-------------------------------------------------- --------------------------------------------------
Makluman : Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk di TERJAH, di BONGKAR atau di KERJAKAN, sila KLIK SINI atau scroll terus ke bawah blog untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH). --------------------------------------------------

BLOGGERS NETWORK @ PERAK

Amin...Amin... Apa masalah lu brother?

~



Satu lagi kenyataan yang bersifat 'in denial' apabila , yang merupakan Pemangku Ketua DPPN Perak mengatakan DS Dr. Zambry tersepit dengan tindakan beliau untuk mengembalikan keyakinan rakyat Negeri Perak terhadap UMNO/BN.

Mohd Nur Amin juga turut menyatakan rakyat tentu dapat menghidu pembohongan Datuk Seri Zambry yang sebenarnya tidak mencetuskan sebarang perubahan kecuali mengiktiraf dan meniru cara pemerintahan dan kepimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar pastinya akan menolak kepimpinan Datuk Seri Zambry di dalam pilihanraya yang akan datang.

10SBH dengan sukacita nak maklumkan kepada Mohd Nur Amin, bro, andaikata bro ni pekak, buta atau tuli. Tak kan tak boleh nampak perbezaannya, tak ada persamaan langsung apatah lagi mengiktiraf cara pemerintahan Nizar, sebabnya. Nizar diperintah oleh Nga dan Ngeh, malahan keputusan atau sebarang kuasa tidak terletak sejentik pun ditangan Nizar. Jangan nak bermimpi di siang hari lah Brother.

Amat berbeza dengan  DS Dr. Zambry apabila beliau membuat keputusan melalui perbincangan bersama exco dan setelah itu beliau memberikan kata putus. Sudah pasti keputusan hasil dari persetujuan semua. Lagi satu bro, jangan lah nak masuk bakul angkat sendiri.."tak ada maknanya corak pemerintahan Nizar tu dari pemikiran dia. Sedar tak sedar, Nizar, Nga, Ngeh dan Ngok mencedok corak pentadbiran kerajaan pusat. Setakat tukar nama, sapa pun boleh Bro". Cuba duduk and pikir dalam-dalam Bro.


Rasional yang 10SBH fikirkan tika dan saat ini, sama-sama kita nantikan senarai kesemua pencapaian parti itu selama 11 bulan memerintah Perak dalam usaha membawa perubahan dan reformasi kepada rakyat. Semoga dengan tindakan ini, kepercayaan rakyat akan dapat dikembalikan ke arah Perak Aman Jaya.

10 Comments:

  Anonymous

Sunday, January 17, 2010

SLM BRO..DIA SAJE NK TLG NAIKKAN BALIK MUKE SI NIZAR KATUN YG DH KESEJOKKAN TU BROO KEHKEHKEH. TP RAKYAT DH MASAK DH DGN KAKI TGN PENYANGAK MILITAN SEKOR NI..BIARKAN2

  Anonymous

Sunday, January 17, 2010

Yang pastinya Nizar tu adalah keldai tunggangan DAP. Penunggang nya ialah 2 ekor kominis. Yg memerintah Perak masa tu ialah dua ekor ni sebenarnya, sinizar sebenarnya tak ade apa apa fungsi pun...habis hak org melayu nak di rampasnya. nasib baik hak sultan tak boleh di usik sebab termaktub dlm perlembagaan. kalau ikutkan parti biaDAP ni, semua sultan dia nak hapuskan...org Parti Ajaran Sesat pimpinan wali selipar ni langsung tak pernah faham akan hakikat yg tersurat dan tersirat parti biaDAP terhadap org melayu dan islam...cerdik tak boleh diikut,bodoh tak boleh diajar...

  McTheory

Sunday, January 17, 2010

Si amin tu dah kena penyakin sama dengan nijar. Gila meroyan tahap dewa cipan peringkat ketujuh. Soo apa nak diherankan lagi.

  10 BUDAK HITAM

Sunday, January 17, 2010

Salam Jeffry,
Tambah kuah sket lepas isu Nizar eksiden.Standard bro! Rakyat dah tau..cuma puak2 militan ni je yg xreti2 lagi ye dak.

Ye en.anonymous,gitu la nampaknya.Dalam kamus PAS,Malaysia ni mana ada Sultan.Sultan ni kacau je,itu xboleh ini xboleh..Kalau Nizar ditabal Sultan barulah diorang percaya ye dak.

MctHeory, alar sme dah plan sblm kuar kenyataan tu.Kalo si Amin xfollow,xdpt la tanah sebidang. Rakyat skg bkn sme pakai kopiah,ikut je org xtau hujung pangkal.Kolej dah berlambak kat Malaysia ni,bejuta-juta certificate bersepah.

  Ali Abdullah

Monday, January 18, 2010

salam,

memang besar perbezaan pentadbiran Dr. Zambry jika nak dibandingkan dengan Nizar tu..

Nak tahu cerita SEBENAR kerajaan Nizar dan DAP yang kawan pernah ceritakan dulu sila lihat http://rajahmas.blogspot.com/2009/03/murka-allah-terhadap-kejahilan-pas-di.html

  10 BUDAK HITAM

Monday, January 18, 2010

Salam Apai,

Terima kasih link yang diberikan.
10SBH mengalu-alukan link-link sebegini.

  Mahasiswa

Wednesday, January 20, 2010

Salam Mahasiswa,

PAS dah kemaruk bro!mcm2 cara dia guna..HIDUP BN DI PERAK!

  Anonymous

Saturday, January 23, 2010

Saiful Bukhari : UMNO Nak Buat Agama Baru Ke?


Dalam Facebook saya berdebat dengan ramai puak-puak UMNO ni dalam berbagai topik. Bila timbul topic tuduhan liwat Anwar dan Saiful Bukhari, mati-mati mereka mempertahankan bahawa Anwar bersalah kerana Anwar tidak bersumpah.

Saya tanya pada mereka, ini ugama baru ke yang UMNO hendak bawa? Sejak bila dalam Hudud, sumpah laknat boleh dipakai sebagai bukti? Siapa yang ajar?

Malahan, kalau Saiful Bukhari bersumpah di Masjidil Haram atau Masjidil Nabawi sepertimana yang beliau bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, beliau tidak sempat keluar pintu masjid sebelum beliau ditangkap oleh Polis Agama Saudi (Al Mutawwa).

Ini kerana mamat Saiful telah melakukan QAZAF dan JUGA MENGAKU MELAKUKAN ZINA/LIWAT. Kalau beliau bernasib baik, beliau hanya akan dikenakan hukuman sebat 80 kali untuk Qazaf. Tapi, kalau nasib tak baik, beliau akan dikenakan hukuman rejam sampai mati untuk pengakuan beliau melakukan seks sesama jenis. Kalau di Afghanistan beliau akan ditolak dari helikopter dari ketinggian 20 ribu kaki.

Dalam hukum hudud, kalau kita pergi bersumpah laknat sekalipun menuduh seseorang berzina, hakim akan meminta kita memberikan 4 orang saksi. Kalau kita gagal bawa, hakim akan mengarahkan hukuman 80 sebat untuk qazaf dikenakan ke atas kita. Sumpah laknat kita tidak bermakna dalam hukum hudud walaupun sedikit.

Hakikatnya pengikut-pengikut UMNO mengikut agama yang diajar oleh pimpinan-pimpinan mereka. Mereka tidak mengikut Islam dan tidak mengikut kehendak syariat Islam.

AGAMA BARU BERNAMA AGAMA UMNO?

Nampaknya seperti itu. Benda yang Islam kata Haram, UMNO Halalkan. Benda yang Islam tak kata Haram, UMNO haramkan. Benda yang wajib, UMNO tolak. Benda tak wajib, UMNO cuba wajibkan.

Dalam isu Judi, Arak, Qazaf, korupsi, rasuah, fitnah, menipu, ratu cantik, dedah aurat, riba semuanya Islam haramkan tapi selamba je UMNO halalkan. Tidak ada masalah.

Dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh Kristian dan pembinaan kuil di Seksyen 23, takda pun Islam haramkan, tapi bermatian UMNO cuba mengharamkannya.

Syukur Alhamdulillah saya tidak lahir dalam keluarga UMNO. Saya tak tahulah apa agama saya kalau saya ni sudah menjadi penyokong UMNO dari kecik. Yang penting bagi saya adalah agama bukan parti politik.

Masalah dengan UMNO adalah mereka letak politik mereka di atas agama. Agama kena ikut politik sekular mereka. Nauzubillah min zalik.

UMNO TIDAK PERLU RUJUK PADA AL-QUR'AN

Tak heranlah UMNO sudah bertukar jadi agama baru. Ini kerana dalam perlembagaan UMNO tiada penyataan menunjukkan mereka wajib merujuk pada Al-Qur'an dan Hadeeth sebagai rujukan utama.

Mereka bebas menafsirkan agama dengan kehendak dan nafsu mereka sebab Perlembagaan UMNO tidak meletakkan Islam sebagai asas.

Saya cabar seluruh ahli UMNO menunjukkan dalam Perlembagaan mereka pernyataan seperti yang kita boleh jumpa dalam Perlembagaan PAS :

“Fasal 7. Hukum, Kekuasaan dan "MAJLIS SYURA 'ULAMAK".

(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, degan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.”.

Ada jumpa tak dalam Perlembagaan UMNO di mana UMNO menyatakan hukum tertinggi mereka adalah Al-Qur'an, Hadeeth, Ijma dan Qiyas?

Jawapnya adalah tiada. Mengapa demikian? Kerana UMNO BUKAN PARTI ISLAM. UMNO adalah PARTI SEKULAR dan PARTI YANG MENENTANG ISLAM.

Tak heranlah, antara projek ekonomi pertama UMNO adalah Projek Loteri UMNO 1951. Judi bagi UMNO TIDAK HARAM kerana hukum tertinggi bagi UMNO BUKAN AL-QUR'AN dan HADEETH.

Bagi PAS, judi adalah HARAM kerana Al-Qur'an mengharamkannya.

Kalau judi UMNO boleh halalkan tak heranlah Qazaf pun mereka boleh halalkan.
Itulah saya kata, UMNO ni nak buat agama baru. Agama bernama Agama UMNO.

Tulang Besi

  lara nur

Saturday, January 23, 2010

berapi nampaknya si tulang besi kat atas ni

kihkihkih entry lain pi spin bab lain

  10 BUDAK HITAM

Saturday, January 23, 2010

Salam Lara,

Itulah..tapi xmengapa.Kita didunia alam maya ni semuanya tanpa batasan.10SBH xde masalah untuk kita sama2 berkongsi maklumat kerana RAKYAT MALAYSIA semua sekarang cerdik pandai untuk menilai yang mana kaca dan yang mana permata.

Related Posts with Thumbnails

RECENT POSTS

WHAT VISITORS SAY ABOUT US

-------------------------------------------------------------------
WE WOULD REALLY APPRECIATE YOUR COMMENT, PLEASE !

-------------------------------------------------------------------
"Cerita yang dibawa oleh 10 budak itam ada faktanya..."
- Teropongalam
-------------------------------------------------------------------
"Cuma harapan saya, agar 10sbh lebih kuat berusaha untuk menjadi mata-mata dalam pentadbiran UMNO kini terutamanya di Negeri Perak."
- Mahasiswa
-------------------------------------------------------------------
"...rakyat sudah pun sedar, yang mana kaca yang mana intan! PRU13 nanti tsunami politik akan terus berlaku tapi.InsyaAllah BN dan UMNO kembali dipercayai oleh rakyat."
- Pak Tam
-------------------------------------------------------------------
"...TERUSKAN BONGKAR. JGN BIARKAN MEREKA DUDUK DGN TENANG..."
- Jeffry
-------------------------------------------------------------------
"Memang dah merosot, sebab nya PAS suka jadi "KUDA" DAP dan PKR. PAS sanggup jual maruah bangsa dan agama demi politik!"
- Malaysian-2Day
-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------- Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk dikongsi bersama, anda boleh gunakan ruangan dibawah untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH)
Nama Anda:
Email Anda:
Tajuk :
Isu/Cerita/Apa²jelah! :
Image (case-sensitive):