10SBH kini kembali, diam kami bukan sebarang diam tetapi diam kami penuh berisi. Kami kembali untuk meneruskan TERJAHAN kami dan jika ada yang menaruh harapan agar 10SBH akan menyepi dan mati, ANDA SALAH!!!
Maklumat terbaru yang 10SBH terima adalah berkenaan dengan seorang Menteri kita ini, yang semakin hari menunjukkan taringnya sebagai MENTERI KANAN. Beliau dilihat sering memuji diri sendiri disamping rakan-rakan pemimpin yang lain. Pendek kata, apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain dilihat tidak sehebat apa yang telah dilakukan oleh beliau. Baik di peringkat kabinet, di peringkat negeri mahupun di bahagian beliau sendiri.
Yang paling memualkan, apabila beliau dengan bangganya mengutuk kepimpinan rakan-rakan UMNO negeri sendiri di hadapan rakan-rakan parti komponen yang lain di dalam satu mesyuarat. Apa dah jadi?
Apa yang menghairankan 10SBH, jika benarlah mahu ditegur kepimpinan negeri yang ada, apa salahnya jika dibuat secara tertutup, kenapa perlu dihadapan parti-parti komponen yang lain. Tidakkah itu boleh menjatuhkan airmuka rakan seperjuangan parti?
Setahu 10SBH, beliau sendiri sukar untuk memberikan komitmen kepada setiap program yang diadakan oleh Kerajaan Negeri. Lebih menggelikan hati, apabila setiap program yang dijalankan oleh kerajaan negeri bukan sahaja tidak mendapat sambutan dari beliau, sebaliknya turut diikuti oleh kepimpinan bahagian beliau. Jangan disalahkan kerajaan negeri andai kata ANDA sendiri tidak mampu untuk memberikan komitmen pada program yang dijalankan.
Risik 10SBH mengatakan, bahagian beliau sendiri ketika ini sedang menghadapi masalah. Pergolakan dalaman yang mampu menggugat imej dan status beliau sebagai seorang Ketua Bahagian. Jangan campur urusan Kerajaan Negeri jika masalah di bahagian tidak mampu diselesaikan. Cuba kita fikir sejenak, jika pemimpin negeri sendiri tidak menyokong kepimpinan YAB Menteri Besar, pada siapakah lagi Menteri Besar harus menaruh harap?
Pada pendapat 10SBH, adalah lebih baik jika MENTERI KANAN itu memberikan FOKUS kepada masalah di BAHAGIAN sendiri. Tidak perlulah KOMEN kepimpinan orang lain jika diri sendiri tidak terpimpin. Mungkin juga MENTERI KANAN kita ini tidak puas dengan jawatan yang disandangnya sekarang atau mungkin juga beliau memasang IMPIAN untuk menjadi MB selepas ini? Who knows?
Ada pendapat tentang siapa yang 10SBH maksudkan? Nantikan kupasan dan pendedahan selanjutnya dari 10SBH. Pendedahan 10SBH ini sememangnya berasas, bak kata pepatah "Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang." Untuk itu, 10SBH pasti akan terus TERJAH, BONGKAR dan KERJAKAN!!!
LESEN B FULL, NAK BAGI KE TAK?
-
'Ko dah kenapa Yeh?'
Baru sampai nk sarapan pagi tadi tgk dari jauh dia punya kalut semacam...
- Ape hei nya Yob? Udoh guling pering nyirap nyer?
* Id...
10 Comments:
Monday, March 15, 2010
Salam 10blackboy ;-)
siapa si menteri ini yerk???!!!???
Monday, March 15, 2010
Tahniah kepada saudara Nizam Isa, sesungguhnya apa yang saudara buat telah mengembalikan penyatuan kepada bloggers dalam negeri Perak. Cuma satu akak minta, jangan untuk kali yang kedua saudara Nizam tersalah mencari peneraju kepada bloggers dalam Perak.
http://syilingperak.blogspot.com/
Monday, March 15, 2010
Mengapa perlu ada berpuak dalam 1 kapal? Tidakkah kita mempercayai pemimpin yang telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri kita? Sebarkan 10sbh siapakah yg dimaksudkan.
Monday, March 15, 2010
rais yatim atau shafie afdal... tabiat dorg ni sama..
Tuesday, March 16, 2010
Bila dah berkuasa, berjawatan...sememangnya MELAYU MUDAH LUPA!!! Hilang kuasa dan jawatan nanti saya rasa pasti MENTERI kita ni berpijak semula di bumi nyata!!!
Tuesday, March 16, 2010
Tuesday, March 16, 2010
Salam hilbert, siapa makan cili, dia yang rasa pedasnya..
Hi Puteri Ayu, 10SBH juga berharap Nizam Isa tidak lagi tersalah langkah. Nizam sebagai orang yg dipertanggungjawabkan dalam menjaga kebajikan bloggers perlu prihatin dan bijak dalam merancang strategi ke arah memenangi hati bloggers.
Hi pejuang///, 10SBH tidak akan dedahkan siapakah pemimpin yang dimaksudkan. Kami memberi peluang kepada beliau utk memperbetulkan keadaan dan kembali berpijak di bumi yg nyata.
Hi Ipoh Gurl, benar. Melayu sebenarnya bijak dan Islam tunjang kita dalam merancang apa yg ada di tangan. Namun, kelalaian serta kealpaan apabila dihujani ribuan malah jutaan ringgit yang menggelapkan hati manusia bergelar MELAYU.
Wednesday, March 31, 2010
As'kum, aik...betullah tempatnya si menteri memberi teguran dan pandangan dalam mesyuarat Bn yeop..kena dengan tempat. nama lagi mesyuarat untuk bincang berbagai pekara dan isu.. ni lah masalahnya kalau pemimpin asyik nak diampu dan nak dengar cerita baik dan bagusnya..akhirnay dibuai mimpi, kerana dia UMNO dan Bn kalah, Perak ruyup.
cuma banyak sangat dah bunyi, cara 1 by 1 pun ada yang kena lanyak balik dengan Zambry, 1 by 2 pun kena kutuk dengan Zambry, dalam mesyuarat pun disebar merata kata si menteri attack MB...ni pemimpin ke selampin.
kuat sangat bunyi Zambry tak boleh ditegur, tak dengar pandangan orang lain, Zambry kaki mengadu pada big bos dia Muhyiddin, sikit- sikit mengadu pada muhyiddin, sikit - sikit pakai nama Sultan, pemimpin apa macam ni, tak ada self conffident.
kalau dah mamak, mamak juga. sama juga dengan 10 budak hitam, species sama nampaknya, patut defend sangat Zambry.
Thursday, April 01, 2010
Assalamualaikum,betul ke bro Zambry create sebuah Yayasan apa ke namanya BUDI dilonggok semua kroni dia untuk dibayar gaji yang diketuai oleh Wan Bro SUSK dia.
Betul ke bro, Nizam kontrol semua wartawan, yang tak ngam dengan Nizam (bukan dgn MB atau UMNO) dengan Nizam akan terpelanting, sebab tu Nizam bongkak dan sombong macam bos dia juga.
Betul ke bro, Azhar control semua tanah dalam Perak susun kroni.
Betul ke Bro, Hamdi tiap2 mesyuarat dapat Balak.
Betul ke Bro, Radhi Manan hentam semua tanah pertanian dan Balak dengan Mat Ali syaitan berupa manusia.
Betul ke bro, Zambry ontrol Balak melampau - lampau, sampaikan nak tikar kawasan balak jumpa je dia demand RM100k.
Betul ke Bro, MB ada kroni nama Nasir Lumut(sedara dekat Pak Lah) segala projek besar bagi pada Nasir Lumut.
Sebab tu semua keliling MB dan termasuk MB sendiri SESIAPA PUN TAK BOLEH TEGUR DAN KOMEN, NAK IDUP MESTI PUJI MB..HA..HA...
Monday, April 05, 2010
Salam Satu Malaysia,
Satu perkara yang saya agak pelik bagaimana cerita dalam Mesyuarat Barisan Nasional peringkat Negeri boleh tersebar merata-rata termasuk di dalam blog en. 10 budak hitam. kefahaman saya yang veteran didalam meeting BN, setiap ahli mesyuarat semasa dilantik hendaklah mengangkat sumpah simpan rahsia dan taat setia, jika benar apa yang saya dengar dari kawan saya di Ipoh bahawa Menteri Besar sendiri bercerita kepada kawannya seorang Ketua Bahagian juga mengenai perkara tersebut, jika benar amat mendukacitakan kerana Pengerusi Barisan Nasional sendiri yang tidak memegang amanah dan melanggar sumpahnya untuk simpan rahsia.
kedua, blog en. ini saya rasa adalah blog yang berpihak kepada satu pihak dan orang dari Parti UMNO, menggikut cara penulisan en. saya agak begitu, maka agak dikesalkan jika benar en. juga tergolong orang yang tak bermoral yang menyebar perkara yang boleh menghancurkan Barisan Nasional ini yang saya sayangi.
Maka denga itu, saya syorkan untuk en. dan semua pihak agar berhentilah bercerita negatif tentang pemimpin Barisan Nasional.
Malah Menteri Besar harus berubah sikap untuk tidak bermusuh dengan sesiapa dan patut menjadi orang yang waras dan berani menghadapi apa saja, baru lah dia seorang pemimpin yang sangat baik.
Post a Comment