Dah terdengar yang YB ZAHIR ni menyalahgunakan peruntukan yang diberikan kepada EXCO. Peruntukan yang diberikan kepada ADUN. Apa yang saya faham, peruntukan-peruntukan tu sepatutnya YB salurkan kepada rakyat, kepada mereka yang benar-benar memerlukan, bak aspirasi DS Najib PM kita dengan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Jika hanya peruntukan yang YB gunakan untuk melobi jawatan KETUA PEMUDA PERAK membawa kepada kesalahan yang serius, yang tak seronoknya, untuk menjawat jawatan KETUA PEMUDA PERAK ni, YB ZAHIR bertindak sampai menipu DS Dr Zambry dengan mengatakan ada 14 KETUA PEMUDA BAHAGIAN menyokong beliau. Tak cukup dengan menipu MB, KP Bahagian-Bahagian juga YB ZAHIR pusing cerita mengatakan KONONNYA, MB bersetuju agar beliau menggantikan MASLIN SHAM. Tak terfikirkah dengan perbuatan sebegini, ianya menimbulkan kekeliruan .
Apa YB ZAHIR lupa kah bahawa untuk melantik KETUA PEMUDA NEGERI, haknya adalah kepada KETUA PEMUDA MALAYSIA selepas berbincang dengan PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN NEGERI.YB sedar tak yang sebenarnya YB bertindak dalam memecah belahkan serta meniup perasaan berpuak-puak apabila membuat cerita yang sedemikian rupa. Cukuplah berpuak-puak semasa pemilihan yang lalu. Jangan ditambah perasaan dan semangat itu.
Tidak cukup dengan jawatan KETUA PEMUDA PERAK yang terbaru untuk jawatan KETUA BAHAGIAN TAIPING. YB ZAHIR dikatakan giat menggunakan peruntukan yang diberikan dengan melobi Ketua-Ketua Cawangan di Bahagian Taiping dalam memastikan kemenangan YB untuk pemilihan yang akan datang. Almaklumlah, Dato' Shalimin pun lebih muda setahun dari YB ZAHIR.YB, YB.Age is just a number YB.Buktikan yang YB benar-benar layak, benar-benar boleh bekerja.Kalau setakat syok sendiri, merasakan YB lebih hebat dari semua orang, hentikanlah. Takut nanti, YB malu sendiri.
Dengar-dengar cerita, YB ZAHIR merasakan beliau lebih hebat dari Dato' Ketua Bahagian Taiping yang ada sekarang ni. Di mana hebatnya YB ZAHIR kalau PEMUDA TAIPING pun tak pernah dilihat kekuatannya.tak nampak kebersatuannya. Jangan masuk bakul, angkat sendiri YB ZAHIR oi...biarlah rakyat yang menilai.
Jangan nak berkahayal lagi YB. Jangan nak 'high' sendiri, lebih baik masa yang ada ni digunakan untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri. Sebelum terlewat, sebelum terlambat. Sedar-sedarlah YB ZAHIR!!!
8 Comments:
Saturday, January 02, 2010
Salam Tuk Hitam
..hamba pohon tuan pendekar..emm..halau mat2 niger tak sopan yang bermaharajalela kat Lembah Kelangni..hidup dah tak amanla Tuk...Bolehkan?
Saturday, January 02, 2010
Apa yg TM faham ialah YB Zahir tak berminat untuk jadi Ketua Pemuda Perak dan Tak minta untuk jadi Ketua Bahagian Taiping. Cukup lah dgn jawatan Exco tu.. Zahir dan Shakimin adalah team yg baik.Ketua Bahagian orang Keperat. lebih baik dia jaga busines dia saja,
Saturday, January 02, 2010
Untuk info semua..... TM telah mmerujuk kepada Ketua Penerangan Pemuda Umno Taiping Saudara Jeffry Rejab sebentar tadi dan inilah komen beliau "YB Zahir tiada kena mengena dengan isu yg dibangkitkan, ie dlm entry ini, isu melobi menjadi KP Perak & Ketua Bhgn UMNO Tpg serta hidup brmewah. Kita sedia maklum YB kini sedang sibuk menumpukan tugas beliau sebagai ADUN Kamunting & Exco Perak. Beliau komited dgn tugas beliau dlm mnjalankan usaha memajukan DUN Kamunting serta tugas beliau sbg Exco. Tak percaya? Tanyalah saya...... Jadi saya menyeru semua jgn percayakan propaganda ini. Buang masa shj baca entry ini... Kpd 10sibudakhitam, hentikanlah usaha ini krn ia boleh memecahbelahkan masy. & akhirnya bangsa kita juga akan brpecah belah. Kita perlu ada fakta sebelum menyampaikan hujah, tidak nanti akan dituduh memfitnah. Fitnah itu satu dosa. Bertaubatlah & bermuhasabah diri..... Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bhgn Taiping.
Saturday, January 02, 2010
TM, cerita yang dibawa oleh 10 budak itam ada faktanya. Sumber rapat UMNO Negeri telah menyatakan bahawa YB Zahir telah mengadap MB dan menyatakan bahawa 14 KP Bhg menyokong beliau sebagai KPN. Jelas di sini saya pun ingin mendengar reaksi dari mulut YB Zahir sendiri MENAFIKAN propaganda ini. Kalau benar 10 budak itam menipu fakta maka HAK YB Zahir untuk menafikan. TAk payahlah kita yang diluar cuba menegakkan benang yang basah. YB Zahir ada mulut jadi dia boleh JAWABKAN dan menafikan bahawa beliau ingin jadi KPN.
Monday, January 04, 2010
Tahniah orang KEMAS pandai buat blog...
Monday, January 04, 2010
Tunggu aper lagi hentam lagi lepas nie siapa lagi kita nak hentam.... Jangan bagi peluang...
Sunday, March 07, 2010
Kalau benar YB Zahir ada melobi untuk jawatan Ketua Pemuda Perak...Alhamdullillah>
Sudah sampai masanya...tepat sangat ketikanya...kerana ketidaktentuan hala tuju Pemuda Perak harus dihentikan segera.
Malah kalau ada mana-mana individu yang ingin melobi jawatan Ketua Pemuda
Malaysia...alhamdullillah....lagi baik...lagi afdhal.
Sebab Ketua Pemuda Malaysia sekarang ini bukanlah dari species perjuangan UMNO yang dikehendaki. Dia datang datang dari species Kalimullah dan Brendon Parera.
Hentikan segera...UMNO tak perlukan ketua pemuda macam ini.
Mazlin Sham tak bersalah apa-apa kalau beliau tidak mampu mengetuai pemuda Perak sebab dia dipaksa oleh Ketua Pemuda Malaysia memegang jawatan itu.
Inilah akibatnya dasar ketua pemuda Malaysia yang berpegang kepada "keinginan peribadi didahulukan...kepentingan parti di
lacurkan.
Saturday, June 01, 2013
We absolutely love your blog and find almost all of your post's to be just what I'm
looking for. Does one offer guest writers to write content for you personally?
I wouldn't mind writing a post or elaborating on a lot of the subjects you write regarding here. Again, awesome weblog!
Also visit my weblog - Aluminios en Toledo
Post a Comment