Tahniah kepada ADUN Pembangkang kerana sekali masih berjaya membuktikan KEBODOHAN anda yang tidak terhingga. Semuanya seperti telah dirancang apabila setiap ADUN mempunyai sepanduk yang tersendiri dalam membuat provokasi kepada Kerajaan Negeri Perak. Peluang untuk menyuarakan masalah rakyat disia-siakan begitu sahaja, apa yang ADUN Pembangkang tahu adalah cuma MEMBANGKANG dan TERUS MEMBANGKANG...
Cerita yang kita dengar, ADUN Pembangkang setelah 'KERENAH' mereka tidak dilayan, bertindak keluar dari dewan mungkin dengan harapan kehendak mereka akhirnya akan dituruti. GIMIK keluar dewan ini, 10SBH lihat adalah semata-mata untuk membuktikan kepada penyokong tegar Pakatan Rakyat bahawa mereka tidak dilayan dengan adil, mereka ditindas.
Disebalik insiden keluar dewan itu, ada rakan-rakan bloggers mendengar si Nizar yang masih lagi merasakan dirinya MB rakyat bertindak di luar kebiasaan. Apa yang dilihat, Nizar sebelum keluar dari dewan secara tiba-tiba bertempik bagaikan ORANG GILA dan mengatakan "BABI! PANGKOR". Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Nizar merujuk kepada YAB DS Dr Zambry. Tidak cukup dengan itu, BALACI si Nizar aka Ngeh Koo Ham pula memanaskan keadaan dengan menunjukkan isyarat PENUMBUK kepada YAB DS Dr Zambry. Insiden ini disaksikan sendiri oleh ADUN SG RAPAT, YB Dato' Hamidah Osman.
Apa yang menyedihkan bagi 10SBH, bagaimana Nizar yang diangkat sebagai seorang individu yang kuat pendidikan ISLAM, mewakili PAS yang memperjuangkan ISLAM serta sering dilihat sebagai seorang pemimpin yang mencerminkan imej ISLAM boleh bertindak sebegitu rupa. dimana maruah seorang individu apabila dikatakan sebegitu oleh individu yang sebangsa dan seagama dengannya.
Itukah ajaran yang diterapkan di dalam ISLAM? Itukah perjuangan yang diperjuangkan oleh PAS, dengan mencaci, memaki teman seagamanya sendiri? Dimana rasionalnya tindakan Nizar berkata sedemikian, andai itu juga dilihat tidak salah, 10SBH merasakan agar puak-puak PAS ini bertaubat. Anda telah tersasar dari perjuangan yang sebenarnya. Hanya kerana KUASA anda bertindak di luar batasan.
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
-
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT :
PKR,Politik,Tengku Zafrul,UMNO
0 Comments:
Post a Comment