini.

10SBH juga mengucapkan tahniah kerana untuk membuktikan bahawa UMNO Juara Rakyat. Najib dalam ucapannya turut mengumumkan peruntukan 15.6 juta untuk baiki 5,000 pangsapuri penduduk di kawasan itu. Selain itu, peruntukan sebanyak 500,000 untuk gereja yang telah dibakar turut membuktikan keikhlasan kerajaan dalam aspirasi 1 Malaysia dan menidakkan kempen yang dilancarkan oleh PAS "UMNO Pengkhianat Rakyat"

Semoga UMNO dan BN akan terus menjadi Juara Rakyat hari ini, esok dan selamanya!!!

5 Comments:

  Mahasiswa

Sunday, January 10, 2010

Alhamdulillah,UMNO sekarang sememangnya Juara Rakyat.

Banyak perubahan sejak Dato Seri Najib mengambil tampuk pemerintahan.

Cuma harapan saya, agar 10sbh lebih kuat berusaha untuk menjadi mata-mata dalam pentadbiran UMNO kini terutamanya di Negeri Perak.

Saya hanya boleh mendapat berita terkini isu di Perak dari bacaan blog di Shah Alam ini. Dan sebarang pembongkaran terutamanya tentang Pentadbiran BN Perak hendaklah diteruskan agar UMNO tidak lena dibuai mimpi apabila berada diatas.

Teruskan terjahan mike 10sbh!

  Anonymous

Tuesday, January 12, 2010

Umno : 'Juara Rakyat' atau JUAL RAKYAT ?

Oleh : albanjari

Kita percaya dalam dada pendokong PR tidak ada istilah 'irihati' mahupun 'dengki', bila PR bikin sesuatu program untuk rakyat. Jauh sekali nak menunjuk-nunjuk kepada Umno-BN kepada program yang dibuat itu. Tapi lain pula bila kita baca komen 'mangkaq' dari Putrajaya ini yg berstatus ahli Parlimen di situ. Dah meroyan ka..apa dia ni ? Katanya,

'kita bukan macam pembangkang, yang buat sesuatu program dengan hasrat irihati kepada lawan sebaliknya kita buat untuk kepentingan rakyat.."


Tetapi yang jelas kita lihat di dada akhbar milik mereka(baca Umno), mereka dengan terang dan sombong memberitahu bahawa pelancaran program 'UMNO JUARA RAKYAT ' pada 9 Jan.,kelmarin merupakan satu agenda penting bukan sahaja untuk UMNO malah untuk BN bagi mengukuhkan dan mencari sokongan rakyat kepada parti tersebut. Hah ! Ini apahalnya ?

Dan melalui program itu, Umno akan jelaskan kepada rakyat terutamanya kepada melayu terutamanya di kampung2 dan di desa, bahawa Umno dan BN inilah yang selama ini men'juarai' segala hasrat rakyat, dengan kata lain Umnolah 'JUARA RAKYAT' ! Kah..kah..kah !

Satu usaha terbaru Umno dan BN menipu rakyat sekali lagi. Gula-gula sedang bertaburan, walaupun harga gula sudah naik 20 sen. Gula-gula 'terbaru' ini adalah gula-gula yang akan di'pesona'kan dengan seribu kilauan bintang. Kilauan dan silau bilamana 'dakyah'nya yang digunakan ialah dengan menbangkitkan 'nostalgia-nostalgia syahdu ' lagi retro pemimpin2 'mereka' di era 50-an, 60-an dan 70-an dulu-dulu berhubung jasa2 mereka kepada orang melayu. Tak ubah seperti kisah pandir dengan kenduri-kendurinya.

Soalannya, apakah benar Umno ini juara rakyat ? Apakah dikira sebagai 'juara rakyat' apabila banyak tanah-tanah kepunyaan melayu tergadai atas nama pembangunan ? Apakah ini dinamakan sebagai 'juara rakyat' apabila banyak wang rakyat diguna sewenang-wenangya tanpa mengambil kira pandangan rakyat akan pembaziran yg berlaku ?

Jika ditanya kepada rakyat, tak mustahil jika rakyat akan berkata, Kalau macam ini caranya, kami sebagai rakyat tidak nampak langsung Umno sebagai 'juara rakyat' tetapi kami melihat Umno kini lebih dikenali sebagai ' JUAL RAKYAT'.

(*) artikel yang disusun semula dari tulisan Rizan Hj. Ali ( SU PKR Cabang Bera, Pahang)
Posted by albanjari

  Anonymous

Tuesday, January 12, 2010

JUARA RAKYAT @ JUAL RAKYAT..????

Umno : Catatan di Ekspo Umno 'Juara Rakyat' atau JUAL RAKYAT ?

Oleh : sunsnake
Kelmarin saya berkesempatan turun ke ekspo 'UMNO Juara Rakyat'. Kebetulan jarak yang dekat memudahkan untuk saya hadir. Sekadar meninjau. Kebetulan, ketibaan saya dan lain-lain 'disambut' oleh Najib dimana dia baru saje nak memulakan ucapan perasmian. Diatas pentas, pimpinan UMNO sudah penuh memenuhi lantai pentas.. aikk?? Zambry 'Ghandi' pun ada !

Saya yang berpakaian uniform keje dengan penuh 'gah' duduk sekali di dalam kumpulan UMNO nih! Perrgghh!!! Berdebar jugak syeikh!! Selalu hanya ushar dari jauh aje masa penamaan calon! Ini duduk dalam kumpulan 'depa' sekali ! "Ya Allah! Janganlah Kau timpakan bala diwaktu ini, tidak dengan aku-aku sekali mati katak !" bisik teman dalam hati.

Saya dan 2 rakan lain penuh berjaya melawat hampir kesemua gerai dan pameran. Laluan becak giler! Hujan lebat sejak pagi semalam (jumaat) memang membantu membecakkan lagi kawasan tuh! Jelas sungguh, Allah SWT lebih berkuasa. Perancangan yang begitu hebat diatur telah terganggu dengan 'becak'nya tapak di ekspo mega itu, sesungguhnya Allah SWT lebih hebat perancangannya !

Bas dan Gadis Melayu UMNO!
Ini lah jumlah bas paling banyak teman pernah tengok di Bukit Sentosa setakat ini! Paling-paling tidak 50 buah! Kome darab lah sendiri. Dari orang India, Orang Asli dan paling ramai melayu! Baik yang tua, yang muda tak dilupakan juga yang bergetah! Yang kendur pun ada, semua ada! Tapi paling ramai perempuan muda lah. Itu kelebihan UMNO. Jenis anak-anak gadis melayu yang pakaian tak berapa senonoh ni memang 'makanan' UMNO. Bukan nak tarik jadi baik! Tapi jadi balaci kempen untuk UMNO ! Kesian teman tengok anak-anak gadis ni ber'jihad' sambil merayau-rayau edar risalah UMNO. Pahala tak dapat, dosa lagi ada sebab dedah aurat !

Makcik UMNO
Sewaktu Najib berucap, teman berada di sebelah kanan pentas, melalui 'denai-denai' becak. Akhirnya dengan bersusah-payah, sampai lah teman ke pameran Pusat Perhubungan UMNO negeri-negeri. Sewaktu di pameran UMNO Negeri Perak, teman dapat cenderamata dari makcik UMNO berupa buku nota kecil Yayasan Perak dan Sticker cermin kereta "Daulat Tuanku"! Makcik tu siap sound kat teman lagi "buku ni boleh tulis no telefon awek! sebab buku ni kecik bini tak tau, boleh sorok !" Hek elehhh ! Dah la tulisan 'Wanita UMNO' sikit punya besor kat baju merah 'meghelit' dia, bagi pulak idea yang sungguh kurang sopan! kalau laki dia buat macam tu macem mane ?

Pemuda UMNO
Di bilik Pameran UMNO lain pulak suasananya, agak tenang macam takde orang. Mungkin semua tengah sibuk layan Najib ceramah! Ada susunan gambor-gambor Ketua-ketua Pemuda UMNO sejak yang pertama sampai la KJ. Setiap satunya akan ada sedikit biodata dan quote kata-kata keramat mereka.

Tapi sampai kat Anwar Ibrahim selaku Ketua Pemuda UMNO kelapan, kosong je ! Takde quote kata-kata Pak Sheikh! mungkin sebab kata-kata keramat Pak Sheikh "Suara Rakyat, Suara Keramat!" tu yang allergic UMNO nak tayang kot ? Hehehe..!

Yang geng-geng Pemuda UMNO pulak dah macam bouncer kelab malam! Muka bengis macam nak makan orang! Konon dah hensem sangat la dengan kacamata hitam! Berkepul-kepul asap rokok, sambil melayan awek-awek Puteri yang kebanyakkannya tak cukup kain!
(bersambung...)

  Anonymous

Tuesday, January 12, 2010

(sambungan...)

Cenderamata
Seperti biasa, key chain berlogo UMNO dan BN menjadi cenderamata wajib. Ada jugak belon UMNO dan BN untuk kanak-kanak. Ada keychain berkompas tuh!!! Ada kalendar kecik.. Ada jugak badge 1 Malaysia. UMNO dan BN. Tak tergamak nak ambik! Banyak lagi laaa!!! Surah Yaasin pun ada syeikh!

Air 1Malaysia!
Masa nak balik teman dan kawan-kawan nyinggah kejap di tempat redup tepi tapak ekspo tuh, tekak kering siot! Pekena air 1Malaysia beb! Kata brader tu lah, hahaha..! Airnya warna pink macam bandung tapi ala-ala koktel gitu, ada buah-buahan potong.. layan gak!

Kesimpulan
Kesimpulan yang teman dapat buat. Apa sebenarnya juara dalam penafsiran mereka? Apakah aktiviti ini semata-mata mahu mencari keuntungan ? Serampang dua mata! UMNO mahu menunjukkan kononnya mereka prihatin dengan masalah rakyat tetapi sebenarnya penganjuran ekspo ini adalah semata-mata untuk keuntungan! Semuanya berbayar hatta parking!

Peniaga-peniaga didalam tapak ekspo sudah pastilah kroni-kroni yang bertuah! Dan apa yang ada untuk penduduk Bukit Sentosa? Teman dapat melihat beberapa orang penjaja Bukit Sentosa hanya mampu berniaga di celah-celah kenderaan yang di parkir. Jual air minuman, jual burger dan lain-lain jajan. Dan selepas UMNO ini balik nanti, begitulah kehidupan mereka..malah mungkin lebih teruk sebab harga gula dah UMNO naikkan!

Komen : Apek pomen motor.
Teringat kata-kata apek pomen motor yang ditemui petang tadi sewaktu menukar tiub motosikal teman yang pancet "ini makan-makan saja la best! Semua kena bayar! Baik pegi pasar malam lagi selesa maa! Lagi banyak pilihan! Lagi sedap maa! Itu laki-laki baju putih muka garang maa, macam mau pukul orang! Saya sampai depan saja langsung talak berani masuk !" (sumber : aku budak balun)

  Unknown

Wednesday, January 13, 2010

Namun rakyat sudah pun sedar, yang mana kaca yang mana intan! PRU13 nanti tsunami politik akan terus berlaku tapi.....................................................................................................................................................................................InsyaAllah BN dan UMNO kembali dipercayai oleh rakyat.

Related Posts with Thumbnails

RECENT POSTS

WHAT VISITORS SAY ABOUT US

-------------------------------------------------------------------
WE WOULD REALLY APPRECIATE YOUR COMMENT, PLEASE !

-------------------------------------------------------------------
"Cerita yang dibawa oleh 10 budak itam ada faktanya..."
- Teropongalam
-------------------------------------------------------------------
"Cuma harapan saya, agar 10sbh lebih kuat berusaha untuk menjadi mata-mata dalam pentadbiran UMNO kini terutamanya di Negeri Perak."
- Mahasiswa
-------------------------------------------------------------------
"...rakyat sudah pun sedar, yang mana kaca yang mana intan! PRU13 nanti tsunami politik akan terus berlaku tapi.InsyaAllah BN dan UMNO kembali dipercayai oleh rakyat."
- Pak Tam
-------------------------------------------------------------------
"...TERUSKAN BONGKAR. JGN BIARKAN MEREKA DUDUK DGN TENANG..."
- Jeffry
-------------------------------------------------------------------
"Memang dah merosot, sebab nya PAS suka jadi "KUDA" DAP dan PKR. PAS sanggup jual maruah bangsa dan agama demi politik!"
- Malaysian-2Day
-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------- Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk dikongsi bersama, anda boleh gunakan ruangan dibawah untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH)
Nama Anda:
Email Anda:
Tajuk :
Isu/Cerita/Apa²jelah! :
Image (case-sensitive):