-------------------------------------------------- --------------------------------------------------
Makluman : Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk di TERJAH, di BONGKAR atau di KERJAKAN, sila KLIK SINI atau scroll terus ke bawah blog untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH). --------------------------------------------------

BLOGGERS NETWORK @ PERAK

TERJAH : ALKISAH BLOG ZAMBRY DAN BLOG ANTI MELAYU

~


Sampai bila masih nak berdiam diri, sampai bila masih nak berada di takuk yang lama. Jangan ingat kita sudah berada dalam keadaan yang selesa hanya kerana kita sudah memegang semula tampuk pimpinan negeri Perak segala usaha yang pernah dilakukan selama 11 bulan dalam pemerintahan Pakatan Rakyat terkubur begitu sahaja. Persoalannya sampai bila?

10SBH teramat terkilan dengan ketiadaan sebarang tindakan dari ADMIN blog YAB DS Dr. Zambry sebagaimana artikel yang pernah 10SBH utarakan sebelum ini. Ini jelas menunjukkan tiada semangat perjuangan dari ADMIN blog tersebut walaupun telah banyak isu atau aktiviti yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat. Lihat saja contohnya di blog Nizar, walaupun baru saja mengalami kemalangan, kandungan blog beliau sentiasa dikemaskini admin. Segala fitnah dan sampah yang meracuni pemikiran rakyat, kesemuanya dapat dilacurkan!

Kenapa banyak kenyataan DS Dr. Zambry tidak dijadikan sebagai isu dan pembakar semangat untuk diketengahkan di dalam blog itu sendiri. ADMIN blog DS Dr. Zamby seharusnya sedar bahawa rakyat perlu didekati, bukan sahaja secara bersemuka di alam realiti tetapi juga di alam cyber. Sedih apabila DS Dr. Zambry yang mendokong perkembangan ICT dilihat ketinggalan akibat dari ADMIN blog yang TIDAK AKTIF, PASIF dalam menyumbang kepada imej eksekutif YAB DS Dr. Zambry. 10SBH amat mengharapkan akan ada PERUBAHAN kepada ADMIN blog tersebut kerana TRANSFORMASI itu perlu untuk menentukan survival semua.

10SBH tidak berniat untuk menjatuhkan atau memburukkan sesiapa, tetapi lebih bertujuan untuk menyedarkan semua bahawa kita perlu terus bekerja dan bukan merasa selesa. Kita tidak seharusnya merasakan kita sudah cukup kuat kerana RAKYAT penentu segalanya, masa yang ada perlu digunakan agar kita lebih dekat kepada rakyat, masih dapat menjadi JUARA RAKYAT seperti suatu ketika dahulu. Tidak perlulah menulis jika hanya mahu MENGIPAS, MENGAMPU dan MENGABURI mata pemimpin atasan kerana rakyat di bawah dapat melihat seterusnya menilai prestasi kita.


Berbeza pula dengan isu SELAMATKAN PERAK, setelah dikeluarkan artikel tentang SELAMATKAN PERAK, akhirnya blog yang telah mati itu kini bernyawa semula. Tahniah diucapkan, walaubagaimanapun, ada sedikit kegusaran pada 10SBH tentang ADMIN SELAMATKAN PERAK ini juga kerana, sejak akhir-akhir ini kebanyakkan artikel yang dikeluarkan jelas lebih MERUJUK kepada MALAYSIAKINI. Bukankah sudah kita ketahui bahawa kandungan berita MALAYSIAKINI itu sendiri lebih banyak ANTI kepada ISLAM dan MELAYU. Kenapa perlu dirujuk kepada MALAYSIAKINI???

11 Comments:

  ikan emas

Thursday, February 04, 2010

Ingat lagi?
knp BN ( umno laaa) menjunan teruk semasa PRU 12 lalu?

..rupanya semnagat nak menggunakan strategik terkini ini hanya launagan semata..tindakan lemah !! sebab apa? kerana media ini tak nampak muka, jadi tak glamer ,lambat lak orang kenal..lamabat pulak laa.

Bdkhitam kene bantu...

  teropongalam

Thursday, February 04, 2010

Tukarkan admin tu. Saya cadangkan lantik team budak hitam sebagai admin yang baru.

Bro teruskan terjahan, 10sbh bukan bloggers pengampu, perjelaskan kepada mereka semua.

  Rakyat Pasrah

Thursday, February 04, 2010

Lumrah la BN ni.Waktu tengah senang, menggeletek goyang kaki. Bila susah, menggeletek menuduh itu ini.

Jangan ingat BN boleh mendabik dada sekarang. Andaikata BN leka dan lalai,jangan terkedu jika rakyat kembali kepada Pakatan.

Kerja dan Kualiti perlu berterusan.Kepercayaan diberi rakyat bukannya lama utk tempoh sepenggal.Kalau masa yang singkat itu pun tak boleh nak buat, baik BN letak jawatan dan bagi je pada Pakatan! Rakyat tak sakit hati!

Yang benar,
Rakyat Pasrah.

  10 BUDAK HITAM

Thursday, February 04, 2010

Salam ikan emas,

10SBH Setuju.Walaupun di alam cyber ini tidak menjanjikan kuasa glemer yang diidam2kan seseorang ahli politik,tetapi kuasa PENGARUH itulah yang lebih penting.Blog dapat mewar-warkan aktiviti,jadual harian malah paling penting mempengaruhi rakyat untuk mengundi beliau di PRU akan dtg!

Cuma jangan jadikan blog untuk memfitnah,mencerca atau menipu rakyat dalam apa isu sekalipun kerana sekali anda didapati menipu,rakyat tidak akan percaya lagi sampai bila-bila.Cthnya blog Nizar.

Salam terpongalam,

Sekalung penghargaan sekiranya 10SBH dilantik sebagai admin baru.

Walaubagaimanapun,jika kami disuruh mengampu, MAAP YOP!, itu bkn prinsip kami.

Salam Rakyat Pasrah,

Itulah yang 10SBH cuba sampaikan.Harap2 pihak berkaitan dapat mengambil tindakan serius yang sewajarnya.

  Anonymous

Thursday, February 04, 2010

Weh, hampa semua si budak hitam, berani tul hampa kritik kerajaan, hampa tak takut ka?

Tapi Ana repect la kat antum-antum(anda) si budak hitam semua,tak banyak blog kerajaan yang kritik kerajaan.

Tapi biarlah kritikan itu kritikan membina,bkn hantam sambarono.

Kritik utk kemajuan agama,bangsa dan negara.Insyallah,kita akan sentiasa ingat mengingati.

  Anonymous

Thursday, February 04, 2010

bro,selamatkan perak ni sapo handle?gua ingat diorang ni dah lompat parti ah!

  Daulah-alWatan

Thursday, February 04, 2010

Bro semua terutama 10SBH,

Saya selalu menjenguk blog YAB MB Sah Perak DS Zambri. Tak lah nampak macam nak mati. Tulisannya berwibawa dan isu terpilih jer yang direspon. Eloklah tu. Beliau MB bukan bloger. Kalau DS Zambri nak jadi bloger (walaupun guna orang lain) tak bolehlah guna nama MB. Kena guna nama peribadi jer lah.

Saya juga selalu jenguk Blog YAB MB Sah Kerajaan Bawah Pokok Perak DS Nizar. Memang tulisan dalam blognya hebat dan banyak. Kita kena ingat MB Kerajaan Bawah Ppkpk ni bukan ada kerja, bolehlah dia tulis apa yang terlitas di hati.

10SBH haraus bijak membezakan antara MB Sah Kerajaan Pewrak dengan MB Sah Kerajaan Bawa Pokok.
Jangan hentam saja....tak elok. Orang muda yang powerfull adalah orang muda yang bijaksana.

Bagaimanapun tahniah 10SBH kerana prihatin tentang hal ini. Ini membuktikan sdra2 sangat sayang kepada perjuangan kita bersama.

  10 BUDAK HITAM

Thursday, February 04, 2010

Salam anony,

10SBH diberitahu Selamatkan Perak bukan diuruskan orang perseorangan.Maknanya,ada group yang digerakkan untuk memberi informasi berkaitan politik perak dalam blog ini.

Salam sdr SDRAHIMAN,

Terima kasih keprihatinan sdr dalam isu ini.

Sdr,10SBH terjah bukan sebarang terjah.Terjah kami terjah berasas.Info yang kami terima,blog MB ini dijaga oleh Admin atau Individu terdekat dengan DS Zambry.Mungkin juga SU atau pegawai khas beliau.

Secara logiknya,seorang Menteri Besar yang menanggung beban kerja yang banyak SEMESTINYA tidak mempunyai masa yg banyak utk berblog.Begitu juga blog 1Malaysia DS Najib.Adakah seorang Perdana Menteri yang mempunyai beban tugas menjaga hal2 berkaitan kerajaan dalam dan luar negeri mempunyai masa untuk berblog?Logiknya,sudah semestinya ada admin yang menjaga atau individu yang memasukkan artikel di dalamnya.

Kami tidak membicarakan blog Nizar kerana kita tahu beliau mempunyai masa yang byk utk menulis.Apa yg dikesalkan adalah kekerapan penulisan tentang BERITA atau AKTIVITI DS Zambry sebagai Menteri Besar utk dihebahkan .Inilah masanya utk DS Zambry dekat pada rakyat secara terus melalui perspektif peribadi beliau tanpa melalui perantaraan media yang lain.

10SBH berharap terjahan kami akan sampai pada pihak yang bertanggungjawab.Laksanakan tanggungjawab anda kerana RAKYAT MENUNGGU BERITA SETERUSNYA DARI MENTERI BESAR PERAK YANG TERCINTA.

  Daulah-alWatan

Thursday, February 04, 2010

Salam 10SBH,

"....Apa yg dikesalkan adalah kekerapan penulisan tentang BERITA atau AKTIVITI DS Zambry sebagai Menteri Besar utk dihebahkan .Inilah masanya utk DS Zambry dekat pada rakyat secara terus melalui perspektif peribadi beliau tanpa melalui perantaraan media yang lain"...

Part ini saya setuju.

DS Zamry patut lantik pembantu yang sesuai:

1. Mampu membuat anaalisis isu dan menghuarai semula isu dasar dalam bentuk yang ilmiah.

2. Mampu memberi gambaran tentang aktiviti MB yang bersungguh-sungguh mentadbir negeri Perak.

3. Mampu menjadikan blog DS Zamry sebagai blog yang berwibawa - seuai dengan kedudukannya.

4. Mampu konsisten dalam kekerapan entry supaya kita dapat sokong menyokong.

5. Mampu melihat negeri Perak dari sudut yang luas dan membina keyakinan rakyat.

tq

  10 BUDAK HITAM

Friday, February 05, 2010

Salam Sdrahiman,

Setuju bro! Cadangan ditutup.

Kita tunggu reaksi +ve atau -ve.Harap ada perubahan.

  Anonymous

Friday, February 05, 2010

Gua tambah sket rahiman,

6) Ikhlas dan Jujur dalam melaksanakan tugasnya.

TQ

Related Posts with Thumbnails

RECENT POSTS

WHAT VISITORS SAY ABOUT US

-------------------------------------------------------------------
WE WOULD REALLY APPRECIATE YOUR COMMENT, PLEASE !

-------------------------------------------------------------------
"Cerita yang dibawa oleh 10 budak itam ada faktanya..."
- Teropongalam
-------------------------------------------------------------------
"Cuma harapan saya, agar 10sbh lebih kuat berusaha untuk menjadi mata-mata dalam pentadbiran UMNO kini terutamanya di Negeri Perak."
- Mahasiswa
-------------------------------------------------------------------
"...rakyat sudah pun sedar, yang mana kaca yang mana intan! PRU13 nanti tsunami politik akan terus berlaku tapi.InsyaAllah BN dan UMNO kembali dipercayai oleh rakyat."
- Pak Tam
-------------------------------------------------------------------
"...TERUSKAN BONGKAR. JGN BIARKAN MEREKA DUDUK DGN TENANG..."
- Jeffry
-------------------------------------------------------------------
"Memang dah merosot, sebab nya PAS suka jadi "KUDA" DAP dan PKR. PAS sanggup jual maruah bangsa dan agama demi politik!"
- Malaysian-2Day
-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------- Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk dikongsi bersama, anda boleh gunakan ruangan dibawah untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH)
Nama Anda:
Email Anda:
Tajuk :
Isu/Cerita/Apa²jelah! :
Image (case-sensitive):