Tamparan hebat buat Pakatan Rakyat jika benar seperti yang dikatakan, YB AB YUNUS bertindak untuk memBEBASkan diri beliau dari kepimpinan PKR yang sudah lintang pukang. Terfikir sejenak, apa lagi yang akan terjadi kepada kepimpinan PKR dan keadaan ini juga sudah pasti akan menggugat kesepakatan Pakatan Rakyat. Apakah akan ada lagi ADUN-ADUN yang akan mengikut jejak langkah teman-teman yang telah dapat melihat kepincangan di dalam PKR, baik di Negeri juga di Pusat. Sebagai rekod, AB YUNUS B. JAMHARI telah mengalahkan EN. MOHD SALLEH B. MAT DISA dengan majoriti sebanyak 467 undi.
10SBH mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak kini yang semakin hari, semakin diterima oleh bukan sahaja golongan penyokong Pakatan Rakyat malahan telah berjaya membuka hati ADUN-ADUN Pakatan Rakyat untuk meninggalkan parti kesayangan mereka. Ini jelas membuktikan bahawa YAB DS Dr. Zambry berjaya menunjukkan kepimpinan yang baik serta patut dicontohi. Lebih banyak bekerja dari berPOLITIK semata-mata.
Kepada semua ADUN yang telah diberi mandat oleh rakyat, SELAMAT BERSIDANG!!!
1 Comments:
Tuesday, March 30, 2010
Salam Tuan,
Harap dapat linkkan blog ini dengan blog tuan.
http://umnoberuasperak.blogspot.com
Terima Kasih.
Gangga Negara
Post a Comment