Mike pegang kitab apa tu bhai . . .
10SBH melihat kepada perkembangan SIDANG DUN Perak kali ini sebagai satu permulaan yang baik. Ini kerana, rata-rata dilaporkan bahawa hanya sedikit kekecohan berlaku pabila Nizar dan konco-konconya membuat provokasi kepada Speaker DUN dan YB DS Tajol Rosli setelah keberangkatan pulang DYMM Pemangku Raja Perak.Walaupun timbulnya provokasi kecil di dalam dewan, 10SBH tetap ingin mengucapkan sekalung tahniah terutama kepada Pakatan Rakyat kerana pada kali ini, ADUN Pembangkang tidak lagi bertindak liar seperti apa yang telah terjadi sebelum ini. Kepada YAB DS Dr Zambry beserta kepimpinannya, tahniah kerana berjaya menjinakkan ADUN Pembangkang. Namun demikian, mungkin ada yang tidak tahu bahawa ada sedikit kekecohan juga turut berlaku di pintu masuk ke dewan dan insiden ini sebenarnya merupakan satu lagi bukti bahawa Nizar masih lagi bertindak seperti negeri Perak dia yang punya.
Sidang DUN Perak kali ini diatur sedikit berlainan dari kebiasaanya di mana pintu-pintu tertentu dikhaskan kepada mereka yang telah ditetapkan. Apa yang 10SBH dapat tahu, ADUN BN diarahkan untuk masuk melalui PINTU 1 manakala ADUN PEMBANGKANG dan KETUA-KETUA JABATAN menggunakan PINTU 2. Apa yang menyedihkan, apabila Nizar tidak mahu untuk mengikut aturan yang telah ditetapkan. Bukan itu sahaja, malahan Nizar turut menyatakan bahawa tidak terdapat di dalam Buku Peraturan Sidang DUN akan ketetapan yang telah dibuat pada pagi tadi.
Di atas sebab itu, Nizar mahu mengingkari peraturan yang telah ditetapkan dan berkeras untuk menggunakan PINTU 1 yang telah dikhaskan kepada ADUN BN. Apa yang ingin 10SBH tekankan di sini, Pakatan Rakyat mengambil langkah berhati-hati pada Sidang DUN kali ini kerana telah dilihat bahawa RAKYAT SUDAH MUAK dengan lakonan ADUN mereka.
Didepan umum, mereka berjaya membuktikan bahawa mereka tidak membuat sebarang perilaku yang tidak baik tetapi disebalik ketiadaan umum, Nizar membuktikan bahawa mereka masih orang yang sama. Tidak berubah walau sedikitpun. 10SBH mengharapkan agar semua ADUN tidak lupa bahawa, walau dimana sahaja mereka berada, mereka TETAP MERUPAKAN PUBLIC FIGURE. Mereka TETAP MERUPAKAN PEMEGANG AMANAH RAKYAT. Untuk itu, dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati kerana mereka semua diperhati. RAKYAT AKAN TETAP MENILAI DAN TERUS MENILAI!!!
0 Comments:
Post a Comment