Tak habis lagi masalah Parpukari rupanya, terbaru yang 10SBH dengar YB Dato' Zahid Hamidi 'dibantai' lagi di dalam blognya. Isu terkini, dikatakan semasa Perasmian Serentak Persidangan Cawangan - Cawangan Peringkat Negeri Perak. Dengar cerita, Majlis Perasmian Serentak Peringkat Negeri tu sebenarnya julung-julung kali diadakan. Perak merupakan negeri pertama dengan perasmian sedemikian. 10SBH sebagai anak jati Perak yang menyanjung perjuangan UMNO amat berbangga dengan majlis tersebut.
Dalam artikel yang si Parpu tulis, YB Dato' Zahid Hamidi dikatakan tak sedar diri. 10SBH merasakan PARPUKARI sebenarnya yang TAK SEDAR DIRI!!! Kenapa perlu menulis sebegitu rupa tanpa menyelidik maklumat atau info yang diterima. 10SBH juga tahu bahawa PARPUKARI amat menyanjungi sesetengah pemimpin dan 10SBH berpendapat, tidak salah untuk kita menyanjungi sesiapa pun, cuma perlu ada batasannya. Andaikan info atau maklumat yang diterima mengutuk pemimpin yang PARPUKARI sanjungi, sudah pasti tidak akan dikeluarkan.
10SBH juga mendapat maklumat bahawa, majlis tersebut tidak seperti yang digambarkan oleh pengirim email Parpukari. Dato' Zahid meninggalkan majlis dengan pengetahuan semua, baik urusetia majlis juga hadirin yang hadir pada hari itu. Ucapan yang diberikan juga sebenarnya memberikan motivasi kepada ahli-ahli UMNO Perak pada pagi tersebut. 10SBH ingin mengetahui, adakah Parpukari benar-benar kenal pengirim email tersebut, bagaimana kalau kiriman email tersebut datangnya dari pihak luar yang hanya ingin memecah belahkan UMNO.
Dr. Novandri juga ada mengulas tentang isu yang dikeluarkan di sini
The Real Story of Zahid Hamidi dan tahniah kerana berjaya memberikan ulasan yang sebenar. Buat PARPUKARI belajarlah untuk menyatakan apa yang benar dan bukan hanya MENGIPAS sesetengah pihak!
Kami ingin bertanya:
1.Adakah pemimpin-pemimpin UMNO di Perak merestui apa yang ditulis oleh Parpu Kari?
2. Dimanakah dia bloggers-bloggers yang mengaku dirinya adalah penyokong setia kepimpinan UMNO Perak? Adakah kalian semua masih tidur?
3 Comments:
Monday, May 17, 2010
siapa agaknya yg mendokong bloggers ni? ramai yg meluat dengan BN kerana ParpuKari. Dah berkali2 pemimpin dinasihati supaya mengeluarkan specis bloggers ni tetapi dia tetap disimpan. Akhirnya,....tak payah nak ulas, kosemua dah tau dah.
penat aku berhujah akan si mamak ni.buang air liur je
Wednesday, May 19, 2010
parpukari ni teman dah rasa macam datuk mandaliar masa empayar kerajaan melayu melaka yg khianat kepada rajanya. parpu ni hentam pemimpin sendiri utk memberi modal kepada pembangkang memburuk2kan pimpinan kita. patut apa kita buat parpu ni?
Monday, January 17, 2011
Bagi aku parpu ok jeer..dia buat isu suruh orang lain pikir benar atau tidak
Walaupun aku hanya seoran blogger yang tidak terkenal,tapi aku penah minum dengan parpu,,,kih kih kih parpu kau punya pasal bn kena tibai,,insyaalaj..kau boleh jadi calon bebas pru 13..
Post a Comment