Pada 9 Feb yang lalu,mahkamah telah memutuskan DS Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.10SBH tertarik dengan pandangan dari Menteri Besar Kedah dari PAS yang menyarankan penyokong-penyokong supaya menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Inilah sifat yang barangkali dapat meyakinkan rakyat bahawa PAS adalah Parti Islam yang memperjuangkan Islam tanpa wujud sentimen kepartian dalam setiap tindak tanduk mereka.Sikap sebegini lah yang akan membawa rakyat terutamanya umat Islam kearah perpaduan dan kesepakatan.Tetapi,lain pula terjadi di Perak.
Selepas keputusan tersebut, satu demi satu tindakan Nizar dilihat tidak selaras dengan visi dan misi Parti Islam tersebut. Sudahlah tidak menerima keputusan mahkamah,malah dihina nya pula.Dan yg terbaru apabila konco-konconya menyimbah cat di kain rentang yang menjemput rakyat ke Majlis Kesyukuran baru-baru ini seperti yang dilaporkan blogger Jahat ini.
Majlis kesyukuran Menteri Besar Perak DICONTENG.10SBH ingatkan semua, INI BUKAN SUARA RAKYAT PERAK!
DS Zambry bersyukur,mendoakan kesejahteraan Rakyat Perak dan memohon supaya Rakyat bersatu padu tetapi lain pula doa SI PENGKHIANAT PAKATAN. Ini satu perbuatan VANDALISME YANG JAHAT.
Jika Nizar MB, agaknya inilah antara contoh jemputan yang akan dibuat kain rentang ye?
Gambar-gambar diatas menceritakan segalanya.Dalam era serba canggih kini,masih ada lagi rupanya insan-insan yang tidak terdidik sewajarnya. Benarlah kata orang, jika ayah seorang Ustaz atau Tok Imam tidak semestinya mewariskan sifat terpujinya kepada anaknya.Mungkin inilah yg terjadi kini apabila ilmu agama yang dicurahkan tidak dapat berkat. Ingatlah,kita yang mencorak anak kita samada baik atau buruknya sifat apabila dewasa kelak.
Slogan 1Malaysia dilaung-laungkan dalam mengembalikan persaudaraan antara umat Islam di Malaysia.Kerajaan perpaduan dicadangkan dan diterima baik oleh UMNO.Kesepakatan dan mencari titik pengakhiran telah termakbul melalui mahkamah.Tolak ansur Kerajaan dalam mendengar masalah rakyat tidak kira fahaman parti, PAS,DAP,PKR,BN dan Berkecuali..semuanya mendapat layanan yang sama.TETAPI, mengapa individu-individu cerdik pandai ni masih lagi berkeras dan mengharu birukan rakyat negeri ini?
Jangan letakkan segala vandalisme dan niat busuk segelintir rakyat ini sebagai SUARA RAKYAT PERAK. Rakyat Perak tidak bodoh dalam menilai mana kaca dan mana permata.Jenuh mak bapak kita bergolok bergadai menghantar anak-anak mereka ke universiti.Anak Jati Perak bukan BODOH! Janganlah kamu memperBODOHkan rakyat Perak ini demi memenuhi agenda peribadi kamu.Berita terkini dari Pulau Pinang apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul di negeri itu.Begitulah sandiwara DAP apabila telah mendapat kuasa. Nah! Bukti sudah jelas di depan mata.Masih tak nampak kah lagi barisan pimpinan PAS? Butakah atau buat-buat buta wahai penyokong pakatan? Terlajak perahu boleh diundur,tetapi jika terlajak mengundi..tergadailah maruah orang Melayu di bumi sendiri.
SUMBAT KE I.S.A JE DIORANG NI !
Kain rentang ucapan Selamat Hari Raya yang digantung di jalan masuk ke Pasar Batu Gajah dekat sini disembur cat hitam pada mukanya dan menulis kata-kata yang menghina. Inilah sifat SEBENAR penyokong PAS!
Niat Murni YB Midah untuk menyampaikan bantuan kepada masyarakat di Masjid Kampung Sri Jaya DICONTENG OLEH PENGKHIANAT PAKATAN.
Kesimpulannya, setiap tindakan JAHAT pembangkang bukanlah SUARA RAKYAT PERAK. Ia hanya melibatkan segelintir individu yang kurang didikan agama dan menyembah DAP dalam setiap tindakannya. Kami seru pihak bertanggungjawab agar bawa kes ini ke muka pengadilan kerana sikap VANDALISME individu ini AKAN MENGHANCURKAN BUKAN SAHAJA HARTA BENDA TETAPI YANG LEBIH MEMBIMBANGKAN, IA AKAN MENANAMKAN SIFAT BENCI SESAMA UMAT ISLAM!
8 Comments:
Sunday, February 14, 2010
tidak lah menghairankan sangat, orang gila talak ni selalunya memang hilang akal.....Tapi aku bangga dengan penduduk pulau pangkor, pada hari pengumuman pengesahan Zabry sebagai MB Perak, depa ramai-ramai dok edar gambar MB Perak (Dr. Zambry) untuk digantung di dinding rumah depa, tak kira Melayu,Cina atau India. Semua bangga ADUN depa jadi MB yang sah.
Sunday, February 14, 2010
Salam bro, beginilah pemikiran puak-puak mereka ini.... gambar Nik Aziz terpampang seluruh Kelantan, tak de pun puak-puak UMNO nak tunjuk tidak berotak....... ni lah nilai yang ada pada mereka....
Sunday, February 14, 2010
Inilah kerajaan UBN, upah pencacai simbah cat kemudian tuduh PAS yang melakukan. Namun yang pasti, Rakyat tidak menerima kerajaan UBN.
Monday, February 15, 2010
wah wah..bagus juga tuduhan kata upah pencacai simbah cat sendirik ek? Apa untungnya pd UBN buat gitu? Nk carik point hentam pakatan? Takkanlah nak ngajak kenduri kesyukuran pn nak sabotaj orang..
Lu Pikirlah Sendirik..
Monday, February 15, 2010
KALAU GAMBAR PEMIMPIN UMNO DICONTENG PUN PUAK DAN JUAK PAS DAN PKR AKAN KATA INI ADALAH ANGKARA UMNO UNTUK MENGALIHKAN ISU
PEMIMPIN PAS DAN PKR / DAP MEMANG JENIS MANUSIA YANG TIDAK MENERIMA KEBENARAN DAN SUKA MEMBELIT KEBENARAN
CUMA PENGIKUT MEREKA YANG BEBAL SAHAJA AKAN PERCAYA KATA-KATA MEREKA INI
Monday, February 15, 2010
Kalau Zambry berani dan rasa dia di pihak yang benar maka bubarkan DUN. Biar rakyat menentukan. Percayalah kepimpinan PAS di Perak di Rahmati Allah. Bila mana PAS menjadi Menteri Besar Perak, negeri ini aman dan jauh dari gejala maksiat. PAS berjaya memimpin Perak.
Tuesday, February 16, 2010
Salam,
aku sokong PAS tambun bubar DUN biar cina memerintah jd mcm penang kena kencing tiap2 hari.
Wednesday, February 17, 2010
Masa si Nizar jadi MB Perak dulu..., dan orang2 PAS berteriak & bertakbir keseronokan , aku asyik teringat kata2 orang tua2....:
"Menang sorak, kampung tergadai"... macam Pak Kadok ...
Sekarang, alhamdulillah.., Allah telah mentakdirkan 3 orang ADUN tu melompat keluar dari PR.., mereka hilang kuasa, dan puak2 PAS menggigit2 jari, menconteng2 poster.. Biasa lah..., orang nak buang tabiat, dah nak mati...
Nak tegakkan hukum Allah kunun..., tapi takdir Allah tak nak terima...
Citt...
Post a Comment