-------------------------------------------------- --------------------------------------------------
Makluman : Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk di TERJAH, di BONGKAR atau di KERJAKAN, sila KLIK SINI atau scroll terus ke bawah blog untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH). --------------------------------------------------

BLOGGERS NETWORK @ PERAK

MENJELANG 9 FEB : DEBAT BAHALUL SI MISBAHUL

~


10SBH tertarik tentang cabaran debat yang telah dikeluarkan oleh setiausaha PAS Perak, si Misbahul Munir cabar Dr Zambry untuk berdebat. Persoalan di fikiran 10SBH tika dan saat ini, sekiranya debat yang dicadangkan ini dapat direalisasikan, APA FAEDAHNYA KEPADA RAKYAT?

Adakah keinginan untuk mengadakan debat itu hanya semata-mata untuk MEMBUKTIKAN SIAPA YANG HEBAT, atau untuk membuktikan  SIAPA YANG PANDAI BERPURA-PURA, MEMUTAR BELITKAN cerita!!!

Untuk apakah perlunya diadakan debat itu jika hanya untuk memuaskan kehendak anda wahai si Misbahul Munir. Bagi 10SBH, gelanggang debat bukan tempatnya untuk kita tunjukkan kehebatan masing-masing, sebaliknya usaha dan kerja yang kita lakukan untuk kesejahteraan dan keselesaan rakyat. Itu yang sebaiknya.

Ada juga 10SBH dengar bisik-bisik dari rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat bahawa si Misbahul Munir ni, tidaklah sehebat mana. Tidaklah sehebat yang disangkakan oleh dirinya sehingga ada yang menyatakan dia tak mampu untuk berdebat. Setakat hanya nak mencabar, mengumpan dari luar dan akhirnya akan diberikan tugas tersebut kepada orang lain akibat dari ketidak mampuan diri sendiri yang masih tidak dapat diterima.

Adalah lebih baik digantikan dengan muzakarah kerana ia adalah langkah terbaik dalam mencari kesepakatan untuk formula penyatuan orang Melayu di negara ini. Tidak dengan berdebat kerana akhirnya tidak akan berkesudahan dengan kata sepakat. Walaubagaimanapun, muzakarah pun tak dilakukan perlu kalau hanya ingin membincangkan soal pembubaran DUN. Jika muzakarah untuk PENYATUAN MELAYU, 10SBH menyokong penuh dengan tindakan itu dengan SYARAT, TIADA CAMPURTANGAN DARI PKR atau DAP.

Ds Zambry tidak perlu melayan keranah si Misbahul Munir untuk mengadakan debat kerana PAS tidak pernah jujur menyelesaikan kekalutan politik khususnya membabitkan SURVIVAL orang melayu.Pendapat 10SBH, semua ini dibuat menjelang keputusan mahkamah persekutuan 9 Feb ini, Nizar dan konco-konconya akan mencari pelbagai helah untuk membuktikan kepada rakyat Perak bahawa PAS masih relevan termasuk mengajak DS Zambry berdebat.

10SBH tahu, makna lain bagi berdebat ialah berbahas. Tapi berdebat mempunyai makna lebih mirip kepada 'berlawan', yakni kedua-dua pihak saling memberikan hujah atau pendapat, di samping menyanggah hujah atau pendapat pihak satu lagi.

Kalau di kampung kami, orang tak panggil berdebat. Depa panggil atau bertengkar atau mengkelai. Bertengkar atau mengkelai ni selalunya terjadi pasai tak puas hati atau marah. Sut atau penyudah selalunya tidak pun menyelesaikan masalah.

Jadi, kita dapat simpulkan bahawa kerja bertengkar atau mengkelai ni kerja orang tak cukup akal atau kerja orang bodoh. Kalau DS Zambry layan juga berdebat ni, nanti rakyat akan kata DS Zambry turut serta dalam permainan BODOH ciptaan Pakatan Rakyat.

4 Comments:

  kelambuharimau

Wednesday, February 03, 2010

memang dah gila babi senario politik sekarang bro!

  Anonymous

Thursday, February 04, 2010

A'kum Si Budak Hitam,

Tak payah la debat, Menang ke Kalah, Pakatan bukan reti nak ngaku salah sendiri!

Belajar dulu cara nak terima hakikat baru ngajak orang berdebat!

  Briged Akhdor LR2

Friday, February 05, 2010

kalau anak janatan sila siarkan komen anak jati perak nie ..bunyi maca takut je ..rakyat kan bijak membuat penilaian..jika berada di pihak yang benar inilah masanya untuk zamri atau nizar buktikan ..maklumat kedua2 pihak dihidangkan biar rakyat menentukan selepas itu dlam pembubaran adun .inilah langkah bujak utk selesaikan isu nie..undian di sinar harian menunjukkan 80% menyokong pembubaran dun perak..majoriti rakyat perak dah meluat dok tgk mb haram tue dok nyerongin ..aper kata buktikan yg bn diterima di perak ..kalo setakat andaian bn msti ler bn yg kata dapat majoriti ..kalau betul hamngpa yakin bubar dun tak payah ler dok corner sana corner sini..mb tue blh ler ckp besaq dah disupport media tp dgr pulak aper kata nizar..aku yakin zamri boleh mng sebab dia dgn bangganya kata dapat majoriti..udah ler buat gelak dek org..satu lagi awat biler zamri bg peruntukan kat sek.cina shj.agama rakyat haram idak dibagi .. hang pa tak kata plk boneka cina jika nizar dulu bkn main lagi ..just bagi pandangan berbeza ..sory yer jika tarkasar bahasa ..

  10 BUDAK HITAM

Saturday, February 06, 2010

Salam kelambuharimau,

Adat politik.Politik sentiasa menggegar macam ni walau sampai bila2 pn.

Salam Briged Akhdor LR2.Terima kasih meninggalkan komen di blog kami.10SBH jawab secara berperingkat.

1) Komen kami tiada tapisan.

2) Undian Sinar Harian tidak boleh diambil sebagai suara rakyat perak kerana bukan semua rakyat perak jelajah ke laman berkenaan.Kita ambil contoh undian Aduka Taruna sebelum ini.Hasil Undian tersebut mengatakan Aduka tidak bersalah.Jika diambil kira jumlah komen yang mencecah ribuan di artikel mohon maaf tersebut,rata-rata mengutuk tindakan Aduka menghina Almarhum.Adakah logik undian tersebut?Kesahihan nya pun meragukan.

3) "kalo setakat andaian bn msti ler bn yg kata dapat majoriti".
- Majoriti yang dimiliki BN bukanlah andaian.28 ADUN BN dan 3 BEBAS yang menyokong BN, jumlah 31.Jumlah tersebut melebihi Pakatan dgn 28.31>28.Maka mutlaknya BN adalah majoriti yg layak membentuk kerajaan.Jika diikut sewaktu PRU12 lalu,Pas bertanding atas tiket Pakatan ke?Begitu juga DAP.Semua pakatan bertanding atas tiket parti masing2.Alih2,wujud Pakatan Rakyat atas dasar ingin membntuk kerajaan.Tidakkah rakyat ditipu?Dan adakah rakyat bersetuju membenarkan PAS memerintah dengan 6 undi sahaja?Tepuk dada tanya selera.

4) "mb tue blh ler ckp besaq dah disupport media tp dgr pulak aper kata nizar".
- Pakatan juga mempunyai Harakah.Kebebasan yg sama dimilik akhbar lain.Nizar juga disupport oleh Harakah.Benar?Jadi masing2 ada kelebihan.Dan kini, blog pula menjadi kegemaran ahli politik.DS Zambry ada,Nizar pn ada blog masing2.Gunakan medium tanpa batasan ini.Jadi kebebasan media tidak boleh dipersoalkn.

5) "satu lagi awat biler zamri bg peruntukan kat sek.cina shj.agama rakyat haram idak dibagi .. "
- Benarkah peruntukan diberi pada sekolah cina sahaja?Dari mana fakta mike dapat ni?Itulah..sewaktu sidang DUN kedua, yg bertujuan utk pembentangan bajet,Pakatan buat onar.Jadi penyampaian bajet kepada rakyat tidak dapat disampaikan dengan smpurna.Natijahnya,ramai rakyat keliru kerana tidak dapat maklumat yang sebenar.Insyallah,DS Zambry akan menghebahkan apakah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan BN selama genap setahun memerintah dalam masa terdekat.

TQ

Related Posts with Thumbnails

RECENT POSTS

WHAT VISITORS SAY ABOUT US

-------------------------------------------------------------------
WE WOULD REALLY APPRECIATE YOUR COMMENT, PLEASE !

-------------------------------------------------------------------
"Cerita yang dibawa oleh 10 budak itam ada faktanya..."
- Teropongalam
-------------------------------------------------------------------
"Cuma harapan saya, agar 10sbh lebih kuat berusaha untuk menjadi mata-mata dalam pentadbiran UMNO kini terutamanya di Negeri Perak."
- Mahasiswa
-------------------------------------------------------------------
"...rakyat sudah pun sedar, yang mana kaca yang mana intan! PRU13 nanti tsunami politik akan terus berlaku tapi.InsyaAllah BN dan UMNO kembali dipercayai oleh rakyat."
- Pak Tam
-------------------------------------------------------------------
"...TERUSKAN BONGKAR. JGN BIARKAN MEREKA DUDUK DGN TENANG..."
- Jeffry
-------------------------------------------------------------------
"Memang dah merosot, sebab nya PAS suka jadi "KUDA" DAP dan PKR. PAS sanggup jual maruah bangsa dan agama demi politik!"
- Malaysian-2Day
-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------- Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk dikongsi bersama, anda boleh gunakan ruangan dibawah untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH)
Nama Anda:
Email Anda:
Tajuk :
Isu/Cerita/Apa²jelah! :
Image (case-sensitive):