-------------------------------------------------- --------------------------------------------------
Makluman : Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk di TERJAH, di BONGKAR atau di KERJAKAN, sila KLIK SINI atau scroll terus ke bawah blog untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH). --------------------------------------------------

BLOGGERS NETWORK @ PERAK

MENJELANG 30 MAC : SIVAKUMAR DAN IDHAM LIM BONEKA PAKATAN

~


Menjelang SIDANG DUN Perak yang dijadualkan pada 30 Mac 2010, 10SBH melihat pelbagai provokasi telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Provokasi yang dilakukan kali ini jelas menunjukkan bahawa mereka cuba meraih semula sokongan dan simpati rakyat kepada mereka lebih-lebih lagi setelah YAB DS Dr Zambry diisytiharkan SAH sebagai MB Perak.

Pakatan Rakyat seperti kebiasaanya akan mengunakan khidmat V. Sivakumar, yang masih lagi mengimpikan jawatan Speaker DUN Perak disamping Idham Lim yang sentiasa cuba untuk menjadi hero alaf baru buat rakyat. Apa perlunya diganggu gugat perjalanan Sidang DUN Perak kerana ia hanya akan membuang masa dan sudah tentu hanya akan menambahkan kebencian rakyat.

Terkini, Idham Lim di blognya mempertikaikan kewibawaan Ganesan sebagai Speaker apatah lagi penolakan beliau terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Dilaporkan sebanyak 216 soalan telah dihantar oleh 27 ADUN pakatan Rakyat Perak(kecuali Speaker Sivakumar) dan dengan angkuh, sombong serta membelakangi dan mematuhi peraturan yang sedia, Ganesan dikatakan menyamar sebagai Speaker DUN Perak telah menolak soalan dari 20 orang ADUN PR dan cuma menerima soalan yang dihantar melalui Email.

Tidak cukup dengan itu, V. Sivakumar dalam sidang media di pejabat PR Perak telah menggelarkan YAB DS Dr Zambry sebagai sombong dan angkuh. Semuanya gara-gara jawapan dari YAB DS DR Zambry berkaitan dengan Sidang DUN Pada 30 Mac ini dan surat Jemputan kepada MB dan Ganesan untuk berbincang berkaitan sidang itu pada 29 Mac ini.

Walauapapun yang dikatakan, 10SBH melihat semua ini adalah usaha Pakatan Rakyat dalam menarik simpati rakyat untuk bersama mereka dalam memperjuangkan agenda yang tersendiri dan bukan untuk rakyat. Di bawah, disertakan jawapan YAB MB terhadap provokasi yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat...

27.3.10


Desakan Mesyuarat Prapersidangan DUN Mainan Politik Putar Belit Pembangkang - Zambry

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata desakan pembangkang supaya mesyuarat prapersidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan adalah satu lagi percubaan untuk 'memutarbelitkan' keadaan.

Beliau berkata tindakan menjemputnya dan Speaker DUN Datuk R. Ganesan bagi membincangkan bagaimana mahu mengendalikan sidang dengan baik pada mesyuarat prapersidangan yang dicadangkan itu merupakan tindakan untuk mewajarkan "keganasan' yang mereka sering lakukan setiap kali sidang DUN diadakan.

"Dengan kenyataan serta tindakan provokasi yang menimbulkan suasana mengelirukan rakyat, tindakan penyamaran yang berterusan dan 'watak' mereka ini menjemput saya untuk mengadakan mesyuarat prasidang. Inilah watak yang mereka tonjolkan setiap kali sidang DUN mahu diadakan bagi mewajarkan segala tindakan mereka," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Katanya tindakan serta perlakuan provokasi anggota pakatan pembangkang setiap kali sidang DUN mahu diadakan hanya untuk menimbulkan suasana huru-hara dan rasa resah kepada rakyat.

Beliau mendakwa terdapat anggota pembangkang tidak mempercayai dan menyenangi tindakan serta perlakuan provokasi "ketua atau kepala" mereka yang berterusan.

Menteri Besar berkata pakatan pembangkang sebenarnya menggunakan kesempatan sidang DUN itu untuk memenuhi "keserakahan" politik mereka, bukan sebagai tempat untuk menyuarakan masalah dan berbincang dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negeri.

Sementara itu, Ganesan berkata sebanyak tujuh wakil rakyat pembangkang telah mengemukakan sejumlah soalan bagi sesi soal jawab lisan sidang DUN kepadanya melalui e-mel dan menurutnya langkah itu jelas menunjukkan yang mereka mengiktirafnya sebagai Speaker.

Mengenai permintaan pembangkang supaya sidang DUN diadakan selama lima hari, beliau berkata kebiasaannya ia berlangsung selama dua atau tiga hari, namun ia bergantung kepada urusan perjalanan persidangan itu.

"Speaker akan membuat keputusan berapa hari persidangan dan itu juga terpulang kepada situasi (perjalanan) sidang DUN," katanya.

Persidangan DUN Perak bagi penggal ketiga dijadual berlangsung pada Selasa ini dengan istiadat perasmian akan disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

-- BERNAMA


Tahniah 10SBH ucapkan kepada YAB MB kerana tidak mudah melatah dan berani menjawab segala tohmahan yang telah dilemparkan. Rakyat seharusnya dapat menilai, yang mana permata dan yang mana kaca. Renungkanlah...

1 Comments:

  Anonymous

Monday, March 29, 2010

Gambar pada blog kau sendiri tunjukkan leher Speaker Sivakumar sedang dicekik. Lepas tu ramai rakyat tahu jubah dia ditanggalkan dan dipakaikan kepada seorang Hindu penjual roti canai yang dikutip entah dari restoran mana dan dipakaikan jubah dan dilantik jadi speaker oleh korang sendiri...mudahnya...buat2 bodoh ke..????

Related Posts with Thumbnails

RECENT POSTS

WHAT VISITORS SAY ABOUT US

-------------------------------------------------------------------
WE WOULD REALLY APPRECIATE YOUR COMMENT, PLEASE !

-------------------------------------------------------------------
"Cerita yang dibawa oleh 10 budak itam ada faktanya..."
- Teropongalam
-------------------------------------------------------------------
"Cuma harapan saya, agar 10sbh lebih kuat berusaha untuk menjadi mata-mata dalam pentadbiran UMNO kini terutamanya di Negeri Perak."
- Mahasiswa
-------------------------------------------------------------------
"...rakyat sudah pun sedar, yang mana kaca yang mana intan! PRU13 nanti tsunami politik akan terus berlaku tapi.InsyaAllah BN dan UMNO kembali dipercayai oleh rakyat."
- Pak Tam
-------------------------------------------------------------------
"...TERUSKAN BONGKAR. JGN BIARKAN MEREKA DUDUK DGN TENANG..."
- Jeffry
-------------------------------------------------------------------
"Memang dah merosot, sebab nya PAS suka jadi "KUDA" DAP dan PKR. PAS sanggup jual maruah bangsa dan agama demi politik!"
- Malaysian-2Day
-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------- Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk dikongsi bersama, anda boleh gunakan ruangan dibawah untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH)
Nama Anda:
Email Anda:
Tajuk :
Isu/Cerita/Apa²jelah! :
Image (case-sensitive):