Ada yang mengeluh mengatakan terlalu sukar untuk berjumpa dengan ADUN mereka yang seorang ni. Ada juga yang mengatakan, sukar untuk menyuarakan masalah kepada ADUN mereka ini, baik di Pejabat Exco juga di Pusat Khidmat ADUN. Kenapa terlalu sukar untuk berjumpa dengan Kak Midah? Adakah kerana memegang jawatan sebagai Exco Kanan menjadikan Kak Midah terlalu sibuk atau adakah kerana memegang terlalu banyak portfolio menyebabkan Kak Midah tiada masa untuk berjumpa pengundi-pengundi? Lupakah Kak Midah bahawa mereka yang telah mengundi di pilihanraya yang lalu.
Andai benar itu penyebabnya, mohonlah pada MB agar dikurangkan jawatan yang ada. Agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik sebagai Wakil Rakyat, yang diangkat mewakili rakyat di DUN Sg. Rapat. 10SBH bukan menidakkan kerja-kerja Kak Midah cuma sekadar ingin mengingati sebelum hujan menjadi ribut dan ribut menjadi tsunami maka sedarlah, sebelum terlewat. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.
10SBH mewakili rakan-rakan yang bercerita, mereka yang merungut kerana ia bukan sahaja datang dari pengundi-pengundi di DUN Sg. Rapat, masyarakat di sekeliling sebaliknya turut didengari dari kalangan ahli-ahli UMNO Parlimen Gopeng. Bukan apa, cuma kalau boleh Kak Midah berkhidmatlah dengan sehabis baik kerana prestasi semua dinilai oleh rakyat. Rakyat yang menjadi penentu segalanya.
Diharapkan, ada perubahan yang dapat ditonjolkan setelah artikel ini 10SBH utarakan agar dapat Kak Midah memberikan perkhidmatan yang lebih baik sebagai Wakil Rakyat. Sekian...


5 Comments:
Monday, January 18, 2010
Salam 1Malaysia,
Kami dari Unit Media Wangsa Maju mengambil kesempatan mengucapkan Syabas kepada anda kerana pengendalian blog yang begitu cekap dengan artikel2 yang bernas dan mantap.
Harap kita dapat bekerjasama dalam menjayakan blog dan menjawab segala fitnah dan dakyah yang dilemparkan pembangkang pimpinan Anwar Al Juburi..
Kami juga telah link blog anda dalam senarai blog kami. Sila layari http://mediawangsamaju.blogspot.com/.
Sekian, Salam Ikhlas dari,
UNIT MEDIA WANGSA MAJU.
Monday, January 18, 2010
SLM BRO..HMM APA2 PUN KITA TUNGGU KOMEN DR KAK MIDAH DULU. MUNGKIN DIA ADA ALASAN TERSENDIRI. BERKEMUNGKINAN JUGAK SIBUKAN DGN TUGAS KOT. MAKLUMLAH TUGAS YB NI MMG MEMENATKAN TP YG PENTING TERUS BERKHIDMAT. TAK MCM YG YB SRI MUDA HEHEH
http://kerisputera.blogspot.com/2010/01/adun-sri-muda-pkr-khianati-rakyat.html
Monday, January 18, 2010
Salam 1Malaysia UNIT MEDIA WANGSA MAJU,
10SBH amat berbesar hati dan terharu dengan jalinan kerjasama antara kedua blog.
Dengan perkongsian maklumat dan pengguna,insyallah, maklumat yang kita akan sampaikan sampai kepada golongan sasaran. Begitu juga dalam menjawab fitnah dan kritikan pakatan.
Salam Jeffry,
Betul.Itulah harapan 10SBH dalam setiap terjahan.Terjah bkn sebarang terjah,tapi terjahan yang mengharapkan respon dan perubahan!
Monday, January 18, 2010
10sbh memang berani.
Berbaloi ke buat semua ini?
Tidak takut di ambil tindakan oleh YB kerana isu panas seperti ini?
Berani kerana benarkan.
Wednesday, January 20, 2010
10sbh..teruskan! jgn takut dengan org yg busuk hati ni.Berbalooi ke tidak itu belakang cerita.Janji perjuangan menegakkan bangsa kita.
Semua Mahasiswa UiTM berada di belakang 10budak hitam, menyokong penuh usaha 10budak hitam.Teruskan membongkar!
Post a Comment