10SBH sebelum ini terlihat kepada artikel dari Bro TM kita ini tentang satu perjumpaan Bloggers Perak pada 30/01/10. Details tentang perjumpaan itu seperti yang 10SBH paparkan di bawah.
Bro TM :PERJUMPAAN BLOGGER PERAK 30 JANUARI 2010
Satu perjumpaan bloggers Perak akan di adakan pada ketentuan berikut
Tarikh: 30 Januari 2010
Hari: Sabtu
Lokasi : Ipoh Perak.
Jumlah peserta dihadkan kepada 50 orang. Daftar segera!!
Aktif dalam blogg dan facebook boleh joint. (free) penginapan disediakan jika perlu. berminat hubungi taipingmali@gmail.com.
Keutamaan diberi kepada blogger anak-anak Perak walaupun dimana mereka berada.
Tarikh: 30 Januari 2010
Hari: Sabtu
Lokasi : Ipoh Perak.
Jumlah peserta dihadkan kepada 50 orang. Daftar segera!!
Aktif dalam blogg dan facebook boleh joint. (free) penginapan disediakan jika perlu. berminat hubungi taipingmali@gmail.com.
Keutamaan diberi kepada blogger anak-anak Perak walaupun dimana mereka berada.
10SBH berasa teruja apabila mendengar akan perjumpaan Bloggers ini walaupun pada hakikatnya 10SBH tak dapat nak turut serta sebab ada komitmen lain yang perlu diutamakan. Namun demikian, terdetik sejenak di hati 10SBH kerana ada juga bisik-bisik di telinga yang mengatakan terdapat jemputan kepada bloggers untuk ke Angkasapuri.
Merujuk pula kepada artikel Bro sekupangdua yang dapat 10SBH petik "30Hb ni nampaknya teman dinaikan pangkat sebagai KEPALA ROMBONGAN! Siapa sangka bermula pelawaan sahabat teman si Gomo dan Panglima tanpa teman sedor ramai kengkawan teman menyambut baik pelawaan dema untuk turut hadir (blogger jalanan Perak) yang berminat untuk ke Angkasapuri di Program PELANCARAN BLOG oleh Timbalan Perdana Menteri kita TSMY".
PERSOALANNYA...
Program apa sebenarnya yang akan dijalankan pada tarikh 30 Januari 2010 ini? Bengkel Media Baru atau Perhimpunan Bloggers. 10SBH mengharapkan agar ada pihak yang dapat menjawab persoalan ini, dapat dirungkaikan dengan sebaik mungkin agar tidak wujud sebarang kekeliruan seperti yang 10SBH alami.
Juga diharapkan agar PERSOALAN TIDAK HANYA TINGGAL SEBAGAI PERSOALAN kerana PERSOALAN YANG DIPERSOALKAN SEBELUM INI TELAH TINGGAL SEBAGAI SOALAN. Ia tidak mematahkan semangat 10SBH kerana TERJAH TETAP TERJAH demi mencari sebuah kepastian...
15 Comments:
Tuesday, January 26, 2010
Aik mana satu ni?
Tuesday, January 26, 2010
Kroni kroni!! CONFIRM! Satu group gegar ipoh,satu group turun kl.. apa citer ni yob!
Tuesday, January 26, 2010
SLM BRO. CUBA TNYE KAT BRO TAIPINGMALI. DIA MESTI ADA BUTIRANNYA
Tuesday, January 26, 2010
Ini yang melucukan... Boleh sesiapa jawab kenapa pejuang/// tidak dijemput? Adakah pejuang/// dari team bloggers PR atau pejuang/// tak sehaluan dengan parpukari? Atas sebab-sebab di ataskah maka pejuang/// tak dijemput?
Lantaklah.., tak rugi pun kalau pejuang/// tak dijemput. Bro 10sbh dijemput ker?
Tuesday, January 26, 2010
Salam Semua,
Bro Jeffry, 10SBH tidak pasti adakah TM baca atau tidak artikel ini, bukan apa, sebelum ini pun posting komen 10SBH di blog TM tidak disiarkan pun.Aiman tak kesahh... Namun,10SBH harapkan ada penjelasan jelas dr mana-mana pihak berhubung isu ini.
Bro pejuang///,
10SBH tidak bersifat kroni pd mana-mana pihak termasuklah berkaitan dgn sdr parpu.Kerana berita yang sampai pada 10SBH, 'invitation' tersebut adalah dari TM dan Skupangdua.Hanya sdr skupang shj yg mention kitaorang. Walaubagaimanapun, seperti dalam topik nukilan 10SBH, kami tak dapat nak turut serta krn ada komitmen lain yang perlu diutamakan. Apapun kita tunggu penjelasan TM okey?
10SBH ingin menjelaskan sesuatu disini.Isu Jemputan 10SBH ke kedua-dua acara ini mungkin ada kaitan melibatkan tuduhan sesetengah pihak bahawa 10SBH adalah dari organisasi tertentu atau di bawah individu-individu tertentu.
10SBH ingin nyatakan disini bahawa 10SBH adalah pemerhati bebas yang tidak terlibat dengan mana-mana institusi atau mana-mana individu terutamanya ahli politik UNTUK menjatuhkan pihak-pihak tertentu seperti yang didakwa segelintir pihak.
10SBH DIWUJUDKAN UNTUK MEMELIHARA KEUTUHAN SEMANGAN MELAYU, MENGEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT PADA BARISAN NASIONAL dan MENYATUKAN KEMBALI IKATAN SAF HADAPAN BLOGGERS PERAK.
TQ.
Tuesday, January 26, 2010
Salam untuk tuan-tuan,
TM pun mendapat jemputan untuk ke Angksapuri, tetapi kerana program pelancaran blog umno dan seminar terpaksa dijalankan juga, saya terpaksa tumpukan kepada program di Perak. sebab dah tangguh byak kali.
Kalau tuan-tuan nak ke Angkasapuri , TM tak menghalang. Bagaimana pun jika berubah fikiran, silalah mendaftar diri di casuarina pada Sabtu 30 Jan 10 ini. program berakhir Ahad 31 Jan.
Ada juga blogger yg akan ke angkasapuri pada paginya dan berjanji untuk ke ipoh pada petang tersebut.
Tahniah kepada blog 10budak hitam kerana hit di alexa sudah naik..hari ini di rank 9,505,758 mengatasi sekupang dua yang di ranking 12,651,995
Tuesday, January 26, 2010
Terima kasih atas penjelasan 10sbh. Harap kita boleh bergabung sebagai kumpulan bloggers yang menjadi benteng dalam menagkis segala tomahan dan fitnah dari Pakatan Rakyat kepada Kerajaan UBN Perak khasnya di bawah kepimpinan YAB. DS Zambry Abd. Kadir.
Tuesday, January 26, 2010
Salam TM,
Terima kasih atas penjelasan tersebut. Akhirnya pihak pengelola dpt jelaskan sedikit sebanyak kekeliruan tersebut. Bkn apa bro,hendaknya biarlah aktiviti kita secara berjemaah.Nak pulak, ini melibatkan perjumpaan blogger-blogger yang dilihat dpt menjadi medan pertukaran dan percambahan idea sesama bloggers.Kalau seorang ke hulu dan seorang ke hilir, kita akan dilihat ASOBIYAH..dan mungkin wujud kroni-kroni tertentu. Marilah kita sama-sama elakkan situasi sebegini.
Merujuk pada perbandingan hit alexa 10SBH. Terima kasih atas info tersebut.
Walaubagaimanapun, 10SBH rasakan perbandingan yg dibuat dengan blog-blog seangkatan yang lain adalah sangat tidak wajar utk diwar-warkan.Ini boleh mencetuskan bibit-bibit perbalahan dan perpecahan antara bloggers.
Kita berjuang dibawah naungan satu bumbung dan mahu mewujudkan keharmonian dengan kesemua bloggers, lebih-lebih lagi BLOGGERS PERAK.10SBH berharap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.Insyallah kita dapat menyatukan saf kita dengan keakraban dan jalinan komunikasi yang lebih telus.
Salam pejuang///,
10SBH sokong penyatuan!!
Tuesday, January 26, 2010
Alah,xpayah la nk union..sket lg ramai la pencacai umno mintak sedekah buat blog.Sb semua bloggers tau lu orang kalau duit xmasyuk,sme bungkus!
Tuesday, January 26, 2010
Salam,
See.. sorang lagi anak didik PAS 'gua-lu'.
Terima kasih mengunjungi 10SBH.
Tuesday, January 26, 2010
memang ada 2 majlis serentak. terpulang pada siapa yang mahu pergi ke majlis mana.
Wednesday, January 27, 2010
Alar,apa kecoh..sape nk pegi,pegi ah..xnak sudah..
Wednesday, January 27, 2010
betull tepuk stereng tanya hati....KL ker ipoh ker..
Thursday, January 28, 2010
yop betui ker program blogger perak atau perjumpaan blogger parpu?
pening yop, pening memikiornya bila pulak dema nak buat program blogger sedangkan dari dulu tak mengesahkan sangat
PM PARPU
Thursday, January 28, 2010
KADANGKALA AKU MERASA SEDIKIT SYAK TERHADAP BLOG 10SBH SEMACAM BERSUARA SEPERTI SUARA PARPUKARI DAN TAIPING MALI
ADAKAH BLOG INI SEBENARNYA KEPUNYAAN PARPU KARI DAN TAIPING MALI UNTUK TUTUP KELEMAHAN ENGKAU ORANG SEMUA.
APAPUN KITA TUNGGU SAJA BILA 10SBH NAK BELASAH PARPU DAM TAIPING MALI NI, 10SBH KENA INGAT AKU MULA RESPEK ENGKAU ORANG BILA MAHU BERKATA BENAR LEBIH-LEBIH LAGI TAK KIRA YB ATAU ORANG BESAR. SEMUA SUDAH KETAHUI PERANAN PARPU DAN TAIPING MALI YANG KINI MEMERINTAH BLOGGER PERAK DAN SEMUA JUGA SUDAH KETAHUI MEREKA JUGA BUSUK HATI TERHADAP BEBERAPA BLOGGER PERAK.
AKU AKAN TUNGGU 10 SBH ADA BERANI KAH MEMBELASAH PARPU KARI DAN TAIPING MALI BILA MEREKA MENGKHIANATI BLOGGER PERAK YANG LAIN DIMANA MEREKA JUGA TIDAK MAHU MENJEMPUT ATAU MENGUNDANG BLOGGER YANG NAMPAK MENGOYAHKAN MEREKA
JADI KENAPA JADIKAN PERJUMPAAN BLOGGER PERAK TERUS TERANGLAH KATAKAN PERJUMPAAN BLOGGER PARPU DAN TAIPING MALI
Post a Comment