-------------------------------------------------- --------------------------------------------------
Makluman : Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk di TERJAH, di BONGKAR atau di KERJAKAN, sila KLIK SINI atau scroll terus ke bawah blog untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH). --------------------------------------------------

BLOGGERS NETWORK @ PERAK

LAKONAN YB MIDAH DI LAYAR LARA

~


Sana sini dah sibuk dengan PRK Parlimen Hulu Selangor P094 yang akan diadakan pada 25 April 2010. Hari penamaan calon telah ditetapkan pada 17 April 2010 dan selepas itu akan bermulalah kempen bagi semua parti yang bertanding. Walau apa jua keadaannya, 10SBH mengharapkan agar BN dapat kembali merampas kawasan tersebut.

Dalam keghairahan kita untuk menawan Hulu Selangor, suka 10SBH ingatkan agar tanggungjawab yang lain tidak diabaikan. 10SBH sebenarnya ingin berbicara tentang EXCO KANAN kita yang seorang ini, siapa lagi kalau bukan YB DATO' HAMIDAH OSMAN kita. Masih ingatkah anda pada bayi malang yang ditinggalkan dalam keadaan basah kuyup dan menggigil dalam semak belakang sebuah pasar raya di Ipoh satu tika dulu? Kak Midah mempamerkan sifat keibuan apabila bayi malang yang ditinggalkan itu terus dijadikan anak angkat Kak Midah lantas dinamakan Mahsya Kurnea yang membawa maksud 'kurniaan yang hebat'. Murni sungguh hati Exco Kanan kita ini. 10SBH tertanya-tanya apakah motif sebenar tindakan Kak Midah ini. Adakah dengan niat untuk menunjuk-nunjuk ataupun untuk MENCARI PUBLISITI MURAHAN!!!

10SBH juga ada melihat video klip kebiadapan Pakatan Rakyat di Sidang DUN Perak baru-baru ini. Amat menyedihkan dengan perilaku yang sebegitu rupa dan LEBIH MENYEDIHKAN apabila melihat Kak Midah hanya TUNDUK TERSIPU MALU apabila Ngeh Koo Ham meluru kearah YAB DS DR Zambry dan Kak Midah yang duduk bersebelahan, tidak langsung terfikir untuk mempertahankan MB. Adakah Kak Midah takut? Jangan jadikan sifat wanita itu lemah sebagai alasan dalam menerajui jentera pentadbiran negeri menentang pakatan. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. JIKA GUGUP DI ARENA PEPERANGAN, DUDUK SAHAJA DI BELAKANG , BERI LALUAN PADA PAHLAWAN LAIN BERTARUNG MEMPERTAHANKAN MARUAH HARGA DIRI!!!

Kak Midah kita ini juga sebenarnya baru sahaja dilantik menjadi Ahli MT UMNO Malaysia mungkin kerana hebatnya Kak Midah. Tapi, 10SBH tertanya-tanya, sehingga kini, dimana HEBATNYA Kak Midah? Apa sumbangan Kak Midah jika pengundi di tempat sendiri terabai? Ramai yang mengeluh kerana terlalu sukar untuk berjumpa dengan Kak Midah, tidak cukup dengan itu, untuk sekeping surat sokongan juga memerlukan masa yang sungguh lama untuk dikeluarkan oleh Kak Midah. Apa guna dilantik Pegawai Khas jika tidak mampu bekerja. Hanya sekadar untuk menumpang populariti dan kesenangan Kak Midah ketika ada.

Sudahkah Kak Midah lupa bahawa TANPA PENGUNDI SIAPA KAK MIDAH! Baru-baru ini, blogger Sekupang Dua juga tidak ketinggalan menyatakan ketidakpuasan hati beliau kepada Kak Midah. Dimana bantuan yang telah dijanjikan, PERLUKAH JANJI HANYA TINGGAL JANJI. Bagaimana pula nanti JIKA JANJI PENGUNDI UNTUK TERUS MENYOKONG BN HANYA TINGGAL JANJI, adakah baru Kak Midah akan sedar diri?

Buat Kak Midah, hidup umpama roda. Kak Midah kini diatas dan tidak mustahil esok hari berada di bawah. Andai kata jawatan yang Kak Midah ada kini terlalu membebankan, sudilah kiranya DILEPASKAN JAWATAN, apa ada pada jawatan jika tanggungjawab tidak mampu untuk dilaksanakan!!!

5 Comments:

  Anonymous

Wednesday, April 07, 2010

Inilah dia wanita bila di beri peluang menjadi pemimpin. Bagi 1 nak 2 bagi 2 nak pula 3. Nak buat macamana. Bila berbicara dengan wanita UMNO Bahagian Gopeng dia kata Najib adalah godfather i. So sendiri mau ingatlah.

  Anonymous

Thursday, April 08, 2010

DIA BANYAK BERJASA KEPADA PARPUKARI. DIALAH YANG MEMBAWA MASUK PARPUKARI KEDALAM KERAJAAN BN PERAK.

  Tun Saban

Thursday, April 08, 2010

Kan aku kata umno tu dah nak lingkup,Tajol rosli takan nak diam kot.cakap apa yg umno perjuangkan utk melayu,hingga 52 tahun bn perintah melayu hancur,skrngt hampa jadi kuda pemimpin umno yg nak hilang kuasa nak hilang harta,yg nak kena sumbat dlm penjara.Pas melayu jugak.mana ada melayu umno keluar masuk DAP ,semua masuk PKR atau Pas mereka berkumpul dan membesar.taubatlah,hampa semua tidor ngan anuar ke masa anuar meliwat.jgn sebarkan fitnah.bahaya.tanya ustad tapi jgn tanya ustad duit (ustad umno)

  Tun Saban

Thursday, April 08, 2010

ciumlah tangan Rosmah tu,sanjunglah pemimpim 1 israel,kita dah nak hancor,kalau umno punya pasai yahudi pun takpelah.apalah punya org islam bersetongkol dengan yahudi.sedarlah wahai melayu,melayu tak disebut nanti diakhirat nanti.

  Anonymous

Sunday, April 11, 2010

Berkokok Riuh Sekampung, Punggung Bau APCO

"Sehari dua ini aku mencari ke mana perginya bapak katak, Ibrahim Ali dan anak anak katak, zul kulim, zahrain dan pencacai najis yang lain. Juga mencari ke mana perginya keris yang setia dijulang membela maruah melayu. Mencari ke mana hilang isu firaun kecil bila teman barunya, firaun besar mengangkat dajal dunia menjadi teman. Belum sampaikah masanya untuk Ibrahim Ali merasakan maruah Islam dan melayu telah digadai kepada golongan yang selalu menyembelih umat Islam palestin? Belum terdetikkah 'hati pembela Islam' Zul Nordin bahawa maruah Islam telah dengan sengaja rela dipijak oleh musuh nombor satu dunia Islam?

Untuk pengetahuan kamu "wahai penipu pembela melayu dan Islam", Shin Bet adalah bekas Mejar Jeneral di dalam tentera Israel. Mahkamah tinggi Israel sendiri telah memutuskan bahawa Shin Bet adalah seorang yang sangat kejam. Shin Bet diputuskan oleh mahkamah Israel telah melanggar hak asasi manusia dan sangat kejam dalam soal siasat terhadap wartawan palestin, Mohamed Omar dan yang lainnya. Orang Israel sendiri mengesahkan Shin Bet sangat kejam, kenapa kamu sanggup bersengkokol dengan mereka. Damaikah hati hati kamu sekarang? Nyatalah kokok kemunafikan kamu telah penuh berbau taik APCO dipunggung.

Benarlah, selagi namanya parti umnoCO, segalanya sanggup diperbuat untuk mencari jalan untuk mengekalkan kuasa. Selagi umnoCO memerintah negara, selagi itulah maruah negara sanggup digadai. Patutlah perangai mereka macam biawak berkepala ular. Satu masa mereka seolah tunduk tawaduk membaca yasin bersama rakyat, pada satu masa yang lain mereka berlaga gelas minuman yang dilarang oleh agama. Darah pemimpin umnoCO telah sebati dengan alkohol tetapi mulut masih dihias dengan ucapan membela Islam. Ayah kononnya perjuangkan melayu dan Islam, anak menjadi saudagar terbesar beer di filipina. Petugas agama sibuk menangkap orang minum arak, bos agama ada hotel menggalakkan disko dan arak. Yang seorang, ada ketika pijak semut tak mati depan isteri, satu ketika bertemu kekasih di resort bukit tinggi.

Zul Nordin pernah mengulas tentang anak luar nikah yang semakin ramai tetapi pada masa yang sama dia seronok melancong ke luar negara dengan tauke kilang anak luar nikah negara. Zul Nordin tahu, setiap 17 minit akan lahir seorang anak luar nikah tetapi zul membisu. Zul tahu setiap hari 83 anak luar nikah baru akan muncul tetapi lidah zul kelu. Zul sendiri seolah tidak bisa mencari kilang manakah yang mengeluarkan anak tidak sah tersebut. Dalam sibuk sibuk Zul membela agama, zul tidak dapat mencari punca kenapa bertambahnya anak luar nikah. Mungkin zul beranggapan dasar firaun kecil dalam PKR yang menyebabkan ianya berlaku bukan tanggungjawab firaun besar yang menjadi teman zul sekarang.

Kini saban hari aku menanti Ibrahim katak berdemo seperti demo di pulau pinang, menanti riak mengamuk Ibrahim mengutuk maruah kemelayuannya yang telah digadai oleh pemimpin negara kepada Israel. Aku juga menanti interview wartawan terhadap Zul Nordin mengulas tentang dajal dunia yang dijemput oleh firaun besar zul nordin. Menanti dan terus menanti keikhlasan kamu berdua menzahirkan keluhuran perjuangan kamu.

Related Posts with Thumbnails

RECENT POSTS

WHAT VISITORS SAY ABOUT US

-------------------------------------------------------------------
WE WOULD REALLY APPRECIATE YOUR COMMENT, PLEASE !

-------------------------------------------------------------------
"Cerita yang dibawa oleh 10 budak itam ada faktanya..."
- Teropongalam
-------------------------------------------------------------------
"Cuma harapan saya, agar 10sbh lebih kuat berusaha untuk menjadi mata-mata dalam pentadbiran UMNO kini terutamanya di Negeri Perak."
- Mahasiswa
-------------------------------------------------------------------
"...rakyat sudah pun sedar, yang mana kaca yang mana intan! PRU13 nanti tsunami politik akan terus berlaku tapi.InsyaAllah BN dan UMNO kembali dipercayai oleh rakyat."
- Pak Tam
-------------------------------------------------------------------
"...TERUSKAN BONGKAR. JGN BIARKAN MEREKA DUDUK DGN TENANG..."
- Jeffry
-------------------------------------------------------------------
"Memang dah merosot, sebab nya PAS suka jadi "KUDA" DAP dan PKR. PAS sanggup jual maruah bangsa dan agama demi politik!"
- Malaysian-2Day
-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------- Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk dikongsi bersama, anda boleh gunakan ruangan dibawah untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH)
Nama Anda:
Email Anda:
Tajuk :
Isu/Cerita/Apa²jelah! :
Image (case-sensitive):