-------------------------------------------------- --------------------------------------------------
Makluman : Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk di TERJAH, di BONGKAR atau di KERJAKAN, sila KLIK SINI atau scroll terus ke bawah blog untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH). --------------------------------------------------

BLOGGERS NETWORK @ PERAK

TERKINI SELEPAS 9 FEB : NIZAR MENGUGUT KERAJAAN PERAK

~


Berikutan kemenangan kerajaan UBN semalam dengan 5-0, Pakatan Rakyat nampaknya masih tidak dapat menerima kenyataan tentang kekalahan mereka. Nik Aziz bagaikan sudah bermimpi akan kekalahan itu, sempat mencadangkan agar diwujudkan kerjasama di antara Pas dan UMNO.

Lebih mengejutkan, selepas Pakatan Rakyat bermesyuarat semalam, Nizar diberitakan di sini bahawa mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan UBN seterusnya menghormati keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada mereka. Lebih menggelikan hati 10SBH, untuk merealisasikan kerjasama yang diperkatakan, terdapat 4 syarat yang perlu ditunaikan.

Salah satu dari syarat tersebut adalah, ADUN Pakatan Rakyat perlu diberi sebanyak RM150,000 ke RM200,00 setahun. 10SBH pasti, Nizar, Ngeh dan Nga dalam senarai penerima RM200,000 tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa ADUN Pakatan Rakyat tidak ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat. Yang lebih penting adalah diri mereka sendiri.

Kenapa mesti kita perlu membayar mereka, hanya kerana mereka tidak lagi berkuasa dan tidak lagi memerintah maka permintaan itu perlu ditunaikan. Apa akan jadi jika tidak ditunaikan? Akan huru-harakah Perak akibat dari kemarahan mereka. Sedarlah wahai penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, insan yang kamu hormati dan sanjungi itu pada hakikatnya tidak memikirkan tentang kebajikan kamu. Andai benar untuk kebajikan, apa perlunya diletakkan nilai yang sebegitu.

10SBH mengharapkan agar Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan DS Dr Zambry tidak termakan dengan kerjasama bodoh yang cuba diwujudkan ini. Adalah lebih baik, kepimpinan kerajaan negeri berkhidmat dan terus berkhidmat kepada rakyat agar kemenangan akan terus berpihak kepada kita sejajar dengan aspirasi PERAK AMAN JAYA!

7 Comments:

  PAS Tambun

Thursday, February 11, 2010

Wang yang di minta adalah merupakan peruntukan untuk rakyat bawah DUN masing-masing. Bukan untuk kepentingan peribadi. Dalam Sinar muka hadapan NIZAR MASIH PILIHAN RAKYAT. Jelas bukan!!!!

  10 BUDAK HITAM

Thursday, February 11, 2010

Editor Sinar tu Ketua Hakim ke? Kalau Utusan Malaysia yang telah berpuluh tahun bertapak di Malaysia ini pun dikeji dan dihina Peguam "PUTARBELIT" Malaysia, Karpal Singh, Inikan pula Sinar Harian? Apa Hujahnya Editor Sinar ini seorang yang bebas fahaman politik?

Jika Datuk Hafarizam Harun (Penasihat Undang-Undang UMNO Malaysia) menyifatkan kenyataan Nizar adalah satu penghinaan kepada Mahkamah, Sinar Harian ini juga dilihat tidak menghormati dan mengakui keadilan undang-undang serta Sistem Kehakiman di Malaysia.

Media boleh menipu,tapi hati rakyat Perak yang TERLUKA malah BERNANAH ini..TAKKAN BOLEH DITIPU.Cukup2lah provokasi yang pakatan buat.Hentikan politicking.Hentikan Propaganda.Hentikan Provokasi.Hentikan segala usaha Mengelirukan Masyarakat.

Jika anda semua seorang yang faham demokrasi dan cintakan keamanan dan kemajuan,Tunggu saja PRU 13, dan bertanding semula.Jelas bukan!!!!!

  10 BUDAK HITAM

Thursday, February 11, 2010

UTUSAN MALAYSIA

Pembangkang setuju bekerjasama dengan BN

IPOH 10 Feb. - Mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan pembangkang yang diadakan malam ini memutuskan untuk tidak meneruskan agenda membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mereka juga bersetuju untuk menyahut pelawaan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerjasama demi kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pihaknya menetapkan dua syarat bagi menjayakan hasrat tersebut.

Pertama, katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir perlu menyalurkan dana khas untuk wakil rakyat pakatan pembangkang bagi membantu penduduk dalam DUN masing-masing.

Kedua, membenarkan wakil rakyat pembangkang menggunakan dewan serbaguna di kawasan mereka untuk menjalankan kegiatan parti.

Mesyuarat juga memutuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V. Sivakumar sebagai Speaker DUN yang sah dengan alasan Datuk R. Ganesan dipilih tidak mengikut prosedur yang betul.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Husin.

  10 BUDAK HITAM

Thursday, February 11, 2010

UTUSAN MALAYSIA

Nizar dinasihat muhasabah diri

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dinasihatkan supaya bermuhasabah diri daripada terus mempolitikkan pelbagai isu terutama yang melibatkan badan kehakiman negara.

Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, Mohammad Nizar tidak seharusnya mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana ia dibuat oleh institusi yang paling adil.

Sebaliknya, tegas beliau, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu perlu berbalik kepada perumpamaan 'jangan ikut hati, nanti mati, jangan ikut rasa, nanti binasa'.

"Apa yang beliau inginkan daripada jawatan itu (Menteri Besar Perak) sehingga sanggup mempertikaikan kedudukan raja dan mahkamah? Jika untuk kepentingan politiknya, beliau dilihat akan gagal untuk mendapatkannya.

"Tetapi jika beliau berniat untuk memperjuangkan jawatan itu demi rakyat di Perak, Mohammad Nizar sebagai pemimpin harus menerima keputusan dengan tenang dan bersabar.

"Ini kerana hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi untuk pilihan raya (umum),'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau mengulas kekecewaan pakatan pembangkang termasuk Mohammad Nizar sendiri terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

Berikutan itu, pakatan pembangkang mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan selain Mohammad Nizar menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai monarki mutlak yang mengetepikan prinsip demokrasi.

Ahmad Zaki berharap, pakatan pembangkang tidak terlalu 'asyik' menjadikan pentadbiran Perak kucar-kacir sehingga rakyat menjadi mangsa.

Katanya, dakwaan Mohammad Nizar bahawa ia keputusan monarki mutlak, telah terkeluar daripada konteks sebenar selain mencerminkan dirinya sebagai pemimpin yang tidak berhemah.

"Beliau selama ini ada pegangan iaitu yakin pada perjuangannya, maka sepatutnya beliau sabar dengan takdir ini. Mungkin belum sampai masa untuk dirinya mentadbir,'' ujar Ahmad Zaki.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Malaysia, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad menyifatkan Mohammad Nizar sebagai kerana sentiasa berfikiran republik.

Sehubungan itu, jelasnya, rakyat tidak perlu bimbang dan terkejut apa yang mungkin dilakukan oleh Mohammad Nizar selepas ini kerana beliau gemar berpolitik.

"Jangan ambil peduli dengan kenyataan Mohammad Nizar itu kerana rakyat melihatnya tidak lagi cenderung melaksanakan apa yang dirancang olehnya, beliau tetap akan gagal mentadbir negeri,'' katanya.

  Anonymous

Friday, February 12, 2010

Salam,

Saya juga tidak bersetuju dengan cara kerjasama ini.Saya pasti ini adalah idea dari Ngeh Kok Ham dan Nga Kor Ming.

Walaubagaimanapun,sebagai ahli jemaah PAS,saya pasti ada cara kerjasama yang lebih efektif dan menguntungkan bangsa melayu dan ISLAM TERUTAMANYA.

PAS BAGAN DATOH

  ShyTone

Friday, February 12, 2010

hahaha...
lawak lah korang nie..
di harap PAS jangan bergabung ngan UMNGOK...
UMNGOK dah nak Mati dah..
Parti orang tua..
cuma tunggu masa nak masuk kubur..
Hahahahaha...

  10 BUDAK HITAM

Friday, February 12, 2010

Elok juga Shytone,Sbb PAS kalau bergabung,confirm angkut sekali Cina2 DAP tu.Mana boleh tinggal kan? UMNO tak perlukan si Cina kuku besi.UMNO tak perlukan Leader Boneka.Insyallah,UMNO boleh bergerak sendiri membawa MELAYU menerajui bangsa dan agama.

AND THE BEST PART IS ......

we can MAKE OUR OWN DECISION.

Related Posts with Thumbnails

RECENT POSTS

WHAT VISITORS SAY ABOUT US

-------------------------------------------------------------------
WE WOULD REALLY APPRECIATE YOUR COMMENT, PLEASE !

-------------------------------------------------------------------
"Cerita yang dibawa oleh 10 budak itam ada faktanya..."
- Teropongalam
-------------------------------------------------------------------
"Cuma harapan saya, agar 10sbh lebih kuat berusaha untuk menjadi mata-mata dalam pentadbiran UMNO kini terutamanya di Negeri Perak."
- Mahasiswa
-------------------------------------------------------------------
"...rakyat sudah pun sedar, yang mana kaca yang mana intan! PRU13 nanti tsunami politik akan terus berlaku tapi.InsyaAllah BN dan UMNO kembali dipercayai oleh rakyat."
- Pak Tam
-------------------------------------------------------------------
"...TERUSKAN BONGKAR. JGN BIARKAN MEREKA DUDUK DGN TENANG..."
- Jeffry
-------------------------------------------------------------------
"Memang dah merosot, sebab nya PAS suka jadi "KUDA" DAP dan PKR. PAS sanggup jual maruah bangsa dan agama demi politik!"
- Malaysian-2Day
-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------- Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk dikongsi bersama, anda boleh gunakan ruangan dibawah untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH)
Nama Anda:
Email Anda:
Tajuk :
Isu/Cerita/Apa²jelah! :
Image (case-sensitive):