Assalamualaikum Datuk Seri Dr Zambry.
Semoga Negeri Perak akan sejahtera dibawah pemerintahan Datuk seri setelah kita dikejutkan apabila Negeri Perak telah ditawan oleh Pihak pembangkang atas kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini. Mujurlah kita mua sedar dan bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan yang kita ada dan berjaya menawan kembali Perak dalam masa setahun apabila tiga dari Ahli Dewan Undangan mereka bertindak keluar dari parti.
Setelah kejayaan ini kita perolehi rakyat merasakan amat bersyukur kerana Datuk Seri telah dilantik sebagai Menteri Besar dan mereka berharap agar ada sinar baru dalam kepimpinan Datuk Seri setelah menghukum kepimpinan yang lama. Dalam mengusahakan pembangunan bagi negeri Perak , datuk seri telah menghadapi banyak dugaan dari dalam dan luar UMNO yang memaksa Datuk Seri untuk bertindak secara yang bijak kerana dengan kedudukan sokongan hanya kelebihan tiga kerusi belum memastikan datuk seri akan terus memimpin negeri Perak pada pilihan raya yang akan datang.
Datuk Seri perlu menjaga banyak hati dan perlu bijak menyusun jentera jentera di semua sudut untuk memastikan rakyat di negeri Perak tidak akan menghukum kepimpinan Datuk Seri pula. Walau tidak pernah mengenali Datuk Seri , saya sebagai rakyat biasa sungguh kagum dan menghormati kepimpinan datuk seri sebelum ini , seawal enam bulan yang pertama. Namun setelah saya menjadi kecewa. Bukan sahaja saya ,malahan ramai rakyat biasa yang mengikuti laman web dan blog kini tidak lagi dapat mengikis Imej datuk Seri keluar dari Imej Parpukari yang mana terlalu ramai rakyat yang sudah mual dan bosan dengan keangkuhan , keegoan dan sikap kurang ajar dan biadab serta nukilan lucah yang dipamerkan dalam blog beliau.
Malahan baru baru ini sebagai ahli UMNO dan juga rakyat negeri Perak , kami tidak lagi seghairah dahulu untuk mendengar keputusan mahkamah yang akan mengumumkan siapakah Menteri Besar Perak. Kami amat sedih kerana kami tidak lagi merasa ghairah. Kami tidak mahu Nizar menjadi Menteri Besar , tetapi kami sudah tidak hairan jika Datuk Seri juga tidak dinobatkan sebagai Menteri Besar. Buruk sekali pasagan ini dan jika ini terus berlanjutan saya tidak merasa hairan jika Perak akan hilang kerusi lebihan malahan akan bertambah teruk kehilangan kerusi berkenaan. Ini semua kerana ramai yang telah mulai bosan dengan sikap Parpukari yang Datuk seri bela itu dan mereka kini sudah sinonim dan secara automatik apabila menyebut nama Datuk seri mereka akan terbayang Parpukari
Datuk Seri , ini adalah sesuatu yang amat serius yang perlu Datuk Seri berikan perhatian sebelum nasi menjadi bubur. Ramai bloggers perak kini menentang Parpukari dan eloklah Datuk Seri membuat perjumpaan dengan mereka ini dan memujuk mereka kembali. Parpukari tidak lah sehebat mana . Datuk Seri perlu menjaga hati rakyat dan memenangi hati mereka dari hanya menjaga satu hati . Sekian terima kasih agar mendapat pertimbangan dari Datuk Seri.

Melihat kepada isi surat terbuka tersebut, 10SBH dapat katakan, ia merupakan luahan hati mewakili bloggers di Perak.
10SBH juga bersetuju malah menyokong surat terbuka yang ditujukan kepada Dato' Seri Dr. Zambry. Tiada niat lain yang tersembunyi sebaliknya hadir dari perjuangan yang ikhlas dalam memastikan Perak tidak dipenuhi dengan anasir-anasir yang boleh merosakkan UMNO khususnya sesama Bangsa Melayu itu sendiri.
Kenapa isu ini yang 10SBH utarakan, kerana DS Dr Zambry perlu peka dengan apa yang berlaku dengan Bloggers di Perak ketika ini, lebih-lebih lagi setelah Parpukari mengepalai Bloggers Perak. Tidak dilihat keberkesanannya, malahan lebih memburukkan keadaan apabila kini telah ramai bloggers menyuarakan pendapat serta kebencian mereka terhadap PARPUKARI. Persoalannya, sampai bila Parpukari akan terus dibela, dan bagaimana pula dengan nasib Bloggers Perak yang tidak TERBELA. Apakah Ds Dr. Zambry sudah merasakan Parpukari sudah cukup kuat untuk menggerakkan jentera siber UMNO Perak.
Lebih menyedihkan apabila dikatakan Saudara Nizam Isa, Setiausaha Akhbar (SUA) kepada DS Dr Zambry sendiri dikatakan telah berada dibawah Parpukari. Secara jujur, 10SBH menghormati Saudara Nizam kerana beliau benar-benar komited dengan tugasnya dan ia telah dibuktikan dengan sungguh cemerlang. Namun demikian, andai benar seperti apa yang dikatakan oleh blogger 1 MALAYSIA, nampaknya sungguh besar peranan PARPUKARI sehingga mampu melangkaui peranan seorang SUA itu sendiri. Saranan 10SBH agar diteliti semula akan peranan Parpukari ini, kerana terbukti Parpukari gagal mengumpulkan bloggers di Perak.
Kini terpulang kepada kerajaan UBN Perak untuk TERUS MEMBELA atau MENENDANG PARPUKARI keluar dari Perak untuk survival Kerajaan Negeri Perak!
11 Comments:
Friday, February 26, 2010
LANTAK PI LAH DGN PK HOUSE TU.AWAK BUAT LAH APA YG MEMBOLEHKAN AWAK DAPAT KREDIT DI ALAM BLOGGERS.AWAK MASIH BARU DAN PERLU SEMUA KEKAWAN UTK JADEI LEBIH MESRA.SLMT MAJU JAYA
Friday, February 26, 2010
10sbh join Perak Network, khidmat dan pengalaman serta pengaruh anda amat kami perlukan. Hubungi saya seperti no dlm email anda. Kalau UMNO Perak tidak mahubloggers dari Perak. Kami mengalu-alukan kehadiran semua.
Wasalam...
Friday, February 26, 2010
HaHaHa..akhirnya bloggers Perak bertelagah! GEWD!!!
Bertelagah kerana apa? Kerana adanya duri dalam daging..DALAM UMNO ITU SENDIRI.Baguss..teruskan usaha kamu.
BLOGGERS NETWORK PERAK LEBIH BERSATU DAN KERANA ITU KAMI BERJAYA!
PERAK PERLU REFORM!
Friday, February 26, 2010
ala korang buat 10 surat pun .. mb haram tu bkn dengaq!
Saturday, February 27, 2010
Salam bro, buatlah yg terbaik untuk perjuangan UBN..... ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak,,,,,
Saturday, February 27, 2010
setuju sama gambi.
Saturday, February 27, 2010
Rahman, Terima kasih nasihat sdr.Walaupun 10SBH masih baru,namun ada segelintir ahli kami yang telah lama berkecimpung dlm dunia blog ini.Namun begitu,nasihat2 sebegini kami terima dgn hati terbuka.
Pas Tambun,terima kasih atas tawaran tersebut. Walaubagaimanapun, jauh sudut hati kami masih mengharap akan ada perubahan dalam pentadbiran DS Zambry.Cuma kesabaran kami ada hadnya.Bila tiba masanya..kita tidak boleh meramal haluan 10SBH masa akan datang.
Perakreform, pemimpin masih mengganggap bloggers ini murahan dah xmampu merubah apa2.Tidak mengapa,we will see..
Yang Gambi, Insyallah.Dalam setiap perjuangan dan terjahan kami, asas utama yang kami gariskan adalah perubahan demi kemajuan dan kesepakatan.Sekiranya apa yang kami perjuangkan mendapat respon positif,alhamdulillah.Dan sekiranya negatif,kami akan terus dan terus berjuang menuntut perubahan.
p/s 10SBH:
Jika dunia ini berada dalam genggaman, kami akan bina KEAMANAN, PERPADUAN UMMAH DAN BERSAMA-SAMA MENGORAK LANGKAH MENJADI BANGSA YANG TERAGUNG DAN MELETAKKAN ISLAM DI LEVEL TERTINGGI.Itu hasrat kami,Insyallah.
Sunday, February 28, 2010
Mana Dia Juak UMNO & PEKASA.. Takan Sengap Je Kot Bila MCA Tentang Hukum SEBAT
MCA Menentang Hukum Sebat. Mana Suara UMNO dan PERKASA?
NOTA EDITOR: Di bawah adalah kenyataan rasmi MCA berkenaan dengan hukum sebat kepada pesalah zina yang dilakukan oleh JAWI baru-baru ini. MCA berkata hukuman sebat itu berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan. Pendek kata, pendirian MCA tidak jauh beza dengan apa yang diperkatakan oleh media-media asing.
Ke hulu ke hilir puak2 UMNO dan Pro-UMNO dalam PAS memberitahu DAP anti Islam, PAS mesti bersama UMNO sebab DAP anti Melayu dan Anti Islam. Tengok-tengok dalam kelambu sendiri, anti Islam lagi teruk.
Tapi yang herannya, takda pula demonstrasi? Takda angkat kepala lembu? Takda pula bakar tokong oleh puak2 UMNO ni?
Kenapa? Sebab yang cakap ni MCA dan MCA adalah parti komponen Barisan Nasional. Dengan kata lain, bagi UMNO kalau anda sebahagian dari BN, anda bebas memaki dan mengutuk Islam.
Hahahahaha sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Terdedahlah kemunafikan dan pembohongan UMNO yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam.
Tulang Besi
P/s : Di bawah adalah kenyataan rasmi MCA yang diambil dari Sin Chew Daily.
MCA lashes out at caning of Muslim women.
2010-02-20 15:02
LETTER
MCA views with concern the caning that was meted out against the three Muslim women recently and the disturbing trend of syariah law enforcement in our country. .
While MCA accepts that syariah laws are personal laws and syariah jurisdiction applies to Muslims only, its application should in no event contravene the Federal Constitution.
oleh Tulang Besi
Thursday, March 04, 2010
10 budak hitam tu ,salah satu bloger yg hitam tu sape agaknya ek ek,kat kat perak tu ada 1 lagi budak hitam yg glamour kan kan kan
Wednesday, March 17, 2010
10SBH...kalau nak jadi blogger...mesti berjiwa besar.
Ini asyik dengki dan iri hati kat PK je ape hal.
Wednesday, March 17, 2010
10SBH...kalau nak jadi blogger..kenalah berjiwa besar.
Biao ler 1 budak hitam kat seremban tu dah jahanamkan negara ini. Jangan pisang berbuah 3 kali.
Jangan berjiwa kecik...
Tugas MB sangat besar...
Jauh lebih besar dari masalah dengki 10SBH terhadap PK.
Post a Comment