-------------------------------------------------- --------------------------------------------------
Makluman : Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk di TERJAH, di BONGKAR atau di KERJAKAN, sila KLIK SINI atau scroll terus ke bawah blog untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH). --------------------------------------------------

BLOGGERS NETWORK @ PERAK

EMAIL DARI ANDA : RAKYAT DIMINTA HALALKAN KENAIKAN TOL?

~


SAYA ingin merujuk kepada tulisan saudara Razak Thamrin (Utusan Malaysia, 24 Feb 2010) yang meminta pengguna lebuh raya menerima hakikat akan kenaikan tol terutamanya di lebuh raya PLUS dalam masa terdekat ini.

Saudara Razak masih menggunakan pendekatan lama untuk "menghalalkan" kenaikan tol di Malaysia dengan membandingkan kadar tol di Indonesia, Bangladesh dan Filipina. Kenapa memilih negara-negara ini? Kenapa tidak membandingkan Malaysia dengan negara-negara maju di dunia yang menyediakan lebuh raya percuma dan tol murah kepada rakyatnya? Kita masih lagi mengulangi kesilapan dengan menggunakan alasan lapuk apabila ingin menaikkan harga barang atau tol.

Penulisan Saudara Razak sama ada secara kebetulan atau dirancang disiarkan hampir pada hari yang sama keuntungan PLUS diumumkan. Menurut laporan Utusan Malaysia, Plus mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.62 bilion bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 dan kononnya sebahagian daripada keuntungan Plus datangnya dari pelaburannya di India.

Siapa pemegang saham PLUS? Menurut kenyataan Pengerusi PLUS yang disiarkan didalam laman webnya, 64 peratus saham PLUS dipegang oleh Khazanah Holdings Berhad sementara 20 peratus lagi adalah dipegang oleh KWSP, Perkeso, Permodalan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Amanah Pencen, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Tabung Haji. 10 peratus dipegang oleh pelabur asing dan selebihnya 6 peratus dipegang pelabur awam.

Maknanya, PLUS adalah syarikat milik kerajaan dengan pegangan 84 peratus saham. Dengan kata lain, PLUS, sebuah syarikat kerajaan, mendapat keuntungan dengan mengutip berbilion ringgit dari rakyat dengan mengutip tol di lebuhraya. PLUS juga membayar dividen berjumlah hampir RM800 juta pada 2008 kepada syarikat-syarikat kerajaan ini. Begitu kayanya PLUS sebagai sebuah syarikat kerajaan. (Lihat laman web Plus)


Pada tahun 2008, kutipan tol PLUS berjumlah RM2.2 bilion, yang tertinggi dalam sejarah. Keuntungan yang berbilion ini sesuatu yang 'obscene' atau memilukan ketika rakyat mengharungi suasana ekonomi yang mencabar ini.

Perlukah sebuah syarikat kerajaan mengutip tol berbilion ringgit dari rakyatnya sendiri? PLUS mungkin akan merujuk kepada perjanjian konsesi dengan kerajaan mengenai jadual kenaikan tol. Tetapi ini perkara mudah kerana kerajaan adalah pemilik PLUS.

Saudara Razak perlu ingat bahawa bukan faktor "tol kita rendah, tol negara lain tinggi" sahaja perlu dijadikan landasan untuk menaikkan tol. Rakyat Malaysia sudah berubah. Yang perlu menjadi pertimbangan ialah apakah rakyat dapat menerima satu kenaikan tol ketika kos hidup meningkat. Apakah pertimbangan politik kita untuk menaikkan tol?

Mungkin kenaikan tol sebanyak 10 peratus satu jumlah yang kecil kepada Saudara Razak atau golongan yang berharta. Kepada saya yang mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja, lima orang anak yang berada di universiti dan perlu menggunakan lebuh raya bertol untuk ke tempat kerja, ia satu beban yang amat berat untuk keluarga.

Oleh itu, fikirlah semasak-masaknya sebelum menaikkan tol demi kebaikan rakyat.

- Sender's name : ahmad
- Time received : Mon, March 1, 2010 10:28:26 PM
- Medium : Through 10SBH email form

 TQ from 10SBH.

8 Comments:

  10 BUDAK HITAM

Wednesday, March 03, 2010

Salam Saudara ahmad,

Terima kasih sumbangan saudara dalam menyalurkan maklumat kepada 10SBH. Kami berbesar hati untuk menyiarkan email saudara di blog kami.

Kami berharap agar ini bukanlah maklumat terakhir dari saudara. Kami sentiasa mengalu-alukan maklumat-maklumat sebegini. Email anda adalah rahsia dan amanah kepada kami.Maka kami tidak akan sekali-kali menghebahkan email anda. Terima Kasih.

  Jeepers Creepers

Wednesday, March 03, 2010

aku juga tidak bersetuju dengan sebarang kenaikan sama ada tol, elektrik atau minyak.

menaikkan harga tol bukanlah keperluan rakyat sebaliknya perjanjian kerajaan dengan syarikat konsesi. Jadi mengapa harus libatkan rakyat.

Kerajaan pun satu, mengapa sanggup terima syarat kenaikan tol setiap 3 tahun sedangkan jalanraya tetap sesak, berlubang dan membahayakan pengguna.

  Plusliner

Wednesday, March 03, 2010

Kita perlu ingat dengan kenaikan harga tol, dalam masa yang sama kita menjana pendapatan kerajaan yang kita sokong. Kita patut sokong dasar kerajaan.

  Rahmat KL

Wednesday, March 03, 2010

Tak habis2 Tol..

Kalau ginilah..10thn lagi pn rakyat alami masalah dan ketakutan yang sama.

Come on la Gov.Do something. Segala kenaikan ni balik2 akan dapat tentangan rakyat. Pusing la kot mana pun, alasan apa pun, RAKYAT TETAP AKAN MEMBANTAH SEBARANG KENAIKAN.

Rakyat mahukan Kerajaan Barisan Nasional. Tapi dalam masa yang sama,jgn biarkan kepercayaan dan kemahuan rakyat ini diabaikan. Mana laungan rakyat didahulukan?

  Anonymous

Thursday, March 04, 2010

Kepada Rahmat KL, komen anda berbunyi :
'Rakyat mahukan Kerajaan Barisan Nasional. Tapi dalam masa yang sama,jgn biarkan kepercayaan dan kemahuan rakyat ini diabaikan. Mana laungan rakyat didahulukan?'

Itu la parti yg anda agung2 itu, anda sendiri geram & marah dgn laungan rakyat didaHULUkan, pencapaian diuTAMAKan bukan.

nampaknya, org2 seperti anda telah ditipu oleh parti yg anda sendiri agoung2kan.

Contohi la parti yg sedang memerintah negeri selangor skrg. memberi sejumlah air percuma kepada segenap lapisan masyarakat tanpa megira anda dr penyokong parti mana. MALAH sanggup naik turun mahkamah demi menghalang tarif air dinaikkan oleh SYABAS.

itu baru betul2 'JUARA RAKYAT'.

Tuan punye Blogger, komen sikit.. apa pula pendapat Tuan punye Blogger.

  10 BUDAK HITAM

Thursday, March 04, 2010

YB Raz, Setuju! Tp highway PLUS xde berlubang bro.. kalau ada, kena buat REPORT tu. Untung jutaan ringgit,tp maintenance diabaikan.

PLUSLINER, Benar. Kita menjana pendapatan kerajaan,tp dalam masa yg sama, kemampuan rakyat perlu diambil kira.Kita sokong kerajaan, namun kebebasan bersuara dan menegur kerajaan adalah hak rakyat. Rakyat akan menyokong parti yang TERBAIK kerana rakyat tahu, rakyat PASTI akan dapat yg TERBAIK.

Sdr RahmatKL dan anony, setiap parti ada kelebihan dan kelemahan masing2.Itu lumrah senario politik Malaysia.Tapi isu global sebegini diharap bukanlah dalang ganti utk 'GADAI PARTI' atas ketidakpuashatian kita. Alhamdulilah,pelbagai perubahan telah BN lakukan dari pemimpin terdahulu.Tapi masih ada pelbagai isu nasional yang perlu Kerajaan utamakan. Sejajar konsep 'Rakyat Didahulukan', kita menyokong kenaikan tol ini DIKAJI SEMULA. Benar saudara, Pakatan juga punya kelebihan dari perspektif tertentu. Itu 10SBH tidak nafikan. Segala terjahan dan pembongkaran 10SBH semata-mata mahu menyedarkan dan mahukan keadilan seperti apa yang dimahukan Pakatan. Tolak persepsi kepartian ketepi, kita mahukan RAKYAT DIDAHULUKAN.

Wahai pemimpin, jgn hanya pandai mengampu tapi tak mampu menjana perubahan.Jika tidak, kisah PRU12 akan berulang kembali. SELAMILAH JIWA RAKYAT! JUARAKAN RAKYAT!

10SBH : Jangan hanya MENANG slogan tapi TEWAS dalam melaksanakannya.

  YANG GAMBI

Thursday, March 04, 2010

Salam bro, setuju sangat dengan pandangan tuan serta komen-komen para sahabat..... kerjaan perlu memikirkan cara yg terbaik untuk kebajikan rakyatnya...

  Perak Reform

Tuesday, March 16, 2010

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Blog Perak Reform diwujudkan atas dasar hasrat untuk melihat PAS kembali memerintah
Perak dengan aman dan jayanya.

Kami hanyalah kumpulan kerdil yang hanya mahukan KEADILAN dan melihat IDOLA kami
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menerajui Perak. Demi menolak kerajaan
kudeta UMNO/BN di Perak, kami rasakan sudah tiba masanya kami turun berjuang bersama-sama
rakan bloggers yang lain.

Atas dasar perjuangan untuk menepis segala tohmahan dan tipu helah kerajaan kudeta
Perak, kami yakin dengan satupadu dan bantu-membantu antara semua bloggers di
Malaysia ini akan dapat sama-sama kita bersepakat dalam menghebahkan isu senario
politik Perak YANG SEBENARNYA.

Segala maklumat di blog kami adalah BENAR dari sumber dalaman yang kuat.Insyallah.Cuma
penghebahan yang lebih telus adalah harapan kami agar dapat disalurkan kepada
semua rakyat khususnya rakyat Perak untuk menilai INIKAH KERAJAAN YANG
MEREKA MAHUKAN?


Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan
ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,kami mohon jasa baik tuan/puan untuk letakkan
blog kami,

http://perakreform.blogspot.com/


dalam blog list tuan/puan.Blog tuan/puan juga telah kami masukkan dalam list kami
agar kita dapat sama-sama berkongsi informasi dalam memartabatkan agama dan bangsa
tercinta.

Dengan ini, Perak Reform secara rasminya menjadi FOLLOWERS blog
tuan/puan.

Menjadi FOLLOWERS PerakReform di http://perakreform.blogspot.com,
kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam ukhwah dari Perak Reform..Assalamualaikum.

Related Posts with Thumbnails

RECENT POSTS

WHAT VISITORS SAY ABOUT US

-------------------------------------------------------------------
WE WOULD REALLY APPRECIATE YOUR COMMENT, PLEASE !

-------------------------------------------------------------------
"Cerita yang dibawa oleh 10 budak itam ada faktanya..."
- Teropongalam
-------------------------------------------------------------------
"Cuma harapan saya, agar 10sbh lebih kuat berusaha untuk menjadi mata-mata dalam pentadbiran UMNO kini terutamanya di Negeri Perak."
- Mahasiswa
-------------------------------------------------------------------
"...rakyat sudah pun sedar, yang mana kaca yang mana intan! PRU13 nanti tsunami politik akan terus berlaku tapi.InsyaAllah BN dan UMNO kembali dipercayai oleh rakyat."
- Pak Tam
-------------------------------------------------------------------
"...TERUSKAN BONGKAR. JGN BIARKAN MEREKA DUDUK DGN TENANG..."
- Jeffry
-------------------------------------------------------------------
"Memang dah merosot, sebab nya PAS suka jadi "KUDA" DAP dan PKR. PAS sanggup jual maruah bangsa dan agama demi politik!"
- Malaysian-2Day
-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------- Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk dikongsi bersama, anda boleh gunakan ruangan dibawah untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH)
Nama Anda:
Email Anda:
Tajuk :
Isu/Cerita/Apa²jelah! :
Image (case-sensitive):