10SBH sudah pasti umum telah mengetahui hakikat bahawa BN telah kalah di Sibu. Kita juga sedia maklum bahawa sokongan kaum CINA dan INDIA kepada BN telah berkurangan. Ia jelas terbukti semasa PRK Hulu Selangor dan terbaru semalam, di PRK Sibu.
Kenyataan itu haruslah diterima dengan hati yang terbuka dan bagi 10SBH sudah tentu ada hikmah di sebalik semua ini. Kemana perlu diarahkan kekalahan ini atau seharusnya kita menilai semula di mana kedudukan kita di hati masyarakat umum? Sokongan dari kaum Melayu serta India dapat dilihat ada peningkatan tetapi tidak dari kaum CINA!
10SBH berpendapat, semua parti komponen perlu bermuhasabah diri. Tidak guna untuk menyalahkan sesama sendiri dan akhirnya hanya akan menyebabkan perpecahan di kalangan kita. MCA, MIC, Gerakan dan PPP perlu menilai semula prestasi mereka sesama sendiri agar BN akan TERUS RELEVAN kepada rakyat Malaysia.
Buat MCA dan Gerakan, sebarang masalah dalaman yang ada perlulah diselesaikan semula kerana masyarakat Cina dilihat semakin kurang memberikan sokongan kepada BN lagi. Tidak perlu menanam tebu di bibir sedangkan hakikatnya jelas sokongan dari kaum CINA berkurangan.
Begitu juga dengan MCA dan PPP, sokongan dari kaum India perlu diraih semula. Ya diakui, sokongan itu dilihat ada peningkatannya tapi suka 10SBH ingatkan agar kita tidak mudah berasa selesa dengan peningkatan yang telah ditunjukkan. Sokongan itu juga tidak mustahil boleh berubah kepada pembangkang. Walau apa jua masalah yang melanda semua parti komponen, selesaikanlah semua masalah itu bak kata pepatah 'menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Selesaikan masalah sebaik yang mungkin dan janganlah sehingga membuka pekung di dada!!
Di Sg Siput, bekas kawasan Samy Vellu, masih ramai lagi yang miskin dan tidak berkemampuan. Peluang pekerjaan yang kurang menyebabkan ramai belia berhijrah ke Ipoh. Dimanakah kredibiliti dan tanggungjawab Samy Vellu dalam menjaga kawasan sendiri? Agaknya itulah sebabnya Samy Vellu tewas di Sg Siput pada PRU lepas. Sibuk nak jaga hal orang lain,walhal kawasan sendiri terbiar. Wahai Samy Vellu, buatlah post mortem dan berjuanglah untuk mengembalikan kepercayaan rakyat. Jangan hanya pandai menuduh orang sana sini. Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!!!
0 Comments:
Post a Comment