Terkejut 10SBH dengan kenyataan 'berkeyakinan penuh' yang dikeluarkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak. Ia dilihat hasil dari beberapa perkembangan terbaru di negeri Perak yang dikatakan sedang berlaku.
Turut dimanipulasikan, termasuk pertemuan Datuk Seri Dr Zambry dengan PM Datuk Seri Najib Tun Razak di Arab Saudi baru-baru ini sehingga. Bukan itu saja malah turut didakwa sanggup meninggalkan Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak. Ekoran dari tidak menghadiri persidangan itu, spekulasi "ada perkara yang lebih penting untuk dibincangkan dengan PM di Arab Saudi" menjadi mainan sekaligus angan-angan yang dilihat oleh Mohd Nur Amin. Butakah Mohd Nur Amin bahawa KM Melaka, MB Pahang serta beberapa Menteri yang lain turut bersama-sama di Arab Saudi.
Lebih meyakinkan 'fantasi' Mohd Nur Amin akan berlakunya pembubaran DUN Perak sekaligus akan berlakunya pilihanraya apabila Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengadap Seri Paduka Sultan Perak dalam satu majlis awal November lalu. Dikhabarkan juga, Pemuda PAS Perak yang 'bermimpi di siang hari' telah mengarahkan semua jentera Pemuda PAS khususnya Pakatan Rakyat bersiap sedia dengan pembubaran DUN Perak".
10SBH ingin menyatakan di sini, adalah lebih baik Pemuda PAS Perak agar bangun dari imaginasi kerana imaginasi itu melekakan anda!
21 Comments:
Tuesday, January 19, 2010
salam,
luncai! terjun dengan labu-labunya.. biarkan!!!
Tuesday, January 19, 2010
salam,
biarkan tetap biarkan, cuma perlu ingatkan pd semua inilah dakyah pembangkang yang xpernah sunyi melontarkan tohmahan dan putarbelit.
Tuesday, January 19, 2010
PAS HANYA HamPAS, Haprak..puih. Poorahhh.
Tuesday, January 19, 2010
Perh... banyak negeri nak buat PRK negeri ni. Pahang, Melaka, Perak....
Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan tak mahu turut serta ke??? Kenapa Perak je dikaitkan dengan PRK dalam masa terdekat ni si Amin oooiii.... Dah meroyan nak PRK macam si Cina Aslam dan Nijar da Mangkey ke???
Tuesday, January 19, 2010
Bagi saya...ini adalah satu kaedah untuk membakar semangat penyokong supaya bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan.Propaganda ini untuk mengelakkan pengikut mereka tertidur....Jadi...janagan pulak kita yang tidor...
Tuesday, January 19, 2010
SLM BRO..SEPERTI BIASA DIORANG NAK BIKIN GEMPAK LAGI. MEROYAN TAK HABIS2. SELAGI OTAK BELUM ROSAK SELAGI TU DIORANG MELOLONG SAMPAI KE PAGI KEHKEHKEH..BIARKAN..BIARKAN!
Tuesday, January 19, 2010
Pakatan Rakyat telah tiada idea untuk berkarya... Biarlah asal kita tidak terpedaya dengan mainan mereka.
Tahniah 10 sibudak hitam.
Tuesday, January 19, 2010
kalau berlaku pun pembubaran DUN mereka ingat mereka boleh menanag ke!!!!! depe ni tak de koje lain,tau depe nok ngabih duit rayat je...siang malam pagi petang subuh dinahari dlm kepale depe bubar DUN!!!!....gamok nye kalau meke maseh merentoh perok harus semua tanoh orang melayu perok di bagi perabih kat cina....melayu pero harus duduk dlm sungai perok berakit....simpang malikat 44 jgn lah bagi kat deme doh merento perok ni...kami dah selesa dgn BN!!!! ....SHERRY SAID
Wednesday, January 20, 2010
Salam Yeop Parit.
PAS ITU ISLAM, UMNO JUGA ISLAM. 10SBH menyokong kesepaduan!
Hi shonzu,
Kerana Pakatan masih tak boleh terima hakikat Perak maju dibawah BN.
Salam M.Saad,
10SBH setuju kenyataan mike! Penyokong2 Kerajaan, bangun! bangun! kerana matahari yang terbit esok tidak semestinya cerah bercahaya seperti hari2 biasa.
Salam Jeffry,
Pakatan akan buat apa cara sekalipun untuk dapatkan balik PERAK. Semua rakyat celik sekarang. Insyallah,kerajaan di jalan yg benar untuk terus berkhidmat demi negeri yang tercinta.
Salam pejuang\\\,
Setuju bro .. Jangan terpedaya..DAN JANGAN TERLENA DIBUAI MIMPI INDAH.
Salam Sherry Said,
Itulah agenda utama mereka sehinggalah PRU13 nanti. Selagi pembubaran DUN tak dpt mereka kecapi,selagi tu bermacam2 strategi akan mereka gunakan. Sebagai bloggers mahupun rakyat, hendaknya kita jgnlah ambil pendekatan yang sama utk menimbulkan huru-hara.Kita ikut saluran yang betul dan insyallah, Allah sentiasa bersama org yg benar.
Wednesday, January 20, 2010
Sahabat bloggers,
Sekupangdua telah mengistiharkan perang ke atas blogger Parpukari di Perak. Layari blog beliau di http://sekupangduas.blogspot.com/2010/01/sekupangdua-isytihar-its-war-perangi.html
Selaku bloggers yang bernaung di bawah Bloggers Jati anak Perak, kita seharusnya bersatu membantu bro otai kita ini.
Wednesday, January 20, 2010
Alah PAS ni kecoh je lebey!
Sembang kasi orang bembang!sudah la Nizar oi..benor la kata deme..kamu ni jenih tak tau diuntung.Dulu elok je kamu tolong org melayu..skrang kamu kawan pulak dgn cina..habih rete tanah anak cucu aku..ngancuk tui!
Wednesday, January 20, 2010
Salam Mahasiswa,
Apa kesannya?
1.Perbelanjaan untuk mengadakan pilihanraya yg tinggi
2.Sultan Perak tidak memperkenan pembubaran DUN.
Sultan juga ada hak untuk perkenan orang lain jd MB.Yang pasti bukan NIZAR.
Thursday, January 21, 2010
salam ziarah sini, wah semangat anda dalam menegakkan satu Malaysia...Bagi saya sebagai bukan politik setiap perkara perlu dimuhasabah dahulu dan mencari apa puncanya
Thursday, January 21, 2010
Salam teropongalam,
Insyallah,10SBH akan cuba menghubungi Sdr. sekupangdua utk penjelasan lanjut.
Salam Mahasiswa,
Setuju dgn mike!
Salam Ustaz Nor Amin,
Terima kasih jenguk2 ke 10SBH ni.Setuju pandangan Ustaz.Islam sendiri tidak galakkan kita bermusuhan sesama Islam. Dan 10SBH menyokong penuh usaha DS Najib utk laksana kerajaan Perpaduan.Bagaimana pandangan Ustaz apabila PAS menolak pelawaan Kerajaan untuk bergabung membentuk Kerajaan ISLAM yang kuat?
Thursday, January 21, 2010
Tak habis2 PR giler ni nk bubar DUN.Giler kuase meroyen ke kome weh!
Saturday, January 23, 2010
PDRM pergiat daftar MYKAD,Apa rahsia sebaliknya..??
Sya reformis
Dari pagi tadi sya mendapat perkabaran mengenai isu terbaru yang mana sehingga kini telah dapat dikesan beberapa kawasan disekitar Perak malahan seluruh Negara mula menerima permohonan membuat MYKAD oleh anggota-anggota Polis yang mana ia kononnya disebabkan oleh keputusan Kerajaan bagi menetapkan penerimaan subsidi minyak kepada pengguna MYKAD menjelang Mei nanti.Usaha ini dilihat sebagai satu lagi gerakan halus bagi memeperdaya dan mempergunaankan kesempatan dalam pilihanraya nanti.
Bagi Sya ia merupakan sesuatu yang tidak relevan yang mana ia dilihat sebagai satu propaganda yang dirancang bagi memeperdayakan rakyat dengan momokan dan setersnya mereka akhirnya mengambil kesempatan berhubung hal tersebut.Namun sya melihat perkara ini sedikit berbeza iaitu dari apa yang dilakukan maka kita dapat membuat satu andaian yang jelas bahawa ia merupakan satu lagi ketakutan kritikal UBN dalam menghadapi Rakyat pada Pilihanraya ke 13 dan sekiranya Pembubaran Dun Perak berlaku.
Kekalutan intitusi UBN ini yang telah 52 tahun memerintah dengan kemenangan yang acap kali disebabkan oleh kekotoran dan permainan jijik mereka selalu direlakan oleh pihak pembangkang walaupun pihak pembangkang sering memberikan tekanan kepada mereka ,namun ia sesuatu yang direlakan dan kebangkitan pembangkang itu dirangka pada setiap kali pilihanraya dan hasilnya 52 tahun kesabaran mereka dibalas dengan satu kemenangan pada tanggal 8 march 2008,akan tetapi ia dirampas oleh UBN selepas mereka melihat saat -saat terakhir nafas kekuatan mereka akan direntap dan dipadamkan api kemarakan mereka oleh rakyat.Mungkin ini yang dikatakan apabila kuasa menjadi sebati maka rasionalnya hilang dan memungkinkan seribu perbuatan dan kemungkinan.Oleh itu ia memeperlihatkan kelemahan UBN dan seterusnya kekuasaan Nafsu menjadi peanduan sehinggakan perbuatan itu menghalalkan cara.
Namun yakinlah bahawa gerakan ini akan dipatahkan oleh Rakyat dan Pejuang-pejuang kebenaran,jika selama ini rentak dan corak pembangkan sedikit perlahan dan lembut ia akan diatur semula agar ia nampak lebih kosisten dan mantap agar keyakinan Rakyat itu kembali dan menyerap bersama semangat keadilan dan ia akan diterjemahkan dengan baik dalam pilihanraya ke 13 nanti.
Jika selepas ini setiap dari kita telah memegang MYKAD maka sya mengusulkan juga untuk dimansuhkan Undi Pos dan setiap mereka yang mempunyai MYKAD diberikan hak dan tanggungjawab yang sama untuk mengundi sebagai rakyat biasa dan tiada lagi tekanan kepada anggota -anggota keselamatan apabila tiba waktu mengundi.Ini kerana sebelum ini kesemua anggota keselamatan ditakutkan dengan cerita dan mitos bahawa setiap undi mereka yang mengundi pembangkang akan diketahui oleh pihak atasan hasil dari pengundian menggunakan kad kuasa yang sememangnya mempamerkan mereka sebagai anggota keselamatan.Dan selepas ini setelah memiliki MYKAD maka tiada lagi tekanan dan status mereka sebagai anggota keselamatan yang mengundi pembangkang juga akan dirahsiakan.
Akhir sekali sya ingin ajukan pertanyaan bahawa ADAKAH INI SATU LAGI TANDA BAHAWA PEMBUBARAN PARLIMEN JGA SEMAKIN HAMPIR..????
Saturday, January 23, 2010
Konspirasi SPR-BN di Perak
Mat Saman Kati
Dalam siri “Siapa Aku” dulu, aku pernah tulis tentang macam mana aku pernah jadi ‘konsultan’ macam mana nak memenangkan sesuatu calon itu dengan mengunakan strategi ‘pindah undi’.
Bila aku bagi tau kat petugas PKR atau PAS tentang macam mana ianya dilakukan, depa bukan nak percaya apa yang aku cakap…sebaliknya depa kata aku SB. Bila bukan musim pilihanraya…semua dok kalut dengan ceramah dan makan malam…cari duit. Bila tiba musim pilihanraya…baru kelam kabut…bila nama pengundi-pengundi dah hilang atau dipindahkan. Baru ada akai! Puluh kali aku dok kata SPR memang kaki belit..hangpa tak mau percaya.
Hari ini aku ada contoh yang cukup baik macam mana Umno buat kerja dengan bantuan SPR. Begitu jugak kesilapan Pas dalam strategi kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.
DUN N36 Pengkalan Baru dalam Parlimen P68 Beruas bersempadan dengan DUN N15 Trong dalam Parlimen P59 Bukit Gantang.
Daerah Mengundi (DM) N36/08 Ulu Bruas dalam DUN Pengkalan Baru bersempadan dengan Daerah Mengundi (DM) N15/13 Batu Hampar dalam DUN Trong.
Pengundi-pengundi di Kampong Padang Serai dan Batu Hampar menjadi pengundi cacamarba. Ada yang mengundi di DUN Pengkalan Baru dan ada yang mengundi di DUN Trong.
DUN Trong adalah kerusi tradisi Pas. Manakala DUN Pengkalan Baru bertukar tangan sejak tiga pilihanraya yang lepas. Tahun 99, Pas bertanding di Pengkalan Baru. Bila Pas bertanding, orang PKR merajuk. Akhirnya BN menang.
Tahun 2004, PKR pula bertanding di Pengkalan Baru. Bila PKR bertanding, Pas merajuk. Akhirnya BN menang. Bukan setakat itu, ada pengundi PAS Pengkalan Baru yang berpindah tempat mengundi ke Trong selepas 2004 kerana merasakan bahawa kerusi Pengkalan Baru akan kekal ditangan PKR. Lebih baik mengundi calon Pas di Trong daripada mengundi calon PKR di Pengkalan Baru.
Tahun 2008, Pas pula bertanding. Bila Pas bertanding, PKR pula merajuk. Bukan setakat calon PAS tak dapat undi dari orang PKR, malah PAS juga kehilangan pengundinya yang telah berpindah ke Trong. Akhirnya calon PAS tewas dengan 14 undi.
Itu cerita PAS dan PKR. Kalau hangpa tak mau berpakat…mampuih pi la.
Ini cerita orang Umno pulak.
Dalam pilihanraya 2008, BN mendapat 5375 undi dan PAS mendapat 5361 undi. Majoriti yang diperolehi oleh BN hanyalah 14 undi. Kata orang Perak…cupui.
BN tahu…kedudukan ini tak selamat. Oleh itu, sokongan terhadap BN perlu ditingkatkan manakala sokongan terhadap Pas perlu dikurangkan. Salah satu caranya ialah dengan menambah pengundi BN dan menyingkir pengundi PAS.
Sekiranya 50 pengundi PAS dapat disingkirkan dari Pengkalan Baru, maka BN akan mendapat 64 undi majoriti. Dan kalau 50 pengundi BN dapat dimasukkan kedalam DUN Pengkalan Baru, majoriti akan meningkat kepada 114 undi. Tak susah buat kerja ini….tak payah merayu undi, tak payah gantung poster…tak payah buat ceramah.
Cuma pindahkan pengundi dengan bantuan SPR. Dan kawasan-kawasan tumpuan adalah kawasan-kawasan yang bersempadan.
Dalam pilihanraya 2008, Pas mendapat 127 undi di Daerah Mengundi Ulu Bruas. Kampong Padang Serai dan Batu Hampar terletak ditengah sempadan Pengkalan Baru dan Trong. Kalau dicampakkan 50 pengundi-pengundi PAS dari kampong ini ke DUN Trong, sekurang-kurangnya dapat membantu Hamdi untuk menang dalam pilihanraya akan datang.
50 orang Pas yang dicampakkan ke DUN Trong tidak memberikan kesan besar kepada Calon BN di Trong kerana mereka mendapat majoriti selesa dalam pilihanraya lepas. Tetapi memberikan kesan besar kepada calon BN di Pengkalan Baru.
Itu cerita bagaimana nak pindahkan pengundi. Tapi sekarang SPR bukan sahaja memindahkan pengundi, malah kampung pun boleh dipindahkan!! Tak perlu pindah sorang-sorang….pindah satu kampung kalau dikenali kampung itu menyokong Pakatan. Dan mereka lakukan bila dah dekat dengan pilihanraya. Tak ada masa nak perbetulkan kesilapan.
Saturday, January 23, 2010
Dalam semakan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009, Kampung Padang Serai dan Batu Hampar masih didalam DUN Pengkalan Baru.
Dalam semakan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2009, Kampung Padang Serai dan Batu Hampar masih didalam DUN Pengkalan Baru.
Dalam semakan Daftar Pemilih Suku Tahun Ketiga 2009, Kampung Padang Serai dan Batu Hampar masih lagi didalam DUN Pengkalan Baru.
Tetapi dalam bulan Disember 2009….Kampung Padang Serai dan Batu Hampar telah hilang!!! Pi mana? Semua pengundi dikedua-dua kampung ini telah dipindahkan ke DUN Trong dalam Parlimen Bukit Gantang. Ada kat sini.
Bila perkara ini dibuat pada saat akhir sebelum mengundi, ramai pengundi di kedua-dua kampung ini akan keliru. Pasai apa setiap kali mengundi…depa mengundi di Pengkalan Baru, tapi tiba-tiba dalam pilihanraya akan datang ini, depa kena mengundi di DUN Trong?
Aku boleh cerita macam-macam tentang strategi BN untuk menang dengan menggunakan SPR ataupun Jabatan Pendaftaran Negara…tapi apa guna kalau Pakatan sendiri tak mau buat kerja.
Berapa ramai ahli PKR yang tak mengundi? Mengejutkan.
Team UREKA membuat sedikit kajian rambang. Nak buat macam Merdeka Center tak ada duit. Lagi pun kami buat selepas kerja.
Dari 466 ahli PKR disatu kawasan Parlimen, (aku tak mau sebut kat mana…) hanya 198 yang mengundi dikawasan tersebut. 96 tidak mendaftar ataupun nama mereka tidak ada dalam senarai daftar pemilih. Manakala selebihnya mengundi di tempat lain. Macam mana nak menang? Hangpa buat la GEGAR ka…LANGGAR ka…Ceramah Perdana ka….tapi kalau ahli sendiri tak mengundi…nak menang macam mana?
Tunggu…lepas ni aku nak cerita macam mana SPR permainkan pengundi di Kuala Kangsar dan Padang Rengas.
Saturday, January 23, 2010
Adakah ini tandanya BLOGGERS NETWORK PERAK dibayar semula?
Fikir2kanlah ..
Tuesday, January 26, 2010
Keputusan pertikaian jawatan MB Perak 9 Februari
PUTRAJAYA: Hampir setahun pertikaian isu Menteri Besar Perak tercetus, Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusannya pada 9 Februari ini sama ada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal dalam jawatan itu atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat kembali jawatannya.
Keputusan itu amat ditunggu-tunggu kerana ia akan menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negeri itu atau kembali kepada pemerintahan pakatan Pas, DAP dan PKR.
Panel lima hakim yang bersidang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.
Empat lagi terdiri Ketua Hakim Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Peguam Leong Cheok Keng, dari pasukan peguam bela Mohammad Nizar, berkata beliau menerima faks dari pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 11.20 pagi tadi memaklumkan kepada beliau mengenai tarikh tersebut.
Panel lima hakim yang bersidang telah menangguhkan keputusan kes itu pada 5 November lalu setelah selesai mendengar hujah.
Isu mengenai siapakah Menteri Besar Perak yang sah tercetus tahun lalu selepas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Keadilan Rakyat dan daripada DAP, keluar parti masing-masing bagi menyatakan sokongan kepada BN, menyebabkan kerajaan pakatan itu tumbang.
BN dan PR masing-masing mempunyai 28 Adun tetapi BN mengambil alih pemerintahan negeri hasil sokongan tiga wakil rakyat itu.
Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar, 52, meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan kemudian melantik Zambry sebagai Menteri Besar pada Februari tahun lalu selepas mengisytiharkan BN mempunyai majoriti dalam DUN.
Mohammad Nizar, Adun kawasan Pasir Panjang mengambil tindakan undang-undang pada 13 Februari tahun lalu, memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
Pada 11 Mei tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.
Bagaimanapun, keputusan mahkamah itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 22 Mei tahun lalu yang mengisytiharkan pelantikan Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan. - Bernama
10SBH berpendapat sekiranya keputusan tidak menyebelahi DS Zambry, penyokong-penyokong haruslah menjaga tatasusila dan tidak terlalu mengikut emosi ketika keputusan diumumkan. Kita ikut prosedur yang betul.
Tuesday, January 26, 2010
Aku berharap Zambry tumbang kerana dialah menyara si Parpukari bloggers paling teruk di alam maya. Sedarlah DS Zambry, dulu kita cakap dengan baik suruh kao balun si mamak gemok ni masuk ke dalam kolam air di Jelapang tu kao membisu. Sekarang orang yg dulu sokong kao pun dah meluat dengan telatah gandingan papukeri-hamidah ni.
Post a Comment