-------------------------------------------------- --------------------------------------------------
Makluman : Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk di TERJAH, di BONGKAR atau di KERJAKAN, sila KLIK SINI atau scroll terus ke bawah blog untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH). --------------------------------------------------

BLOGGERS NETWORK @ PERAK

PAPRUKARI RACUN BISA KERAJAAN UBN PERAK

~


Gempar apabila Parpukari menggugut untuk keluar dari UMNO.Apa yang dapat 10SBH katakan apabila melihatkan Parpukari yang kononnya terlalu besar di mata bloggers lain, kini dikecam hebat. Terlalu kebalkah si Parpukari sehingga boleh menggugut PM kita, besar sangatkah Parpukari sehingga menggugut sebegitu rupa. Lihat artikel ini, Nak keluar dari UMNO! Siapa Parpukari sebenarnya, sehingga terlalu berani untuk bertindak begitu. Adakah dia sememangnya ahli UMNO, entah-entah mendaftar sebagai ahli UMNO pun belum.


Tapi apa yang lebih mengejutkan dengan artikel ini, dimana blogger Jebat dengan lantang menyuarakan pendapat beliau tentang si Parpukari ini. Lihat disini, KDN dan Parpukari. Apa yang dapat kita lihat, sebenarnya Parpukari ini tidaklah sehebat mana.walaupun hits di blognya sukar untuk dimengertikan. Bukti menunjukkan betapa popularnya Parpukari ini. Lebih menggelikan hati 10SBH, ada juga pembaca yang menyuarakan pendapat mereka tentang blog Parpukari ini, betul ker?

Dapat dilihat dengan jelas,kebodohan dan kegilaan Parpukari ini semakin meningkat dari sehari ke sehari dan lebih ramai bloggers yang telah sedar bahawa Parpukari bukanlah seorang blogger yang boleh dijadikan ikon. Lebih-lebih lagi dengan corak penulisan beliau yang dilihat sebagai blogger "copy and paste" dan lebih kepada memaki, mencarut sesuka hati mak bapak dia. Terkini, penulisan Parpukari menjurus kepada merujuk artikel bloggers yang merupakan suku sakatnya dan 10SBH melihat, corak penulisan ini adalah untuk mengelakkan dari masih diberi gelaran blogger "copy and paste".


Terbaru, walaupun cerita ini telah dibangkitkan sebelum ini namun hasilnya tidak dapat dilihat. Tiada sebarang tindakan diambil untuk mengeluarkan Parpukari dari Kerajaan UBN Perak walaupun telah dibuktikan bahawa Parpukari tidak dapat menjadi aset kepada UBN Perak sebaliknya Parpukari hanya mampu menjadi liabiliti kepada UBN Perak. Perlu diingat, Parpu bukanlah hanya liabiliti kecil sebaliknya merupakan liabiliti yang BESAR PUNYA kepada UBN Perak.

PARPUKARI AKAN JADI BEBAN KEPADA DS DR ZAMBRY DAN UMNO PERAK!!! Lihat saja kepada kenyataan ini, nah, sudah ada bukti bahawa Parpukari hanya indah khabar dari rupa.Tahniah KPMU kerana berjaya melihat KECACATAN Parpukari! Kenapa Parpukari masih perlu berada dalam institusi UBN di Perak, apakah peranan Parpukari sehingga diangkat begitu rupa. Adakah Parpu dilindungi oleh individu tertentu untuk menjamin bukan SURVIVAL KERAJAAN UBN sebaliknya SURVIVAL PERIBADI!

Kenapa UMNO Perak perlu mengangkat Parpukari walaupun telah dilihat bahawa Parpukari lah yang telah memecah belahkan bloggers di Perak. Jika benar Parpukari mampu menyatukan bloggers di Perak, tunjukkan buktinya agar 10SBH dan bloggers Perak yang lain yakin akan KEHEBATAN Parpukari. 10SBH dapat simpulkan bahawa di dalam soal ni, ya benar, PARPUKARI BIJAK tetapi sayang rupa-rupanya UMNO PERAK GOBLOK!!!

KEBANGKITAN BLOGGER YANG MENOLAK PARPUKARI :

  







11 Comments:

  Anonymous

Wednesday, February 24, 2010

Tahniah 10sbh... pendedahan yang berani. Kalau UMNO Perak tak nyahkan parpukari dari Perak. Moh pakat kita pulaukan Unit Media Baru UMNO Perak. Kepada Dato' Raja Ahmad. Senaraikan pada umum bloggers yang bersama dalam sidang bloggers bersama MB Perak malam perasmian UMB tempohari. Berapa pula bloggers dari Perak? Hahaha jawabnya dua tiga kerat jer. Selebihnya bloggers yang berpayung bawah parpukari. Berapa pula kos yang habis digunakan untuk bengkel tersebut? Berjaya ke program tersebut? Pada keme, itu program syok sendiri. Yang untung parpukari n' gang dapat beribu-ribu.

  Perak Reform

Wednesday, February 24, 2010

Bro anony, Aku dengar House PK ditaja Kerajaan Negeri Perak puluhan ribu ringgit,betul ke? Kalau betul,usah ditunggu PRu13, sekarang pun Perak sudah jatuh ke tangan Pakatan. Siapa dalang yang mengagung & menyembah si House PK ni?

Seorang blogger pelucah tidak layak mengepalai Blogger Perak. Imej Kerajaan UBN Perak akan terjejas dek kelucahan blogger seperti ini.

Benar 10SBH, racun bisa parpukari lebih bisa dari DS Nizar.

PERAK REFORM!

  pejuang///

Wednesday, February 24, 2010

Hahaha siapa kata tak bisa. Parpukari membisakan UMNO Perak dari dalam bukan luar. Ibarat pokok kalau diracun dari akar maka perlahan-lahan akan naik ke pucuk lalu matyilah pokok itu. Dalam soal UMNO, pejuang/// no komen. Sebab terlebih komen nanti mau pejuang/// disaman UMNO. BIarkan mereka yang LAYAK sahaja menjawab persoalan ini. Kepada budakhitam, kalian nama je budak tapi akal HEBAT.

  Mahasiswa

Wednesday, February 24, 2010

Kata sibudak hitam ni ada benarnya. Jika perkara ini diteruskan, ia akan melarat dan Menteri Besar Sah yang diumumkan Mahkamah baru-baru ini, DS Zambry harus menerima hakikat, rakyat akan menolak kepimpinan beliau.

Dari kacamata Mahasiswa, Rintihan demi rintihan Bloggers Perak kian membuak-buak.

Sdr Parpu harus sedar bahawa perjuangan yang berteraskan kekayaan duniawi akhirnya akan membawa kepada kehancuran. Demi mengembalikan kegemilangan UMNO Perak, sdr. parpu berundurlah supaya segala kekusutan ini dapat dileraikan.

  PasTambun

Wednesday, February 24, 2010

UMNO Perak Goblok.

  matamata

Wednesday, February 24, 2010

Sudah lahh...tak usah kita sama kita berlawan..berbaik2lah sesama kita. Banyak perkara yg kita boleh buat bersama jika kita berbaik2...bersengketa tak bawak keuntungan apa2 pon.

  Anonymous

Wednesday, February 24, 2010

ini bkn kes berlawan bro, ini kes parpu yg merapu.Hancur bumi perak kalo parpu masuk campur..tak cukup ke lagi kita melawan Nizar Meroyan
? ditambah pulak dgn blogger penipu! Kalau satu perak bencikan Nizar..Blogger juga bencikan Parpu!

  Jebat

Wednesday, February 24, 2010

Salam 10sbh..

Ketidakpuasan terhadap blogger Perak Parpukari! Kami tidak suka Parpukari kata salah seorang blogger yang mewakili Perak Blogger. Dia adalah seorang egois dan tampak seperti mencari publisiti. Parpukari bukanlah pejuang, kita boleh mengatakan bahawa dia adalah pengkhianat dalam UMNO. Parpukari berfikir bahawa dia adalah blogger terbaik di Malaysia tetapi tidak benar-benar menyedari bahawa ia adalah seorang blogger yang tidak tidak mempunyai maruah dan harga diri. Papukari juga tidak boleh menerima kekalahan dalam perlumbaan. UMNO harus melihat kembali Parpukari penglibatannya dalam dunia cyber ini kerana boleh memberikan kerosakan kepada UMNO jika tidak dipantau dengan hati-hati. Banyak blogger yang datang dari negeri Perak telah mula untuk mendedahkan ketidakpuasan hati dan harapan UMNO Perak yang diketuai oleh Datuk Dr Zambry mengambil tindakan lanjut mengenai isu ini ..

Kelab Facebook Anti Bahasa Melayu menghina Barisan Nasional

  10 BUDAK HITAM

Wednesday, February 24, 2010

Terima Kasih atas sokongan semua dalam menyuarakan ketidakpuashatian terhadap penglibatan blogger Parpukari dalam Negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya.10SBH berbesar hati sekiranya kesemua bloggers dapat bersatupadu dalam memperjuangkan Agama,Bangsa dan Negara.Allahuakbar!

Sdr Anony,10SBH diberitahu hanya segelintir shj blogger dari Perak menyertai bengkel tersebut.Ini susulan dari tindakan Parpukari tidak berjaya menyatupadukan, malah ditolak oleh Bloggers Perak.Rakyat Perak khususnya Bloggers, menolak sekeras-kerasnya penglibatan Parpukari dalam aktiviti Bloggers Perak.

Perak Reform, kita harapkan Kerajaan UBN Perak akan jelaskan isu Parpukari ini.Jika tidak 10SBH sendiri akan BONGKARKAN cerita yang mampu menjatuhkan air muka Parpukari.

pejuang///,terima kasih atas pujian tersebut. Malangnya,itu bukanlah prinsip kami.Kami hanya mahukan keamanan dan kesepaduan Bloggers terutama dari Perak dlm bersama-sama menjadi benteng UBN Perak dari serangan Pakatan.

Mahasiswa,kita harapkn DS Zambry sedar kesilapan lalu sedang berulang.

matamata, 10SBH juga harapkan kebaikan bersama.Tetapi isu ini nampaknya masih membutakan DS Zambry.Bukan niat 10SBH memusuhi sesiapa,tetapi lebih pada untuk mencari setiap titik kelemahan UBN Perak agar dpt diperbaiki dan sekaligus mendapat kepercayaan Rakyat Perak.

Jebat, 10SBH setuju pendapat saudara..Parpukari perlu berundur kerana semakin kuat desakan Bloggers Perak,semakin kuat semangat kami membantah penglibatan Parpukari di dalam UBN Perak. Seseorang yg egois dan hanya mencari populariti tidak seharusnya diletakkan sebagai saf depan dalam perjuangan siber UMNO.10SBH suka untuk ulang semula ayat ini dari Jebat.

"Parpukari bukanlah pejuang, kita boleh mengatakan bahawa dia adalah pengkhianat dalam UMNO."

"Banyak blogger yang datang dari negeri Perak telah mula untuk mendedahkan ketidakpuasan hati dan harapan UMNO Perak yang diketuai oleh Datuk Dr Zambry mengambil tindakan lanjut mengenai isu ini .."


Jutaan Terima Kasih pada semua Commentator.

  Tinta Emas

Thursday, February 25, 2010

Apa yang dapat 10SBH katakan apabila melihatkan Parpukari yang kononnya terlalu besar di mata bloggers lain,

Memang ler besar. Tengok ler saiz badan dia kekekeke..Besau mengalah blogger lain

  Anonymous

Friday, March 05, 2010

sedih betul, tak dapat jadi ketua blogger Perak meracau dalam blog.

Bila jumpa parpukari tak cakap pun semua benda ni.

Sepatutnya masa ni bersatu.

kawan tu dah banyak tolong UMNO Perak berkempen sana-sini.

Malulah sikit dengan blogger-blogger muda.

Related Posts with Thumbnails

RECENT POSTS

WHAT VISITORS SAY ABOUT US

-------------------------------------------------------------------
WE WOULD REALLY APPRECIATE YOUR COMMENT, PLEASE !

-------------------------------------------------------------------
"Cerita yang dibawa oleh 10 budak itam ada faktanya..."
- Teropongalam
-------------------------------------------------------------------
"Cuma harapan saya, agar 10sbh lebih kuat berusaha untuk menjadi mata-mata dalam pentadbiran UMNO kini terutamanya di Negeri Perak."
- Mahasiswa
-------------------------------------------------------------------
"...rakyat sudah pun sedar, yang mana kaca yang mana intan! PRU13 nanti tsunami politik akan terus berlaku tapi.InsyaAllah BN dan UMNO kembali dipercayai oleh rakyat."
- Pak Tam
-------------------------------------------------------------------
"...TERUSKAN BONGKAR. JGN BIARKAN MEREKA DUDUK DGN TENANG..."
- Jeffry
-------------------------------------------------------------------
"Memang dah merosot, sebab nya PAS suka jadi "KUDA" DAP dan PKR. PAS sanggup jual maruah bangsa dan agama demi politik!"
- Malaysian-2Day
-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------- Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk dikongsi bersama, anda boleh gunakan ruangan dibawah untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH)
Nama Anda:
Email Anda:
Tajuk :
Isu/Cerita/Apa²jelah! :
Image (case-sensitive):