10 SBH berasa teruja dengan pengumuman yang telah dibuat oleh DS Dr. Zambry bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menyenaraikan kesemua pencapaian parti itu selama 11 bulan memerintah Perak dalam usaha membawa perubahan dan reformasi kepada rakyat.
Pencapaian itu juga merangkumi usaha yang telah membawa manfaat kepada rakyat dan negeri. Selain itu juga, senarai tersebut sudah siap dan lengkap serta akan didokumentasikan untuk diedarkan kepada seluruh rakyat negeri Perak.
“Bagaimanapun, ia bukan berniat untuk membuat perbandingan prestasi kita dengan pihak lain, tetapi semata-mata mahu rakyat menilai sendiri bagaimana kita telah berlaku adil sejak kembali memerintah,”
10SBH tak sabar untuk melihat kepada pencapaian yang telah dicapai oleh Kerajaan BN yang telah kembali semula memerintah. Terima kasih kepada DS Dr. Zambry kerana "Rakyat diberi hak menilai kepimpinan Kerajaan Negeri".
7 Comments:
Friday, January 15, 2010
Semoga DS dapat memerintah dengan lebih tekun dan berusaha sedaya mungkin utk memajukan negeri tercinta ini.
Saya setuju tindakan kerajaan memberitahu pada semua rakyat jelata apakah senario yang berlaku sepanjang DS menerajui negeri ini.Sedikit sebanyak ia akan membuka mata pembangkang dan rakyat yang sentiasa mahukan kerajaan pimpinan DS tumbang dan tersungkur.
Insyallah,sekiranya DS berusaha gigih,rakyat akan nampak dan dapat menerima kerajaan BN seadanya.
Friday, January 15, 2010
Kami penduduk taman sentosa sentiasa dibelakang MB!
Jelaskan semua usaha-usaha kerajaan untuk rakyat menilai sendiri hasil usaha kerajaan BARISAN NASIONAL.
Friday, January 15, 2010
SAYA SETUJU!
SEBAGAI SEORANG PELAJAR YANG BERADA JAUH DARI NEGERI TERCINTA INI,SAYA MENGALU-ALUKAN DR ZAMBRY MEMBUAT KRONOLOGI MAHUPUN PENDEDAHAN APA YANG KERAJAAN BUAT SEPANJANG MEMERINTAH.
SEKURANG2NYA RAKYAT YANG BERADA DILUAR PERAK JUGA DAPAT MENGETAHUI SECARA LEBIH JELAS USAHA KERAJAAN NEGERI.
PERAK AMAN JAYA!
SALAM MAHASISWA
Friday, January 15, 2010
Mengapa perlu masuk bakul angkat sendiri? 11 bulan kerajaan haram BN memerintah Perak tanpa sebarang gangguan pentadbiran dari Pakatan Rakyat. Akan tetapi 11 bulan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, BN menggunakan taktik kotor dengan memburukkan serta memboikot serta menafikan segala usaha YAB DS Nizar seperi membawa masuk pelabur ke negeri Perak.
Pandangan saya, kita seharusnya menilai dengan mengunakan akal bukan mengampu sehingga merosakkan keharmonian seluruh bangsa di negara ini.
Takbir 3x
Friday, January 15, 2010
Assalamualaikum saudara PAS TAMBUN,
Benarkah tiada gangguan dari pakatan?
10SBH senaraikan disini yang mana 10SBH ingatlah...
1)Dikala DS Zambry merancang untuk pembangunan negeri perak,isu turun naik mahkamah dalam menetapkan MB yang sah seperti tiada berkesudahan kerana DS Nizar membantah perkenan Duli Tuanku melantik DS Zambry MB yang sah.Proses yang berlarutan ini sedikit sebanyak mengganggu urusan MB untuk melaksanakan pelbagai agenda yang telah dirancang.
2)Dikala pembentangan bajet negeri hendak dilakukan pd SIDANG DUN KE 2,sekali lagi pakatan bertindak memboikot dan mengganggu kelancaran pembentangan dimana DS Zambry terpaksa meringkaskan ucapan sehingga rakyat tidak dapat maklumat dengan lebih terperinci berkenaan bajet negeri.
3)Pada bulan ramadhan baru2 ini,pakatan dan penyokong sekali lagi bertindak mengganggu Pejabat SUK sehingga memaksa Polis dan FRU menyekat jalan di pintu masuk SUK.Ini sekaligus mengganggu perjalanan tugas kakitangan kerajaan di dalam bangunan amnya dan kelancaran urusan MB umumnya.
Itu antara peristiwa2 seingat 10SBH lah.Ada banyak lagi sebenarnya.Walaubagaimanapun saudara PAS TAMBUN, blog 10SBH disini bkn diwujudkan untuk melaga2kan atau memusuhi sesiapa lebih-lebih lagi saudara seIslam yang mana kita dituntut untuk saling bekerjasama dan bersatu-padu dalam meniti kehidupan kita seharian.
Blog 10SBH diwujudkan atas dasar sayangkan Negeri Perak tercinta ini dan 10SBH sendiri akan membongkar salah laku kakitangan kerajaan mahupun EXCO negeri sekiranya mempunyai bukti2 kukuh untuk disebarkan pada umum.
Marilah kita sama-sama tidak kira Kerajaan mahupun Pakatan, membangunkan negeri ini dan ketepikan soal kepartian politik seketika supaya kerajaan kini dapat mentadbir dan menjalankan tanggungjawab mereka dan sekaligus memastikan rakyat Perak dapat faedahnya dan hidup aman tenteram seperti yang dikehendaki oleh semua manusia.
Soal ampu mengampu atau kata-kata yang boleh menyinggung perasaan saudara seIslam, seboleh-bolehnya kita elakkanlah kerana ia takkan menyumbang kearah kebaikan pun.
Sekali lagi sekiranya ada kata2 10SBH yang menyinggung mana-mana pihak,10SBH menyusun sepuluh jari mohon maaf kerana yg baik tu dtgnya dari Allah, dan yang tak elok tu dari 10SBH sendiri.
Friday, January 15, 2010
Salam Al-Ukhwah dan Mahasiswa,
Insyallah, kita tunggu dan lihat apakah kronologinya dan apakah yang telah dibawa Kerajaan BN Perak selama 11 bulan ini.
10SBH akan keluarkan artikel sebaik sahaja DS Zambry mengumumkannya kelak.
Tuesday, January 26, 2010
BN bawa pelaburan Vale ke Perak: Dr Zambry
IPOH: Barisan Nasional (BN) menafikan pelaburan syarikat Vale do Rio Doce (Vale) dari Brazil bernilai RM16 bilion dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat semasa mereka mentadbir Perak selama 11 bulan bermula akhir Mac 2008.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kertas cadangan pelaburan syarikat perlombongan bijih besi kedua terbesar di dunia itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat exco pada awal 2008 sebelum Pilihan Raya Umum 2008 pada Mac.
Katanya, mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali sebelum perbincangan dihentikan selepas pertukaran kerajaan kepada Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, pemimpin Pakatan Rakyat cuba menipu orang-ramai dengan berceramah dan mendakwa mereka membawa masuk pelaburan syarikat itu yang akan mendirikan kilang pelet bijih besi di Manjung.
"Semua ini bermula pada zaman BN. Kemudian prosesnya disambung dan tidak dilaksanakan apa-apa (ketika kerajaan Pakatan Rakyat). Sekarang kita melaksanakan semula.
"Mereka jangan nak bohong rakyat. Baik buat kerja tolong rakyat.
"Kita sudah bincang pelaburan Vale dalam mesyuarat exco awal 2008," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Siri Pertama Forum Duta anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan Invest Perak di sini, hari ini.
Berita Harian pada 15 Mac 2008 yang memetik laporan Reuters dari Rio De Janeiro mengatakan Vale merancang membina kilang pengeluaran palet di Malaysia dengan kapasiti pengeluaran antara enam juta hingga tujuh juta setahun yang akan menggunakan bijih besi dari Brazil sebagai sumber bahan mentahnya.
Post a Comment