-------------------------------------------------- --------------------------------------------------
Makluman : Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk di TERJAH, di BONGKAR atau di KERJAKAN, sila KLIK SINI atau scroll terus ke bawah blog untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH). --------------------------------------------------

BLOGGERS NETWORK @ PERAK

UMNO JUARA RAKYAT SATU PENIPUAN!!!

~



Beberapa hari yang lalu, 10SBH terlihat satu kenyataan bahawa Klinik 1 Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini mendapat sambutan yang hangat. Sambutan yang menggalakkan dari pelbagai lapisan masyarakat serta pelbagai kaum. Tahniah di atas keperihatinan yang diberikan oleh Kerajaan UBN dalam memastikan kebajikan rakyat yang kurang berkemampuan masih dititikberatkan.

Merujuk kepada kejayaan Klinik 1 Malaysia tersebut, 10SBH terbayangkan program yang baru-baru ini dilancarkan oleh UMNO. UMNO JUARA RAKYAT!!! Dimana letaknya UMNO JUARA RAKYAT itu? Hanya di tajuknya, atau pengisian terhadap PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT itu sendiri. Apa yang 10SBH dapat lihat, Program UMNO JUARA RAKYAT ini hanya berkisarkan kepada Kerajaan UBN dan bukan kepada masyarakat amnya.


Penyampaian dan pengisian UMNO JUARA RAKYAT pada dasarnya tidak kepada rakyat, sebaliknya lebih kepada program menyedapkan dan menyejukkan diri sendiri. Hanya melibatkan PEMBAZIRAN yang bukan sedikit malahan mencecah ribuan ringgit. Menghabiskan duit rakyat untuk satu PERHIMPUNAN yang 10SBH lihat SYOK SENDIRI!!!






Kenapa 10SBH bercakap sedemikian kerana contohnya banyak dapat dilihat, salah satu contoh terdekat terjadi di GOPENG. Cerita ni, 10SBH dapat melalui daripada 'secret admire' yang dihantar melalui borang/form yang 10SBH sediakan. Terima kasih 10SBH ucapkan dan kami buktikan bahawa cerita, pendapat anda dihargai. Ceritanya begini, wakil Rakyat Pakatan di Gopeng, memberikan BANTUAN sebanyak RM5000 bagi membuat saluran paip dari air gunung di sana. Lebih mendukacitakan, Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak kini, KAK MIDAH kita, HANYA setelah bantuan itu diberikan, barulah beliau menghulurkan bantuan kepada penduduk di situ. Persoalannya!!! Kenapa UBN lambat bertindak, kenapa LEKA untuk membantu rakyat, kenapa pemimpin UMNO masih berasa selesa dengan keadaan sekarang. Itukah contohnya UMNO JUARA RAKYAT?


Sudah lupakah kita akan kesengsaraan semasa 11 bulan Perak diperintah oleh PAKATAN RAKYAT yang menjadi PEROSAK RAKYAT!!! Jangan hanya beringat ketika susah, ketika senang kita lalai, tanggungjawab diketepikan dan dilupakan. 10SBH juga nak berikan amaran kepada semua bloggers Pro UBN agar tidak terlalu taksub MENGAMPU kerana memang benar PEMIMPIN kita MUDAH LUPA DIRI dan 10SBH pasti, dengan kelekaan yang ditunjukkan tidak mustahil kita akan DITEWASKAN lagi. Jangan HARAP rakyat akan menyokong dengan KELEKAAN TETAP yang ditunjukkan.

10SBH mengharapkan pandangan rakan-rakan pembaca sekalian tentang isu yang dibawakan ini. Adakah benar pendapat 10SBH atau sebaliknya. 10SBH meluahkan pendapat kerana masih berjiwa rakyat dan sebagai kumpulan rakyat yang mahukan kemanan, keharmonian, pembangunan sekaligus penaikan taraf hidup RAKYAT NEGERI PERAK itu sendiri.

9 Comments:

  Mahasiswa

Friday, January 29, 2010

Waktu genting camni,pemimpin kena aware lah kebajikan rakyat.Jgn leka.Rakyat yang akan mengundi anda semua.

Setuju.Program Rakyat membazir!

  Anonymous

Friday, January 29, 2010

UMNO MEMANG SELALU MEMBAZIR! BAIK BAGI DUIT TU PD ORANG MISKIN PERAK NI LAGI ADA PEKDAHNYA.

  pejuang///

Friday, January 29, 2010

Pemimpin UBN khasnya di Perak seharusnya mengambil perhatian yang serius tentang perkara ini. Jangan kerana kelekaan ini kita terhantuk kembali. Ingat tak ketika Perak di perintah oleh Pakatan Rakyat, semua pemimpin UMNO tidak kira YB ataupun tidak, mereka bersatu dalam mengambil tau hal rakyat. Itu baru dipanggil UMNO JUARA RAKYAT. Tapi bila UBN memerintah kembali, pemimpin ini seakan kembali lena dibelai mimpi yang indah. Sebarang kemungkinan pada 9hb nanti ada rahmat disebaliknya.

SEMOGA PEMIMPIN DAN AHLI UMNO LEKAS BANGUN DARI MIMPI MEREKA....

  lagenda

Friday, January 29, 2010

Salam Ziarah,

Setuju dengan anda yang benar harus dikatakan benar manakala yang salah harus dikatakan salah.Barulah UMNO terus dipandang oleh rakyat.

  matrengganu

Friday, January 29, 2010

Setuju Projek Umno Juara Rakyat membazir. Banyak klinik 1Malaysia di banjiri pengikut PAS sebab bayaran murah, RM 1 jer.

  10 BUDAK HITAM

Saturday, January 30, 2010

Salam Mahasiswa,

Setuju! Andaikata ada pemimpin yang mungkin terlepas pandang tanggungjwbnya,10SBH akan terjah! supaya pemimpin tidak dipandang serong oleh rakyat.

Salam pejuang///,

10SBH ambil pendekatan beringat sebelum kena.Beringatlah wahai pemimpin UMNO semua sementara kita diberi kepercayaan yang seketika ini.Jgn persiakan undi rakyat.10SBH menganggap pemimpin sebgini sebagai 'TERLEPAS PANDANG'.Ayuh! Buka lembaran baru dan berjuang demi rakyat! Sementara masih belum terlambat..

Salam ziarah Lagenda,

Ya, hipokrit adalah perkara yg paling 10SBH BENCI! Depan ckp libang libu, belakang kerja satu pn tak jalan.

Salam materengganu,

Klinik 1Malaysia utk semua golongan tak kira parti apa pn.Apapun,kita dah nampak keberkesanannya.Tapi Program Juara Rakyat ni? Dimana signifikan nya ia diwujudkan?

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENYATAKAN PENDAPAT DALAM RUANGAN KOMEN INI.10SBH MENGALU-ALUKAN DAN MASIH MENANTI PENDAPAT DAN KOMENTAR DARI RAKAN DAN SAHABAT YANG LAIN BERKENAAN ISU INI.SEMOGA RUANGAN KOMEN INI AKAN DIBACA OLEH INDIVIDU YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN MENGHEBAHKAN PENDIRIAN KAMI INI.TQ

  Anonymous

Sunday, January 31, 2010

Sapo kato umno juara rakyat? umno kencing! den sokong kato umno penipu!

Bilo dah penipu tu,buat program apo pn orang cop penipu!

  Anonymous

Wednesday, February 03, 2010

Umno Juara rakyat ke Juara Rasuah?? biar benar ni

  Anonymous

Wednesday, February 03, 2010

Bangang nye blog!!~ buat tenaga je masuk..takde kerja lain..mengampu je..sbulan masuk berapa bang??? projek banyak ke??

Related Posts with Thumbnails

RECENT POSTS

WHAT VISITORS SAY ABOUT US

-------------------------------------------------------------------
WE WOULD REALLY APPRECIATE YOUR COMMENT, PLEASE !

-------------------------------------------------------------------
"Cerita yang dibawa oleh 10 budak itam ada faktanya..."
- Teropongalam
-------------------------------------------------------------------
"Cuma harapan saya, agar 10sbh lebih kuat berusaha untuk menjadi mata-mata dalam pentadbiran UMNO kini terutamanya di Negeri Perak."
- Mahasiswa
-------------------------------------------------------------------
"...rakyat sudah pun sedar, yang mana kaca yang mana intan! PRU13 nanti tsunami politik akan terus berlaku tapi.InsyaAllah BN dan UMNO kembali dipercayai oleh rakyat."
- Pak Tam
-------------------------------------------------------------------
"...TERUSKAN BONGKAR. JGN BIARKAN MEREKA DUDUK DGN TENANG..."
- Jeffry
-------------------------------------------------------------------
"Memang dah merosot, sebab nya PAS suka jadi "KUDA" DAP dan PKR. PAS sanggup jual maruah bangsa dan agama demi politik!"
- Malaysian-2Day
-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------- Sekiranya anda mempunyai isu atau cerita untuk dikongsi bersama, anda boleh gunakan ruangan dibawah untuk email terus kepada kami 10 SI BUDAK HITAM (10SBH)
Nama Anda:
Email Anda:
Tajuk :
Isu/Cerita/Apa²jelah! :
Image (case-sensitive):