Sejak akhir-akhir ini, geng-geng bloggers Pakatan Rakyat heboh memperkatakan tentang isu Pembubaran DUN Perak, akibat daripada TILIKAN yang mereka perolehi dari sumber -sumber yang cukup mereka percayai. 10SBH sempat juga menyinggah di blog
merentas gelombang, kepunyaan saudara Nizam Isa yang merupakan Setiausaha Akhbar kepada DS Dr Zambry.
Dalam kesempatan melihat kepada blog tersebut, 10SBH ingin merakamkan setinggi ucapan tahniah di atas hidupnya kembali blog saudara. Bukan itu sahaja, sering dikemaskini dan disalurkan maklumat yang terkini khusus kepada rakyat Perak.
Dalam keseronokan membaca di blog saudara, terpanggil akan 10SBH kepada kenyataan si
misbahul munir yang tak sedar diri, kerana mengaku dirinya sebagai Setiausaha Politik MB Perak. Apa yang 10SBH pasti, Saudara Ismail Saffian merupakan Setiausaha Politik MB Perak pada masa ini. 10SBH bersetuju dengan kenyataan saudara Nizam agar dibuat laporan polis terhadapnya. Bagi sedar sikit, agar tidak sesuka hati mengeluarkan kenyataan.
Buat Misbahul Munir, hentikanlah mimpi anda itu kerana ia akhirnya akan memudaratkan kesihatan sekaligus mental anda akibat kegilaan yang teramat tinggi. Buat semua penyokong kerajaan UBN di Perak, marilah kita panjatkan doa, agar kemenangan berada di pihak kita kerana apa yang pasti jika PERAK jatuh ke tangan PAKATAN RAKYAT. PUNAH lah RAKYAT PERAK!!!
6 Comments:
Wednesday, January 27, 2010
Ni sama spesis ngan nizar jugak ni..2x5..sekor meroyan mb..sekor meroyan su
Wednesday, January 27, 2010
Salam Sme..
Selepas 9 Feb ini,kalau Pakatan masih lagi menggunakan 'title' MB Perak,SU Perak, jelas Pakatan tidak menghormati perkenan duli tuanku.
Wednesday, January 27, 2010
Kita sabar dan nantikan keputusan 9 Februari ini. Jangan diikut gila mereka (Pakatan Rapuh)kerana gila mereka kini di tahap HUKUM TEMBAK jer.. Crew 10sbh, tahniah kerana menjadikan Negeri Perak sebagai medan info kalian. Bukan aper, blog Selamatkan Perak pun pejuang/// tengok dah semacam alirannya. Bukan lagi berkisahkan negeri Perak tetapi Mahathir dan isu luar. Mungkin kenyataan Nizar berjaya membuat SP merasakan selesa dan yakin Perak telah Aman Jaya.
Wednesday, January 27, 2010
SLM BRO..KENE TUKAR NAMA DIA TU..MISBAHLUL MUNIR! KEHKEHKEH
Wednesday, January 27, 2010
Salam bro, biarlah dia bermimpi sendiri dan terjun dengan labu-labunya....
Thursday, January 28, 2010
Salam Mahasiswa,
Sokong! Tapi 10SBH rasa,diorang confirm tak boleh terima hakikat kalau diorang kalah jugak.CONFIRM bro!Puak2 ni mana pecaya law sme ni.Sme KARUT!
Salam pejuang///,
10SBH adalah dikalangan anak jati Perak yang sayang dan cintakan keamanan negeri.Insyallah,kami akan cuba terjah dan hebahkan info-info ttg Perak utk tatapan pengunjung sekalian.
Berkenaan Selamatkan Perak,10SBH nampak dah sedikit perubahan,cumanya seperti kata pejuang,ia masih belum menampakkan kualiti cerita dan informasi terkini tentang Perak khasnya.
Salam Jeffry,
Ha!Cantek nama tu kalau dibuat POSTER!haha..
Salam Yang Gambi,
Terjun kemana? syurga ke neraka biar tuhan menentukannya,tapi kalau menjaja fitnah sana sini, tepuk dada tanya selera, ye dak.
Post a Comment