-------------------------------------------------- --------------------------------------------------
Makluman : Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk di TERJAH, di BONGKAR atau di KERJAKAN, sila KLIK SINI atau scroll terus ke bawah blog untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH). --------------------------------------------------

BLOGGERS NETWORK @ PERAK

BENARKAH DAKWAAN SINAR HARIAN INI?

~


10SBH ketika membaca akhbar SINAR HARIAN agak terkejut dengan berita yang telah dikeluarkan berkenaan dengan negeri kesayangan 10SBH, Perak Darul Ridzuan. Berita yang mengejutkan walaupun pada pendapat 10SBH jelas tiada yang akan mengambil serius terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan. Jika diteliti kenyataa yang dibuat, jelaslah ia mampu menganggu gugat keharmonian serta kestabilan politik yang sedang dibina kembali oleh Kerajaan UBN.

Artikel yang dikeluarkan oleh SINAR HARIAN mengatakan bahawa terdapat 11 BAHAGIAN CUBA JATUHKAN MB. Lebih menghairankan apabila kenyataan ini hanya berani didedahkan oleh Ketua UMNO Cawangan Pekan Batu Lima Bahagian Parit Buntar, Sulaiman Mohd Zaini. Kenapa tidak ada Ketua Cawangan lain turut tampil kehadapan jika benar senario ini berlaku pada masa ini. Apakah tidak cukup pengajaran terhadap orang UMNO setelah kita kalah di tangan Pakatan Rakyat selama 11 bulan.

Kenapa pula perlu ada 11 bahagian yang ingin menjatuhkan MB. Atas dasar apa gerakan ini dibuat, adakah mereka merasakan pilihan YAB DS Najib Tun Razak merupakan satu pilihan yang salah? Adakah 11 Ketua Bahagian ini merasakan mereka cukup hebat untuk mentadbir dan menggantikan YAB DS Dr Zambry sebagai MB Perak. Siapa tahu, berkemungkinan setiap 11 bahagian ini juga mempunyai masalah dalaman yang tersendiri. Pendek kata, tepuk dada, tanya diri. Anda mampu menilai kemampuan diri anda!!!

Pada hemat 10SBH, lebih baik Ketua Bahagian yang ada masa kini terutama kepada ke-11an yang diperkatakan, memperkemaskan kerjasama di peringkat bahagian masing-masing. Buktikan bahawa sebagai Ketua Bahagian yang telah dipilih, anda sememangnya mampu untuk bekerja dan bukan pula hanya mampu untuk MENGAMPU untuk mendapatkan kuasa yang lebih tinggi. Ini bukan masanya untuk menunjukkan siapa yang hebat dikalangan kita, sebaliknya ini masa untuk MEMENANGI HATI RAKYAT untuk kembali menjadi JUARA RAKYAT agar kita akan terus diterima, DULU, KINI dan SELAMANYA!!!
 

12 Comments:

  PAK TAM

Wednesday, March 17, 2010

Bapa angkat (AMT)kepada UMNO Bahagian-Bahagian yg terlibat di Perak perlu turun ke padang untuk melihat sendiri dengan segera apa yang sedang berlaku. Ingat "jika tak ada angin tak akan pokok bergoyang". Ketua Cawangan berkenaan perlu dipanggil untuk disiasat oleh Perhubungan UMNO Negeri. Jangan lihat perkara ini suatu yang remeh temeh. Sudah cukup apa yg telah berlaku menjadi suatu pengajaran yang amat pahit untuk rakyat Perak. 10SBH perlu terus bongkarkan!!!

  Ikut Suka Aku - ISA

Wednesday, March 17, 2010

Ini berkaitan dengan prinsip perjuangan pada parti, namun sikap individu dalam bahagian jelas menunjukkan mereka ini duri dalam daging yang boleh memecahbelahkan UMNO Perak amnya.

  Anonymous

Wednesday, March 17, 2010

ini konspirasi paling jahat pihak tertentu di peringkat bahagian!

  Andersonian

Wednesday, March 17, 2010

Bro, ini bukan kes 11 bahagian ini yg nk jadi MB, ini kes ada kepala yg "gunakan" kroni-kroni di bahagian utk himpit Ds Zambry supaya mudah beliau naik.

  QunfayaQun

Wednesday, March 17, 2010

Kuasa dan pangkat bisa mengaburi mata. Berita ini mungkin benar atau mungkin rekaan. Tapi ana rasakan, ia hanyalah propaganda pihak tertentu atau bahagian tertentu untuk mencabar kewibawaan Mb Perak.TQ

  Malaysia Waves

Wednesday, March 17, 2010

Usah caya la beb, sinar ni pun ting tong gak. Asal ada berita boleh panas, dia up jek! lumrahnya media yg betul2 tulus susah nak naik. Info-info fitnah dan panas seperti ini la yg naikkan rating media.. sama la macam harakah!

  Anonymous

Wednesday, March 17, 2010

Pembetulan... Bukan 11 Bahagian ingin menjatuhkan MB Zambry tapi mungkin Ketua Bahagian sahaja. Kepala tentunya Dato Husni, cayaklah TAMBUN. PRU 13 nanti, Husni tanding DUN Manjoi, Nasir Ismail tanding Parlimen Tambun. Nazri Ismail boleh bersara dari politik kerana time tu giliran kroni Husni mau naik. Husni MB Perak, Mazlan NKP Pemuda jadi SETPOL.

  Anonymous

Wednesday, March 17, 2010

mamposla kerajaan kudeta perak! mamak will die 4eva!

  Bila Harimau Sudah Menaip

Wednesday, March 17, 2010

gantikan dgn Ir Ds Nizar .. insyallah 24 bhg akan bersama Islam dan anda.

  Anonymous

Wednesday, March 17, 2010

tuan, terimalah hakikat.inilah pergolakan dalam bn. Jika sblm ni antum semua suruh kami semua terima hakikat, now your turn.

  Scud

Wednesday, March 17, 2010

macam macam....

  Perakku

Wednesday, March 31, 2010

Assalamualaikum, kalau 11 Bahagian bermakna bukti kukuh Zambry pemimpin yang menwujudkan perpecahan dalam UMNO, baru pegang MB dah wujud team dalam UMNO sendiri dan tak mampu nak diselesaikan.

Aada juga Wakil rakyat dan Ketua bahagian serta orang UMNO sendiri mengatakan Zambry tak boleh ditegur...Zambry dah bukan Zambry dulu... Zambry wujudkan Yayasan untuk kaya kan kroni..Zambry dah bongkak...Zambry one man show.

Sebagai MB kena belajar mendengar teguran orang lain, kerana jika ditegur bermakna mereka sayang kan awak...agar tidak tengelam dik kuasa..

Patut pun di jatuhkan..

Related Posts with Thumbnails

RECENT POSTS

WHAT VISITORS SAY ABOUT US

-------------------------------------------------------------------
WE WOULD REALLY APPRECIATE YOUR COMMENT, PLEASE !

-------------------------------------------------------------------
"Cerita yang dibawa oleh 10 budak itam ada faktanya..."
- Teropongalam
-------------------------------------------------------------------
"Cuma harapan saya, agar 10sbh lebih kuat berusaha untuk menjadi mata-mata dalam pentadbiran UMNO kini terutamanya di Negeri Perak."
- Mahasiswa
-------------------------------------------------------------------
"...rakyat sudah pun sedar, yang mana kaca yang mana intan! PRU13 nanti tsunami politik akan terus berlaku tapi.InsyaAllah BN dan UMNO kembali dipercayai oleh rakyat."
- Pak Tam
-------------------------------------------------------------------
"...TERUSKAN BONGKAR. JGN BIARKAN MEREKA DUDUK DGN TENANG..."
- Jeffry
-------------------------------------------------------------------
"Memang dah merosot, sebab nya PAS suka jadi "KUDA" DAP dan PKR. PAS sanggup jual maruah bangsa dan agama demi politik!"
- Malaysian-2Day
-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------- Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk dikongsi bersama, anda boleh gunakan ruangan dibawah untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH)
Nama Anda:
Email Anda:
Tajuk :
Isu/Cerita/Apa²jelah! :
Image (case-sensitive):