Tarikh : 14 Februari 2010
Masa : 1.00pm - 3.00pm
Tempat: Kediaman Menteri Besar Perak
Apa yang 10SBH banggakan, Majlis ini julung-julung kali diadakan apatah lagi selepas SAH kerajaan UBN berhak memerintah negeri Perak. Bertepatan dengan aspirasi 1 Malaysia serta Perak Aman Jaya, majlis seperti ini perlu dijadikan tradisi kerana dengan cara itu kita dapat mendekatkan diri di antara satu sama lain. Setiap perayaan diraikan bersama itulah uniknya gagasan 1 MALAYSIA.
Apa yang menjadi kebimbangan 10SBH kini adalah kepada jemputan yang bakal hadir ke majlis ini. Ini kerana, jika dilihat kepada sambutan Majlis Solat Hajat tempohari, saudara Nizam Isa menyatakan seramai 5000 orang telah hadir ke majlis tersebut. Rasionalnya, 10SBH bimbang jika Majlis ini tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, sudah tentu sedikit sebanyak ia akan memberikan tanggapan negatif kepada semua. Akan menjadi lebih memalukan jika majlis ini hanya dihadiri oleh kaum Melayu sedangkan ia dibuat untuk meraikan rakyat berbangsa Cina serta dimeriahkan pula dengan kehadiran kaum-laum lain.
Signifikan mengapa kenyataan ini yang 10SBH nyatakan adalah kerana hebahan terhadap majlis ini tidak dibuat secara menyeluruh. Apa pula tindakan dari parti-parti komponen yang lain dalam merealisasikan majlis yang julung-julung kali diadakan ini. Dimana tindakan pengelola majlis kerana apa yang 10SBH lihat, majlis ini tidak dihebahkan sepenuhnya. Begitu juga dengan bloggers Perak, rata-rata tidak ada yang mengeluarkan jemputan untuk ke majlis ini. Adakah ini gambaran bahawa majlis ini tidak akan mendapat sambutan kaum lain?
Menjadi kebimbangan apabila akhirnya nanti majlis ini menjadi buah mulut rakyat dan diberi gelaran "SAMBUTAN SYOK SENDIRI". Kini tinggal tak sampai 24jam sahaja lagi untuk pengelola menyedari kekurangan ini. Diharap ada pihak yang tampil bertanggungjawab demi merealisasikan impian kerajaan dalam menyahut seruan kerajaan kearah gagasan 1 Malaysia.
Bercerita tentang jemputan majlis Gong Xi Fa Cai ini juga, 10SBH nak usik sedikit menganai blog DS Dr. Zambry, kita sudah berbicara tentang Raya Cina tapi blog MB masih lagi di Deepavali. Inilah sebenarnya yang 10SBH maksudkan dengan blog MB tidak dikemaskini. Isu ini 10SBH ketengahkan semula kerana sebelum ini, ada pembaca yang meragui tindakan 10SBH dalam menegur perkembangan blog MB. Kata mereka lagi, 10SBH hanya tahu menghentam tanpa usul periksa. Nah, kini 10SBH BUKTIKAN, kami periksa dan kami TERJAH! 10SBH mahu ada tindakan susulan diambil. Terjah kami bukan sebarang terjah tapi terjahan yang mahukan perubahan dan menyedari kesilapan.
2 Comments:
Sunday, February 14, 2010
Saya tidak tergugat – Nizar!
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau tidak tergugat dengan desakan-desakan supaya darjah kebesaran kurniaan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kepadanya ditarik balik.
Katanya, keputusan menarik balik gelaran Datuk Seri daripada beliau hanya boleh dibuat oleh baginda dan bukannya pihak lain. Malah beliau mendakwa, tindakan pihak-pihak tertentu yang membuat desakan tersebut sengaja dilakukan bagi memutarbelitkan ..
BACA LAGI
Sunday, February 14, 2010
Biasalah program kerajaan mahkamah sememangnya program syok sendiri. Seperti kata YAB Menteri Besar Rakyat Dato Seri Nizar, BN sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa hingga sanggup mengetepikan AGAMA tidak sepereti ketika YAB Nizar memerintah dulu.
Post a Comment